Search This Blog

Loading...

Friday, March 20, 2009

Lain Bengkak, Lain Yang Bernanah!

Salam,

Ekoran keputusan Lembaga Disiplin Umno ( LDU ) beberapa hari lalu, berlaku polemik berpanjangan di kalangan ahli Umno. Suara yang setuju, nampak seimbang dengan suara yang membantah. Ibarat nasi sudah menjadi bubur, ahli Umno yang telah dihukum kena redha dengan hukuman yang diterima.

Jika apa yang dilarang Tataetika Ahli Umno tidak dilanggar, pasti tiada yang disiasat dan dihukum oleh LDU. Sama ada LDU telah melaksanakan 'keadilan' dengan sewajarnya, itu soal lain. Memang bagi yang dihukum, terasa amat berat beban yang menimpa. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata ( baca: tingkahlaku ) buruk padahnya!

Bagi yang tidak terkena penangan hukuman LDU ni, memang cukup mudah untuk meminta orang lain bersabar dan bertenang. Iyalah, selain menyuruh bersabar apalagi yang nak diucapkan? Syabas kepada Tok Ali yang gentleman menerima hukuman ni.

Cuma yang agak dikesalkan ialah ada pula segelintir ahli Umno yang bersikap lebih sudu dari kuah. Menuduh orang lain punya konspirasi akibat perbuatan sendiri. Ini dah macam stail Pakatan Rakyat...semua kesilapan diri adalah akibat konspirasi pihak lawan. Tak percaya ? Tengok kes Eli...BN yang dituduh punya angkara merakam gambar Eli separa bogel.

Di Pahang, DS Adnan selaku MB dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri pula dituduh jadi dalang menyebabkan ahli Umno Paya Besar diambil tindakan. Tok Nan punya nafi siap ajak kawan tu muhabalah di masjid, dan cabaran ini disambut. Wah! ini barulah berani namanya.

Inilah yang disebut bijak pandai dahulu, lain bengkak lain yang bernanah! Bengkak di Melaka, bernanah di Pahang dan tempat lain. Makin kuatlah nampaknya ketawa ejekan 'orang lain' terhadap karenah pimpinan Umno yang kurang matang ni!

Bukankah elok dalam saat ini, saat menghadapi Pemilihan Umno dan berdepan PR di 2 Bukit 1 Batang ni, kalau kita mengambil nasihat TS Muhyiddin. Katanya, Umno sekarang berada di hujung jalan dan mesti berubah!

Atau, merenung pesanan DS Rais Yatim yang meminta pemimpin Umno kembalikan idealisme perjuangan asal bagi mengukuhkan parti dan kedudukan orang Melayu.
Kalau sikap kita masih di takuk lama, harapan kita untuk melihat kegemilangan Umno rasanya...jauh panggang dari api. Wallahu A'lam.

4 comments:

ONE said...

diorang nie x de hal pon nk lbey2..
masyaallah..
semoga Allah terus merahmati parti ini..

kembara putih said...

Parti UMNO lebih dirahmati kalau Ali Rustam didakwa di mahkamah.

Anonymous said...

salam Ustaz, saya sgt setuju dgn tema ucapan tpm di tv1, 'umno: berubah atau rebah'. apa yg terjadi kpd dinasti2 china t'dahulu dan kerajaan2 lama yg tinggal dlm lipatan sejarah nampaknya akan b'laku kpd umno jika tiada langkah drastik diambil. harapan kita umno akan b'ubah kembali kpd perjuangan asal.
- DG24, TKU

ustazsaid said...

Salam, DG24 TKU, ya memang begitulah keadaannya jika tindakan x diambil. mohon sdr. hubungi sy aldias444@gmail.com

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin