Search This Blog

Monday, March 30, 2009

Jangan Macam Bunyi Kapalterbang!


Sembang-sembang dengan seorang teman baru-baru ini. Sambil pekena teh tarik, dia bercerita mengenai politik kapalterbang dalam UMNO. Huh? Politik kapalterbang? Ya, kawan saya kata, politik kapalterbang. Saya tukang lapor saja.
Salam,

Bicara Nobisha ada menyebut 'hiruk-pikuk' dalam Umno seperti bunyi bising kapalterbang semasa mula berlepas dan semasa mendarat. Sebaik sahaja kapaterbang mendarat, bunyi bising juga turut berhenti.

Demikian juga Umno, dengan berakhirnya musim pemilihan maka selesailah juga bunyi bising berkaitan Umno. Suara ahli Umno mencadang begitu begini, suara mengkritik dan pelbagai lagi suara, juga akan berhenti. Cuma, yang mungkin kedengaran selepas ini suara puji-pujian!

Namun, kali ini kita berharap keinsafan wujud di kalangan pemimpin dan ahli Umno. Timbul kesedaran di kalangan mereka, dengan memahami mesej bekas Presiden Umno : Aku Akan Berubah. Atau, menghayati Rukun Perjuangan.

Jika laungan yang bergema di PWTC tempohari, semangat berapi-api, pelbagai janji yang ditabur dan pelabagai cadangan yang diberi, tidak diberikan perhatian, tiada tindakan segera...kita bimbang transformasi yang diwar-warkan, hanya menjadi slogan yang enak untuk didengar, menjadi retorik yang indah untuk dilafazkan!

Kita khuatir, perasaan jelak di kalangan ahli dan perasaan muak rakyat Malaysia terhadap Umno akan semakin membarah. Dan, yang paling merisaukan, tentulah perasaan jelak dan muak ini diterjemahkan di kertas undi pada PRU13...dengan mengundi apa sahaja, asal bukan Umno!

Ketika itu, bunyi bising bak bunyi kapalterbang Boeing 747-400 pun, sudah tidak berguna lagi.

2 comments:

anak beaufort said...

Salam, Saya 100% setuju tu....
Kita beri peluang PM baru kita buat kerjanya dan kita sokong agar matlamat menjadi negara maju dgn rakyat aman makmur akan tercapai. Berilah peluang

ONE said...

salam,

kjaan perlulah terus berusaha melaksanakan kebaikan dan mengambil hati rakyat..semoga tuhan akan terus bersama dengan kita..

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin