Search This Blog

Loading...

Tuesday, March 10, 2009

Hello, Boleh Minta Tolong Sikit...!!!

Salam,

Rasanya, amat jarang minta tolong, bukan tidak perlu tp setakat ni belum ada keperluan untuk minta tolong. Cuma kali ni, rasanya tiada pilihan lagi. Mau tak mau mesti minta tolong juga...

Ala bukan selalu, kali ni saja. Pertolongan yg diminta ni pun bukannya besar sangat. Bukan nak pinjam duit...bukan juga nak minta belanja makan. Pertolongan yang diminta, rasanya kecik sangat...

Ya, minta tolong hal seciput jak...khusus utk saudara-saudara seIslam dan sebangsa, kali ini betul-betul nak minta tolong.

Kita minta tolong supaya isu bahasa, isu PPSMI ni tidak dipolitikkan. Tidak dihuru-harakan dgn demonstarasi jalanan yg sangat tidak perlu.

Kita faham kalau para pejuang bahasa menentang PPSMI...kita faham kalau mereka mhantar memorandum ke Istana Negara. Kita memahami hasrat mereka yg tidak bsetuju lagi dgn pelaksanaan PPSMI.

Cuma kita gagal memahami mengapa perlunya perarakan, demo dan provokasi kpd pihak bkuasa...serta kita juga tidak memahami apa alasan parti politik spt PAS dan PKR, mjadikan pjuangan mdaulatkan bahasa kebangsaan dlm pengajaran Sains dan Matematik ini, sbg modal utk kepentingan politik mereka.

Harus diingat, isu bahasa dan PPSMI ini amat dekat di hati rakyat Malaysia yg patriotik tanpa mengira fahaman politik mereka. Pjuangan mdaulatkan bahasa ni bukan hak milik mutlak pembangkang saja!

Di pihak kerajaan pula, sewajarnya keputusan bkaitan PPSMI lebih elok disegerakan. Jika diteruskan, umumkan..atau jika dihentikan, umumkan juga. Semakin lambat keputusan ini dibuat, semakin rancak pihak pembangkang menangguk di air keruh. Tolong juga kpd pimpinan kerajaan, jgn mpolitikkan keputusan PPSMI ni..Btindaklah segera mdengar suara rakyat.

Sebab tu, wajar bagi kita utk minta tolong...TOLONG JANGAN POLITIKKAN PERJUANGAN MDAULATKAN BAHASA KEBANGSAAN NI!

16 comments:

Zolkharnain Abidin said...

blog ini telah dilinkkan dengan http://bongkarsauh.blogspot.com/

BEAUFORT MARLI said...

SALAM, INI DATUK HISAMUDDIN PUNYA PASAL, LAMBAT SANGAT NAK BUAT KEPUTUSAN. ..... NGAMLAH DIA KALAH PEMILIHAN UMNO KALI NI... HA HA HA...

Panglima Perang Cyber said...

Kupasan bersahaja dengan cara simple untuk tujuan yang baik...

Itu yang kita semua kena buat. Menyampaikan mesej dengan penuh berhemah dan berhikmah.

Ohhh isu di atas saya setuju bahawa TOLONG JANGAN POLITIKKAN ISU PSSMI

Mohd Riziqin Hill said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Riziqin Hill said...

Sepatotnye A Samad Said tidak menyatakan pendiriannya secara terbuka ingin menyampaikan hasrat penghapusan bhs inggeris dlm sains & math di pentas parti UMNO, PAS ataupun PR.

Inila bahananye jika ada pihak yg sengaja mengambil kesempatan.

Walau bagaimanapun sy setuju utk isu tidak mempolitikkn PSSMI

TAIPINGMALI said...

Isu PPSMI boleh dibincangkan secara politik dan di tempat yang sesuai dan cara yang baik. Umno akan membincangkan isu ini dalam Persidangan Umno hujung bulan ini.

Beberapa tahun lalu ada usaha untuk memanjangkan waktu persekolahan sehingga 4 petang. hasil perbincangan dalam di PWTC cadangan tersebut ditolak untuk memberi ruang kepada murid-murid sekolah menghadiri kelas fardu Ain dalama kelas KAFA di sekolah SAR.

Pakatan Rakyat juga boleh membincangkan isu PPSMI dan carilah resolusi atau keputasan untuk dibawa ke Parlimen.

Gunakan saluran parlimen atau saluran demokrasi yang betul.

Jangan diikut perangai gila DSAI. Dulu dia bukan MP boleh la menyalak di jalan,. Sekarang dia di Parlimen dan bertaraf Ketua Pembangkang lag.

Cheguman @ Demang Lebar Daun said...

Salam,
La, ingatkan mintak tolong apa tadi...

Memang betul tuan. Rakyat sebenar (bukan rakyat yang dimanipulasi oleh PR) sudah muak dengan kekecohan. Rakyat nak tengok pemimpin yang benar-benar sayangkan negara dan boleh membantu mereka dalam masalah ekonomi yang gawat sekarang.

bungaraya said...

Sehingga sekarang saya mamsih sangsi tentang satu perkara Ustaz. Betulkah PPSMI boleh menyekat kesuburan bahasa melayu didunia ini. Saya difahamkan semenjak program PPSMI dilancarkan, pertambahan orang yang menggunakan bahasa melayu didunia kini ialah 300,000,000 orang. Erinya pengguna bahasa melayu telah menjadi dekat-dekat 1 billion orang sudah.

Anonymous said...

apa salahnya PPSMI?

-anim

Datu Sulaiman said...

anunymous kata, apa salahnya ppsmi ? Saya tanya dia balik.., apa kurangnya bahasa Melayu berbanding Inggeris ?

MeeT uNcLe sHaH said...

Salam,

Jangan persalahkan Menteri Pelajaran, jangan salahkan Sasterawan Negara!!! Jangan, jangan salahkan mereka!!!!

Peringatan kepada politician yang MENANGGUK DI AIR YANG KERUH:

"JANGAN POLITIKKAN PELAJAR!!!"

Kalau Maths and Science changed to Malay, pelajar yang terbeban!!! Bukan mereka yang menangguk di air keruh!!!!

p/s:
Maaf, kalau komen ini sedikit beremosi.


http://meetuncleshah.blogspot.com/2009/03/eksperimen-cerita-kegemilangan-sebuah.html

Panglima Perang Cyber said...

Kita kena sokong PPSMI diteruskan dalam bahasa Inggeris.

Menggunakan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Math dan Sains tak menghilangkan identiti Melayu.

Seperti mana bahasa Melayu diguna orang Melayu tentu tidak akan menghilangkan identiti seorang Muslim.

matlan said...

asalamualaikum, saya sangat bersetuju isu PPSMI ini tidak di politikkan, bagi saya tidak salah sasterawan negara mempertahankan tindakan tidak menyokong PPSMI, dialah yg paling layak untuk tidak menyokong.....tak kan nak tunggu angkasawan negara pula untuk tidak menyokong.....tapi adalah salah kalau pembangkang nak berdemonstrasi di jalanan kerana nak membantah PPSMI, kan jumlah mereka di parlimen sudah hampir sama ramai dengan wakil kerajaan....kenapa tidak saja gunakan saluran tersebut.....di sini memang nampak sangat pembangkang sengaja hendak menimbulkan keadaan kucar-kacir dan kacau bilau di kala negara sedang sibuk menangani masalah ekonomi global.....dan untuk saudaraku anonymous dan datu sulaiman, tak ada salahnya PPSMI, dan tak ada kurangnya bahasa melayu , cuma kan cantik kalau kita boleh menguasai PPSMI dan juga bahasa melayu,.....ianya seperti kopi dan teh.....bukan kita tak minum kopi kerana kita benci teh, atau pun bukannya kita minum teh kerana kita bencikan kopi,.......pengalaman anak saya belajar maths dan sains dalam bahasa cina, saya nampak dan rasa ianya sangat susah melihat anak saya belajar.....tapi hakikatnya anak saya tiada masalah untuk belajar, saya tanya susah ke, selamba je dia jawab TIDAK SUSAH , SAYA SUKA BELAJAR DI SEKOLAH CINA.......allah hu alam

TokMudim said...

Betui-betui ..Sokong PPSMI diperkemaskan lagi.Melayu suka cabaran.

Perhatian kepada suami-isteri : Kempen KELUARGA BAHAGIA
Hentikan amalan seks oral. Hargai dan hormati bibir-bibir merah isteri anda, bibir yang mengaji kalimah-kalimah suci, bibir-bibir yang mendidik anak-anak anda.

ONE said...

salam,

rata-rata ilmu sains dan matematik pada hari ini adalah dalam bahasa inggeris..oleh itu PPSMI hanya merupakan pemangkin bagi penerokaan lautan ilmu itu..

kalo nk terjemah mestilah ada cerdik pandai maka pelajar-pelajar ini lah merupakan harapan kita di masa depan dalam kembali memartabatkan bah. melayu..bah melayu boleh terus diperkasakan dalam matapelajaran yang lain sementara proses ini berjalan..

Warisan Tamar @ KL said...

bagaimana agaknya mengajar bahasa melayu dalam bahasa inggeris?...sori bro...lari tajuk sket...hehehe

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin