Search This Blog

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Friday, October 9, 2009

'BENDERA' Sudah Sampai Di Port Dickson...

Salam,

Memang hebat, Benteng Demokrasi Rakyat ( BENDERA ) kata nak mulakan penaklukan di Kepulauan Borneo. Rupanya itu cuma strategi, mereka mula mendarat di pantai Port Dickson.

Melihat gambar ini agak sukar ditentukan, sama ada mamat ni ahli BENDERA atau mangsa keganasan oleh BENDERA, yang memang nak mengganyang kita.

Kemungkinan besar mamat ni ahli BENDERA yang berjaya 'dibelasah', lihat sahaja bajunya koyak oleh pedang samurai tetapi badannya tidak luka sedikit pun. Sah, ahli BENDERA memang kebal!


Kalaulah benar mamat ni ahli BENDERA, kenapa dia seorang ja kena belasah. Hairan kan...yang lain lari ke mana?

Atau mamat ni, cuma seorang pelakon yang layak dicalonkan untuk program Anak Wayang atau kita galakkan dia menyertai uji bakat Raja Lawak Astro....

Monday, September 7, 2009

Azan 5 Kali Sehari!

Salam,


Ketika menjadi pembangkang, memang mudah bagi PKR, PAS dan DAP menuding jari menyatakan kelemahan Kerajaan BN. Lagi mudah menyalahkan Umno kerana gagal menguruskan pelbagai perkara berkaitan rakyat, malah dalam segala hal berlaku dalam negara ini.


Kini ketika sudah memegang tampuk pemerintahan, baharulah gabungan tiga parti ini dapat merasai ‘nikmat’ bagaimana berhadapan dengan rakyat, yang keperluan dan kehendaknya bersifat pelbagai. Jika tidak ditangani dengan betul mungkin boleh menyebabkan kejatuhan!


Apa yang terjadi di Shah Alam, Sabtu lalu menjadi pengajaran berguna untuk gabungan 3 parti ini dalam menjalankan pentadbiran, bukan sahaja di Selangor malah di negeri lain yang dikuasai mereka. Mana pernah dalam sejarah, medan yang sepatutnya menjadi perbincangan bertukar menjadi medan melepaskan kemarahan penduduk seksyen 23 Shah Alam.


Kasihan kita melihat Menteri Besar, Ahli Parlimen dan ADUN yang diperlakukan sedemikian rupa, tidak dihormati malah di’boo’ pula. Memang perbuatan tersebut tidak baik dan tidak wajar, tetapi begitulah menifestasi apabila rakyat sudah marah. Setelah suasana menjadi tegang, baharulah inisiatif berjumpa rakyat digerakkan sedang sebelum ini banyak masa terbuang hanya untuk menuduh Umno menjadi dalang bantahan.


Sewajarnya isu sensitive berkaitan kaum dan agama tidak dijadikan taruhan untuk mendapatkan sokongan dalam pilihanraya. Berjanji memang mudah, yang payah untuk menunaikannya. Isu pemindahan kuil ini tidak akan menjadi sebegini hangat jika plan pemindahan yang dicadangkan oleh Kerajaan BN sebelum ini diguna pakai.


Isu laungan azan 5 kali sehari, sebagai balasan memindahkan kuil pun tidak akan timbul jika isu pokok pemindahan kuil ini tidak dijadikan modal politik meraih sokongan. Kepala lembu pun tidak diarak jika janji manis tidak ditabur, yang akhirnya memakan diri sendiri. Isu berbangkit lain juga tidak akan timbul jika mentaliti menyalahkan orang lain dalam segala hal dapat dikikis.


Setelah menyaksikan apa yang berlaku di Dewan MBSA Shah Alam, masih mahu menyalahkan orang lain?


Tuesday, September 1, 2009

Kisah Lembu Dan Manusia...

Salam,

Perhatikan gambar di atas. Tindakan sebilangan orang ini telah menimbulkan kemarahan yang bukan kepalang. Alasan : mengganggu sensitiviti penganut Hindu yang memuliakan lembu.

Sedang isu sebenar mereka di atas bukan kisah kepala lembu, tapi penolakan pemindahan kuil ke kawasan perumahan mereka.

Kasihan penduduk ini, sekarang dari pemimpin hingga ke blogger tidak lagi sibuk dengan apa yang mereka perjuangkan, tapi sudah menyibukkan dengan kepala lembu pulak!


Perhatikan pula gambar ini. Pemuda-pemuda ini mengangkut bukan setakat kepala lembu, malah seekor lembu yang lengkap untuk tujuan politik. Tidakkah ini juga menganggu sensitiviti penganut Hindu?

Atau, oleh kerana ketua mereka berbaju biru, maka tindakan pemuda ini tidak menjadi apa-apa!

Hmmm...benarlah kata pepatah, bodoh macam lembu! Yang kesian lembu, di tangan manusia lembu menjadi bodoh.

Friday, August 28, 2009

Chua Soi Lek : Strategi Politik MCA ?


DS Dr. Chua Soi Lek dipecat dari MCA, selepas 18 bulah terlibat dalam skandal seks DVD lucah yang menggemparkan pada Januari 2008. Tindakan diambil selepas beberapa bulan dia diiktiraf oleh perwakilan MCA sebagai Timbalan Presiden mereka.


'Hukuman' yang telah dilalui oleh Chua - kehilangan jawatan Menteri Kesihatan dan tidak menjadi calon pada PRU12 lalu - nampaknya belum memadai untuk membersihkan imej MCA yang dikotor oleh perbuatan tidak bermoral beliau.


Mampukah pemecatan Chua membersihkan MCA dan menarik kembali aliran sokongan pengundi Cina kepada MCA - dan Gerakan ?


Dalam PRU12 dan beberapa PRK selepas itu, kelihatan kecenderungan pengundi Cina ialah mengundi selain BN. Mereka jelas terpesona dengan janji bulan bintang yang ditawarkan oleh pakatan pembangkang.


MCA ( dan Gerakan ) nampaknya terus gagal memainkan peranan dengan berkesan memastikan BN kekal sebagai pilihan popular di kalangan pengundi Cina. Kuasa penentu pengundi Cina terus menjadi 'pemusnah' kekalahan BN di kebanyakan tempat.


Ironinya, timbul pula penyiasatan kes yang telah lama berlalu ke atas seorang Timbalan Presiden, yang akhirnya membawa kepada pemecatan keahlian dalam parti yang seharusnya menjadi parti kedua terkuat dalam BN.


Mungkinkah 'drama' ini sengaja dirancang agar Chua Soi Lek dapat bersama Chua Jui Meng dan beberapa orang lain, berperanan pula di pihak sebelah demi memastikan kuasa tawar-menawar pengundi Cina kekal diberi perhatian?


Terlalu awal menelaah langkah Chua Soi Lek namun pasti PKR akan menyediakan red carpet untuknya, kerana disitu sudah ada bekas Tim. Presiden Umno yang juga pernah dipecat keahliannya, sedia menunggu memberikan laluan.


Kita tunggu kesudahan plot cerita ini...


Monday, May 18, 2009

Penerangan Yang Kabur!

Salam,

Ketua Penerangan baru Umno, Datuk Ahmad Maslan dilaporkan kesal kerana kekuatan Umno dengan memiliki 60,000 orang Ketua Penerangan di peringkat cawangan gagal digembleng tenaga mereka.

Melihat jumlahnya memang cukup ramai, jika diandaikan ia sebagai perniagaan MLM pasti produk yang dipasarkan meletup di pasaran. Andai Umno sebuah syarikat, keuntungan diterima pasti berlipat kali ganda.

Sayangnya, mengapa penerangan Umno sejak akhir-akhir ini gagal?

Jika dihujahkan, ada banyak faktor kenapa kegagalan penerangan ini berlaku. Ketua Penerangan gagal berfungsi dengan baik adalah salah satu sebabnya. Jika Ketua Penerangan pun sudah ‘kabur’, bagaimana dia boleh menjelaskan kekaburan! Yang buruknya, dia sendiri tidak pun tidak setuju dengan mauduk yang hendak diterangkan, bagaimana mahu diterangkan?

Mungkin bukan salah Ketua Penerangan. Ketua Penerangan adalah jawatan dilantik. Ketua Penerangan tidak pernah memohon dilantik, tapi dia terpilih kerana dia ‘setia’ kepada ketua yang melantik, sebagai membalas kesetiaan maka terisilah jawatan tersebut. Hasilnya, dia memang bukan ‘Penerang’.

Menjadi Ketua Penerangan mesti seorang yang berani, mampu berhujah dan semulajadi bersifat ‘politician’. Sifat malu-malu kucing tidak wajar wujud dalam kamus hidup seorang Ketua Penerangan. Diajak berdebat, pasti dia tidak menolak dan mampu berhujah dengan baik.

Secara peribadi, saya pernah terserempak dengan seorang kawan yang baru dilantik sebagai Ketua Penerangan. Sebagai penghargaan, diucapkan tahniah kepada kawan tersebut. Sayangnya, kawan tersebut bukan pula mengucapkan sama-sama tetapi cuba berdolak-dalih seakan tidak mahu mengaku yang dia sudah dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Bagaimana mengharapkan penerangan daripada Ketua Penerangan seperti kawan tersebut, yang mahu mengaku jawatannya pun dia malu-malu? Bukan salahnya, mungkin dia memang tidak mampu tapi kerana dia terpilih oleh sang ketua, maka jadilah dia Ketua Penerangan. Kasihan Datuk Ahmad Maslan dan Umno!

Agak-agak bagaimanalah Ketua Penerangan seperti kawan ini mahu menerangkan dasar dan perjuangan Umno, adakah yang mahu mendengar?

Sunday, April 19, 2009

Pilihlah Keputusan Terbaik...

Salam,

Gelanggang PRK Penanti sedia menunggu dibuka. Pertarungan antara Umno/BN dan lawannya pasti PKR / PR. Mungkin Bebas akan turut serta untuk memeriahkannya.

Datuk Najib dilaporkan BN menimbang kemungkinan tidak menyertai pesta pilihanraya kali ini. Soalnya kenapa?

Ya kita tidak suka tindakan mengosongkan kerusi untuk kepentingan peribadi. Atas apa alasan pun, memang tidak wajar seorang wakil rakyat mengosongkan kerusi yang diamanahkan pengundi. Apalagi jika ia dilakukan dengan sengaja untuk menguji populariti parti.

Perbuatan sebegini walaupun dibenarkan undang-undang, amat tidak bertanggungjawab. Bayangkan perbelanjaan yang terpaksa digunakan, masa yang terbuang dan 'kesulitan' yang dialami oleh para pengundi untuk memilih wakil baru. Jika memilih wakil rakyat baru kerana wakil lama meninggal dunia, mungkin agak mudah difahami.

Namun, jika BN mengambil keputusan memboikot PRK Penanti, ia juga termasuk perbuatan tidak bertanggungjawab. Soal kalah menang bukan ukuran. Tiada siapa yang berani menjamin kemenangan dalam mana-mana PRK. Semuanya bergantung dengan ketentuan Illahi dan gerakkerja kempen.

Jika BN sudah menyedari kelemahannya, ambillah tindakan segera untuk membaiki dan mengatasi segala permasalahan. Janganlah sampai 2 tahun untuk membetulkan soal remeh. Senarai prioriti perubahan yang hendak dilaksanakan mestilah sudah dibuat. Dahulukan yang utama, dan belakangkan sedikit yang kurang utama. Pokoknya, perubahan yang dijanjikan dikotakan!

Sepatutnya begitulah hendaknya yang wajar dilakukan oleh BN. Buat persediaan rapi dan munasabah. Serahkan kepada rakyat untuk menilai presatasi BN. Jika akhirnya keputusan masih jauh dari kemenangan, terimalah dengan dada lapang. Mungkin untuk maksud PRK Penanti ini, post-mortem 4 PRK yang tewas boleh digunakan?

Rasanya, tidak menyertai PRK Penanti bukanlah keputusan terbaik.

Friday, April 17, 2009

Mengapa Sampai Jadi Begini?

Salam,

Tanpa sebarang tanda, tanpa amaran, tanpa ribut, politik Terengganu tiba-tiba berkocak. Kocakannya kali ini bukan alang-alang. Lagi hebat daripada gelora Laut China Selatan.

Dikhabarkan usul undi tidak percaya hendak dibuat ke atas MB, Tok Mad Said. Benarkah ada YB yang seberani itu? Mungkin juga, sebab dunia politik ni serba berkemungkinan. Hari ni menjadi kawan, tidak mustahil esok menjadi lawan.

Lepas tu, khabarnya ada pula YB yang menerima SMS berbaur ugutan. Meminta YB berkenaan jangan buat usul undi tidak percaya. Di akhir SMS, ugutan nyawa boleh melayang. Wah...nampak gayanya politik Terengganu semakin maju. Ala Sri Lanka gitu...

Laporan polis sudah dibuat. Serahkan saja kepada pihak berkuasa. Rasanya, bukanlah masalah besar bagi polis untuk menyiasat punca SMS tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.

Setakat ini banyak lagi persoalan yang masih belum dirungkai, kisah di sebalik tabir peristiwa yang berlaku. Tok Mad Said pun sudah berjumpa Presiden. Sementara kita menunggu perkembangan selanjutnya, elok juga kita merenung sejenak.

Mengapakah semua ini berlaku? Bukankah MB dan ADUN lain -kecuali 8 dari PAS dan 1 MCA- kesemuanya dari Umno? Tiadakah lagi ruang perbincangan di kalangan mereka? Belum cukupkah kekalahan di Kuala Terengganu menjadi iktibar berguna kepada mereka? Atau barangkali mereka sudah terlupa bahawa pada 1999 - 2004, Umno tidak memerintah di Terengganu...

Tuesday, April 14, 2009

Biasalah...Politik Umno!

Salam,

Ada 2 'kekecohan' berlaku, berkaitan perebutan jawatan:

# Kecoh 1

Di utara, Dr Isa Sabu kata, elok MB jadi Pengerusi Perhubungan Negeri Perlis. Pengerusi sekarang, Shahidan Kassim pula mengesyorkan jawatan yang disandangnya diserahkan kepada TS Muhyiddin Yasin.

# Kecoh 2

Di Selangor, cerita yang sama. Diberitahu majoriti Ketua Bahagian mahu Datuk Najib mengepalai Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, menggantikan TS Muhammad Muhd Taib yang tewas.

Wah, nampak macam hebat...dua-dua negeri mahu Presiden dan Tim. Presiden mengetuai mereka. Makin bertambahlah beban tugas PM & TPM, mengurus parti, negara dan mengurus 2 negeri. Istimewa sungguh Perlis dan Selangor ni..

Belum pun reda pahat berbunyi selepas pembentukan kabinet, ditambah pula 'pahat' penyusunan senarai Perhubungan Umno Negeri. Makin pening la kepala 2 pemimpin atasan kita.

Tidak bolehkah kalau Shahidan dan Muhammad kekal menerajui Umno negeri masing-masing? Bukankah elok kalau mereka ini yang agak 'lapang' meneruskan kerja-kerja parti, berbanding PM, TPM atau MB? Tidaklah nanti bercampur-aduk...

MB laksanakan tugas pentadbiran, Pengerusi Perhubungan jalankan tugas parti. KJ Ketua Pemuda, tidak jadi Menteri pun, ok apa!

Biasalah Tan Sri dan Datuk Seri ...inilah harga yang terpaksa ditanggung apabila tidak lagi berjawatan Menteri @ MB, apalagi kalau kalah dalam pemilihan. Jasa lama 20 tahun...ada lagikah orang pandang?

Soalan: Tidak bolehkah Umno mengubah 'perangai buruk' ini? Hmmm...entahlah.

Monday, April 13, 2009

2 Tahun? Mengapa Terlalu Lama ?

Salam,

Dilaporkan TS Muhyiddin Yasim berkata bahawa 2 tahun adalah tempoh masa yang diperlukan untuk transformasi Umno seperti yang dijanjikan.

Kita rasa tempoh 2 tahun yang diminta adalah terlalu lama. Tiada unsur kesegeraan dan seperti 'lalai'. Mengapa perlu sampai 2 tahun?

Transformasi yang dibising-bising wajar disegerakan. Lebih cepat lebih baik, dan lebih meyakinkan bukan sahaja ahli serta penyokong parti malah rakyat atas pagar, yang ingin melihat Umno benar-benar berubah.

Dibimbangi semakin lambat perubahan dilaksanakan dan semakin lalai pimpinan parti mengambil tindakan, akan menyebabkan lebih banyak masalah yang timbul. Lebih ramai pula yang mencebik bibir tanda bosan!

Apalagi jika perubahan yang diwar-warkan, hanyalah perubahan luaran sahaja. Hanya perubahan kosmetik, nampak semacam retorik. Tentulah ramai lagi yang akan kecewa dan menjuihkan mulut!

Biarlah transformasi ini diambil sebagai prioriti dan dilakukan secara serius, bukan main-main. Bukan hangat-hangat tahi ayam. Bukan dijaja sebagai modal kempen semasa musim pemilihan.

Biar jelas apa yang mahu dirubah, lakukan sekarang, sesegera mungkin...jangan tunggu lama-lama, takut nanti apabila Umno sudah berubah, ia sudah tidak mendapat sokongan lagi...

Saturday, April 11, 2009

Siren Amaran Untuk BN!

Salam,

Dalam kecoh bertepuk tampar, saling berbalas ucapan tahniah kepada yang dilantik serta bersedih kerana tercicir atau tidak dilantik...hendaknya jangan dilupakan kekalahan di PRK 3 hari lalu.

Kekalahan di 2 Bukit dengan majoriti yang bertambah kepada PKR dan PAS, merupakan satu 'tamparan' buat BN. Sementara kemenangan di Batang Air, bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ia memang kawasan tradisi BN.

Kenapa tamparan? Sebab Bukit Selambau dan Bukit Gantang sebelum Mac 2008, adalah kawasan tradisi BN. Di Bukit Gantang umpamanya, BN diwakili Gerakan pernah memenangi kawasan ini, tetapi malang Umno gagal di sini.

Seperti kata Muhyiddin Yasin, satu post-mortem bebas wajar dilakukan. Melihat punca mengapa selepas PRU12 lalu, kemenangan seperti amat jauh dari BN. Jika trend ini berterusan, dan BN tidak peka dengan perkembangan yang berlaku, kita khuatir 'pukulan maut' akan menjelma nanti.

Post-mortem ini wajib menyatakan kebenaran, dengan jelas, telus dan berani, tanpa berselindung. Agar kelemahan dapat diatasi segera dan diaplikasi pada pilihanraya akan datang. Jika terpaksa mendesak Samy Vellu berhenti jadi Presiden MIC, katakan kepada Samy...cukuplah!

Keahlian 'Suruhanjaya Bebas Post-Mortem' ini biarlah dianggotai oleh ahli yang tidak memihak, berani menyatakan kebenaran dan berani menyampaikan kepada pihak atasan. Malah berani pula memastikan cadangan dilaksanakan.

Biarlah ahli suruhanjaya ini nanti mencari punca penyakit, cara merawat dan cadangan pilihan kepada rawatan penyakit BN ini. Ahli-ahli yang dilantik pula biarlah 'doktor pakar' yang berkebolehan, merangkumi semua bidang, yang bergelar dan rakyat biasa tanpa gelaran.

Mungkin blogger boleh diajak sama...

Wednesday, March 11, 2009

Bajet Mini : Apa Tanggungjawab Kita ?

Salam,

Melihat apa tsurat, Bajet Mini yg dbentangkan oleh TPM DS Najib nampak cantik dan meyakinkan. Dgn jumlah besar 60 billion dan 4 teras yg dtetapkan, diharap bajet ini mampu menyerap kelembapan ekonomi yg drasai sekarang.

Seperti orang lain, harapan kita peruntukan dalam bajet ini akan dapat disalurkan dgn telus dan sampai ke sasaran yg dihajati. Di satu segi, pihak kerajaan telah menunaikan tanggungjawab mengekang asakan kegawatan ekonomi.

Sebagai rakyat Malaysia, apa tanggungjawab kita ?

Rasanya, tugas utama kita tentulah menyokong usaha pihak pemerintah menjalankan langkah-langkah perlu mengatasi kegawatan ekonomi yg melanda ketika ini. Tanpa mengira fahaman politik, pbezaan agama, bangsa dan warna kulit, seluruh rakyat wajar bersatu.

Bagaimana caranya ?
Wajar rasanya seluruh rakyat fokus untuk menggembleng tenaga dan produktiviti, melupakan seketika 'perseteruan' dalam politik khususnya. Rasanya, tidak kira kita penyokong BN, PR atau Bebas sekalipun, tentunya kita berharap negara kita akan dapat melepasi krisis ekonomi ini dgn yakin dan tenang.

Memang diakui, ada banyak 'pahat' yg akan berbunyi, yg tidak setuju itu ini, yg mengharap begitu begini...namun rasanya, tidak mungkin kehendak kita semua dapat dipenuhi satu persatu, dan hendaknya setiap kekurangan itu tidak dijadikan alasan utk tidak bekerjasama - kerana psaingan politik umpamanya.

Biarlah pertentangan dalam politik dilakukan pada musimnya. Terjemahkanlah sokongan dan kempen dalam PRK di 3 tempat : Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai pada 28hb Mac hingga 7hb April ini.

Sementara menunggu detik itu, marilah kita bsama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai werganegara yg patriotik!

Bolehkan...?

Tuesday, March 10, 2009

Hello, Boleh Minta Tolong Sikit...!!!

Salam,

Rasanya, amat jarang minta tolong, bukan tidak perlu tp setakat ni belum ada keperluan untuk minta tolong. Cuma kali ni, rasanya tiada pilihan lagi. Mau tak mau mesti minta tolong juga...

Ala bukan selalu, kali ni saja. Pertolongan yg diminta ni pun bukannya besar sangat. Bukan nak pinjam duit...bukan juga nak minta belanja makan. Pertolongan yang diminta, rasanya kecik sangat...

Ya, minta tolong hal seciput jak...khusus utk saudara-saudara seIslam dan sebangsa, kali ini betul-betul nak minta tolong.

Kita minta tolong supaya isu bahasa, isu PPSMI ni tidak dipolitikkan. Tidak dihuru-harakan dgn demonstarasi jalanan yg sangat tidak perlu.

Kita faham kalau para pejuang bahasa menentang PPSMI...kita faham kalau mereka mhantar memorandum ke Istana Negara. Kita memahami hasrat mereka yg tidak bsetuju lagi dgn pelaksanaan PPSMI.

Cuma kita gagal memahami mengapa perlunya perarakan, demo dan provokasi kpd pihak bkuasa...serta kita juga tidak memahami apa alasan parti politik spt PAS dan PKR, mjadikan pjuangan mdaulatkan bahasa kebangsaan dlm pengajaran Sains dan Matematik ini, sbg modal utk kepentingan politik mereka.

Harus diingat, isu bahasa dan PPSMI ini amat dekat di hati rakyat Malaysia yg patriotik tanpa mengira fahaman politik mereka. Pjuangan mdaulatkan bahasa ni bukan hak milik mutlak pembangkang saja!

Di pihak kerajaan pula, sewajarnya keputusan bkaitan PPSMI lebih elok disegerakan. Jika diteruskan, umumkan..atau jika dihentikan, umumkan juga. Semakin lambat keputusan ini dibuat, semakin rancak pihak pembangkang menangguk di air keruh. Tolong juga kpd pimpinan kerajaan, jgn mpolitikkan keputusan PPSMI ni..Btindaklah segera mdengar suara rakyat.

Sebab tu, wajar bagi kita utk minta tolong...TOLONG JANGAN POLITIKKAN PERJUANGAN MDAULATKAN BAHASA KEBANGSAAN NI!

Tuesday, February 17, 2009

Harapan Baru Politik Malaysia

Salam,

Hari ini selepas menyaksikan senario politik Malaysia tkini - bkaitan kes kangkang YB Elizebeth Wong - rasa senang hati dan sangat gembira. Rasanya tidak pernah segembira ini melihat iklim politik Malaysia sebegini baik.

Syukurlah, rupanya dlm kekalutan politik - t'utama oleh para ahli politik - tsirat harapan baru untuk Malaysia, slogan PKR yg sangat relevan. Harapan untuk menyaksikan politik Malaysia bukanlah 'peperangan' tetapi kesejahteraan, bukan pmusuhan tetapi psahabatan.

Sebelum ini kita dhidangkan dgn keakraban di kalangan ahli politik khusus di antara para MP sama ada dr BN atau PR, di Parlimen. Walaupun berbalah di dlm Dewan Rakyat @ Negara, namun di luar dewan mampu bgurau senda, gelak bsama dan sama-sama mjamah makanan warisan negara, nasi lemak.

Malahan jauh sebelum itu, sebelum PRU Mac tahun lalu, nilai psahabatan di kalangan ahli politik sudah dipraktikkan. Bukan sahaja di Parlimen atau di pentas forum, malah hingga ke rumah ! Caya la, ini baru politik Malaysia namanya...

Maka sebab itulah, ada ahli politik BN - tentulah dia seorang yg baik hati - mampu mengambil gambar YB Elizebeth dlm posing istimewa, ketika tidur sambil kain tselak dan kaki tkangkang. Kalau bukan nilai psahabatan yg amat tinggi, tidak mungkin orang BN mampu pergi jauh menyelinap ke rumah YB ni.

Cuma yg tidak bmoralnya, ahli politik BN ini mdedahkan gambar tsebut, shingga mcerobohi kehidupan peribadi YB ni. Kerana pdedahan gambar ini, 'rosak' psahabatan yg dbina antara ahli politik BN dan PKR.

Soalnya, siapa ahli politik BN yg tidak bmoral, yg jahat, yg busuk hati - dan segala macam lagi - ini ? Kalau dpt ditangkap, mau ja kita hentak kepala dia!!!

Pengajaran dr peristiwa ini, jangan benarkan ahli politik lawan - t'utama dr BN kerana mereka sangat tidak bmoral - masuk ke rumah ketika hendak tidur...

Hmmm...aku cuma mampu tertawa kecil melihat gelagat ahli politik kita, sambil berharap harapan baru yg dicanang bukan mimpi ngeri.

Wednesday, January 21, 2009

Teruskan Usahamu Wahai SPRM !




Salam,

Jika benar spt yg dlaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) akan mdakwa esok tiga org ahli Umno atas tuduhan rasuah semasa urusan pemilihan lalu, amat wajar kita tabik spring atas tindakan tsebut.

Sbg seorang rakyat Malaysia dan ahli parti yg kini keadaannya agak 'sakit', diharapkan tindakan begini akan menyedarkan juak-juak Umno dan mbantu memulihkan imej Umno yg tcalar akibat plakuan ahli yg mgadai maruah dgn tukaran wang.

SPRM kena memastikan pdakwaan tidak thenti kpd tiga orang ini sahaja, tp biarlah mlebar kpd setiap aduan yg dikemukakan. Jika ada bukti kukuh dakwa sahaja, sebab Umno pun tidak kerugian hilang ahli yg sebegini rupa.

Nampak gayanya, SPRM telah mbuktikan kberkesanan kerja mereka berbanding dgn satu Lembaga yg canang politik wang seluruh Malaysia dgn beratus-ratus kes katanya, sampai hari ni habuk pun tarak!


Entahlah apa yg dbuat Lembaga ni...


Monday, December 15, 2008

Jangan Takut Pembangkang!

Salam,

Maka bkatalah TS Muhammmad Muhd Taib, calon Tim. Presiden supaya segala para jentera parti di PRK K.Terengganu nanti, jangan takut pembangkang.

Maka kita pun amat setuju dengan Tan Sri, memang kita sangat tidak boleh takut kepada pembangkang. Seluruh jentera parti wajib untuk berani berdepan bukan saja dengan pembangkang, malahan dengan siapa-siapa saja hatta calon bebas.

Cuma satu ja yang kita wajib bjaga-jaga dan sentiasa waspada, bukan takut tapi b'ingat-ingat. Supaya semua kita sentiasa bsiap siaga, jangan nanti kalah baru menyesal.

Apa dia? Bukan pembangkang, bukan calon bebas, tp orang kita sendiri, ahli parti kita. Bukannya orang lain pun. Ini yang lebih merbahaya. Musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan.

Kalau orang lain senang sikit kita kenal. Pasti ada lambang parti di baju, topi atau di mana-mana. Dari cara bcakap, cara bjalan, cara bpakaian dsb pun kita kenal dia dari parti mana. Yang ni senang kita jaga. Kalau sudah tidak boleh, penyokong tegar, kita biarkan ajalah.

Yang kita takut kalau dari parti kita sendiri, ini yang merisaukan kita. Sebelum ni pun banyak sudah blaku, hingga dlm PRU lalu kita kalah di banyak tempat, hilang 5 + 1 negeri. Bukan kerana pembangkang kuat pun.

Saturday, November 29, 2008

Awas! Bukan Politik Wang Sahaja

Penyakit yg sedang dihadapi Umno bukan setakat politik wang yg diheboh-hebohkan sekarang. Selain politik wang, ada beberapa penyakit lain, yg jika tidak ditangani dgn baik, mampu melumpuhkan Umno.

Kouta pencalonan yg menekan ahli yg bkira-kira menawarkan diri juga adalah satu penyakit. Penyakit ini juga membuatkan ahli sedia berkhidmat tp ‘malas’ mengejar pcalonan, tawar hati utk bkhidmat. Bukankah ini satu kerugian, jika ahli yg ‘malas’ ini adalah ahli yg mampu mjadi asset parti?

Penyakit lain seperti penyandang jawatan yg tlalu bkuasa menentukan siapa yg ‘layak’ btanding atau tidak. Sebagai contoh, ada ahli yg mdapat pcalonan yg mcukupi tetapi dinafikan hak btanding kerana cawangan yg mcadangkan ahli tadi digantung atau mesyuarat dibatalkan.

Adakah dalam Perlembagaan Umno yg mberi kuasa kpd JK Bahagian untuk mgantung sesebuah cawangan ? Bagaimana cara menerangkan kepada ahli-ahli cawangan yg digantung kedudukan sebenar dan bagaimana pula cara memujuk mereka dlm PRU akan datang ?

Maknanya, perubahan thadap banyak perkara mesti dibuat Umno, tidak perlu menunggu sehingga Mac, jika cita-cita merebut kembali majority 2/3 mau direalisasikan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, semua pihak mesti menggembleng tenaga menjadikan Umno ‘mesra’ bukan sahaja kepada ahli tetapi kepada semua rakyat.

Umno khususnya MT, JK Pengurusan dan Lembaga Displin mesti melihat bahawa bukan politik wang sahaja yg mesti diperangi, malah penyakit-penyakit lain juga mesti dirawat dan diubati. Pengamal politik wang mesti dihukum dan 'virus perosak' Umno juga wajar diambil tindakan!

Tuesday, November 25, 2008

Dua Berita 'Sedih' Pagi Ni...

Salam,

Dilaporkan ada dua berita sedih pagi ni.

Berita 1 - Di Peru, Tuan ( Bakal ) Presiden, DS Najib kata Sukar Kekang Politik Wang. Katanya, Tun Mahathir pun gagal mengatasi masalah ni. Ya la, kalau 22th bkuasa pun masih gagal, apa pula Tuan ( Bakal ) Presiden kita ni yg belum pun duduk lagi di situ. Cuma Datuk Seri, janganlah kecut perut, perkara ni mesti diatasi! Janganlah tunjuk lemah semangat dan serang org lain pulak. Sebagai bakal Presiden, Datuk Seri mesti 'kuat' menghadapi cabaran

Berita 2 - Di Mahkamah Sesyen, Puan Zaharah Jaafar dlm keadaan teresak-esak mengaku pecah amanah wang kutipan Pos sebanyak RM95,500.00 pd 18 Mei 2006. Dia mengaku 'Saya Terdesak' kerana membiayai belanja perubatan kanser pangkal rahim, selepas tiga kali dibedah kerana kanser payudara. Dilaporkan Hakim pun 'pening-pening lalat' nak buat hukuman. Terfikir, di mana agaknya Tabung Kebajikan Negara?

Soalan lain : Apakah ada kemungkinan para calon dan perwakilan Umno juga 'terdesak' dlm soal politik wang ni ? Ya la, para calon 'terdesak' memberi dan perwakilan pula 'terdesak' menerima dan meminta-minta!

Monday, November 24, 2008

Maknanya 70% Betul La...

Dilaporkan Lembaga Disiplin Umno ( LDU ) mengakui 30% aduan berkaitan politik wang dlm Umno adalah fitnah, orang kalah nak aniaya orang yg menang. Sebab tu, LDU mengambil masa nak menyiasat dan menghukum setiap aduan.

Dilaporkan lagi, Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili pengerusi lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail bkata : lembaga mengambil masa untuk menyiasat dan bertindak terhadap setiap aduan salah laku yang diterima, bagi memastikan tidak ada pihak yang teraniaya.

Wah, bunyinya macam cantik tapi ada soalan cepumas untuk LDU ni : Macamana LDU tahu 30% tu fitnah ?. Ada cukup bukti ka kata fitnah org kalah kpd pemenang? Yg menang ja ka pakai wang ? Yg kalah tu tak pakai wang ka?

Maknanya, LDU kena siasat btul2 perkara ni, jgn sampai ada yg tlepas, jgn ada yg t'aniaya. Satu lagi, tindakan yg bakal diambil nanti bukan sahaja kpd para pemenang, yg kalah tp guna wang juga mesti dihukum. Barulah adil namanya...

Jgn sampai nanti org persendakan : TS Isa Samad ja main duit 2004 dulu. Atau di Sabah, satu lelucon oleh seorang pemimpin yg menang tp dilucutkan jawatan pd th 2004 akibat politik wang : Hanya aku seorang saja di Sabah ni bah yg main duit!!!

Sunday, November 16, 2008

SABAR AJALAH !

Seorang kawan yang berhajat menawarkan diri bertanding satu jawatan utama dalam Pemilihan Umno di sebuah Bahagian baru-baru ini, telah ‘dinasihatkan’ supaya membatalkan hasrat tersebut dengan alasan untuk berkompromi dan mengelakkan perpecahan.

Sebagai tawaran, kawan tersebut ‘dijanjikan’ satu jawatan utama yang dilantik oleh pimpinan bahagian. Ketika itu, kawan tersebut telah mula mendapat pencalonan daripada cawangan yg bsidang. Demi menghormati pimpinan bahagian, kawan tersebut dengan kejujuran dan keikhlasan hati, telah bersetuju dengan ‘nasihat’ yg diberikan.

Apa yang blaku kemudiannya kini menjadi sejarah. Selesai pemilihan, dalam mesyuarat yg diadakan baru-baru ini, kawan ini hanya diberi jawatan kecil – tidak sebagaimana yg dijanjikan. Kawan tersebut mjadi keliru, dan menolak jawatan tsebut.

Kawan tsebut terus dalam dilemma : Menjadi penyokong ‘setia’ atau ‘pemberontak’ – Kalau mjadi pemberontak mungkin tpaksa dipujuk dan diberi ganjaran tapi kalau jadi penyokong setia, beginilah jadinya…

Pengajaran daripada kisah kawan ini, dalam politik jangan cepat percaya dengan ‘nasihat’ dan ‘janji’. Mungkin ada udang di sebalik mee. Kepada kawan tsebut, nasihat saya : SABAR ajalah – inilah pkataan yg paling baik boleh diberikan. Dalam politik juga, pkataan SABAR ni kena simpan banyak-banyak…

Tunggu dan sedia untuk 3 tahun lagi, mungkin ada cerita !

Monday, November 3, 2008

1 Lagi...Suara Mencari Glamour!


Tahukah anda parti Liberal Demokratik Party ( LDP )?

LDP dalam Kongres Ke-19 di Sandakan telah meluluskan resolusi agar kerajaan mengkaji semula ISA & DEB.

LDP mewakili suara satu kawasan Parlimen - Sandakan & 2 dua DUN - Merotai & Tg Kapur ( kedua-duanya kawasan majoriti Bumiputera Islam ). Ringkas kata, suara parti ini ibarat suara nyamuk, berdesing di telinga. Resolusi diluluskan tidak lain bertujuan untuk mencari glamour, memperkenalkan Presidennya yg langsung tidak terkenal.

Agaknya kalau tidak kerana resolusi ini, mungkin orang ramai tidak menyedari parti LDP ini wujud di Sabah. Ingatkan parti ini di Jepun ja...Ntah2 next election, suara nyamuk ni mungkin hilang! Paling senang, bagi ja kawasan Merotai & Tg Kapur kepada Umno...habis cerita.

Sudahlah VK Liew & The Gang, kalau nak cari glamour pun carilah cara lain. Mungkin tahun depan boleh masuk AF7 !

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin