Salam,
Melihat apa tsurat, Bajet Mini yg dbentangkan oleh TPM DS Najib nampak cantik dan meyakinkan. Dgn jumlah besar 60 billion dan 4 teras yg dtetapkan, diharap bajet ini mampu menyerap kelembapan ekonomi yg drasai sekarang.
Seperti orang lain, harapan kita peruntukan dalam bajet ini akan dapat disalurkan dgn telus dan sampai ke sasaran yg dihajati. Di satu segi, pihak kerajaan telah menunaikan tanggungjawab mengekang asakan kegawatan ekonomi.
Sebagai rakyat Malaysia, apa tanggungjawab kita ?
Rasanya, tugas utama kita tentulah menyokong usaha pihak pemerintah menjalankan langkah-langkah perlu mengatasi kegawatan ekonomi yg melanda ketika ini. Tanpa mengira fahaman politik, pbezaan agama, bangsa dan warna kulit, seluruh rakyat wajar bersatu.
Bagaimana caranya ?
Wajar rasanya seluruh rakyat fokus untuk menggembleng tenaga dan produktiviti, melupakan seketika 'perseteruan' dalam politik khususnya. Rasanya, tidak kira kita penyokong BN, PR atau Bebas sekalipun, tentunya kita berharap negara kita akan dapat melepasi krisis ekonomi ini dgn yakin dan tenang.
Memang diakui, ada banyak 'pahat' yg akan berbunyi, yg tidak setuju itu ini, yg mengharap begitu begini...namun rasanya, tidak mungkin kehendak kita semua dapat dipenuhi satu persatu, dan hendaknya setiap kekurangan itu tidak dijadikan alasan utk tidak bekerjasama - kerana psaingan politik umpamanya.
Biarlah pertentangan dalam politik dilakukan pada musimnya. Terjemahkanlah sokongan dan kempen dalam PRK di 3 tempat : Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai pada 28hb Mac hingga 7hb April ini.
Sementara menunggu detik itu, marilah kita bsama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai werganegara yg patriotik!
Bolehkan...?
7 comments:
Salam, Tanggungjawab kita ialah memberi kerjasama kpd kerajaan antaranya kita mesti mengingatkan pegawai2 yg diamanahkan untuk melaksanakan projek2 pembangunan haruslah mengelakkan minta 10% .
Satu lagi kalau nak rancang pembangunan di kg2 tu biarlah memberi manafaat kpd ekonomi penduduk kg jangan asik buat projek yg senang yg boleh beri keuntungan kpd kontraktor sehingga 90% drp jumlah yg diperuntukkan (contoh kerja2 pembaikan jln raya kg, selalunya dilaksanakan ditempat2 yg jalannya agak baik lagi jadi kontraktor yg dpt projek tu hanya tabur dua tiga lori batu sja ... kan untung namanya tu)
Kepada Pejabat Daerah Beaufort, ADUN Lumadan & Ahli Parlimen Sipitang, tengoklah jln org2 kg di Luagan Rampang.. susah penduduk nak keluarkan hasil sawit, kadang2 terpaksa mendayung sampan menyeberangi sg padas utk keluarkan hasil buah sawit.. sangat susah. Mereka dah banyak kali memohon, malangnya bila prijek lulus tauke cina kg sebelahnya bayar sedikit RM kpd pegawai di Pejabat Daerah dan Pengerusi JKKK maka projek pembaikan jln berpindah ke jalan ladang tauke cina yg kaya.. kalau nak pastikan datanglah dan periksa jln tauke ladang sawit di Luagan tu kini ada 2 projek pembaikan jln sedang dilaksanakan oleh kerajaan.
Seperkara lagi saya nak mengingatkan para kontraktor Bumiputera, kerajaan dah berusaha nak tolong tingkatkan ekonomi diaorg... jadi janganlah hendaknya bila dpt projek tu asik jual dan dapat 20& sja projek tu .. kalau di Beaufort asik2 si Long long sja yg pajak projek macamlah dia sja yg boleh buat kerja2 tu . Dikhabarkan pula Si Long-long ni dijaga dan dibelai oleh pegawai Daerah yg tak lama lagi nak pencen.
Ingatlah LAKSANAKANLAH TANGGUNGJAWAB KITA KPD RAKYAT DGN PENUH KEIKHLASAN..
Salam saudara,
Saya tertarik dengan pendekatan positif dan konstruktif yang saudara ambil dalam isu ini. Saya juga menulis mengenai isu pakej rangsangan ekonomi dalam blog saya. Sama2lah kita berkongsi pandangan demi negara tercinta.
Ustz!.. Aku nak mintak tolong, tolong nasihatkan anak Nazri Aziz (menteri). Jangan buat tak senonoh dengan saya. Saya masih suci, tak baik dia gomol saya cam nie!.. http://www.gutteruncensored.com/2009/03/sons-of-malaysias-rich-and-powerful.html
asalamualaikum, dikala seluruh dunia dilanda masalah kelembapan ekonomi, negara kita muncul dengan strategi pakej ransangan ekonomi, walau pun kurang berkesan bagi memulihkan ekonomi negara, ianya dapat meringankan pukulan gelombang krisis ekononmi global , semalam bakal PM baru keluar dengan strategi baru bagi menangani krisis ekonomi ini dengan membentangkan budget mini yang bernilai 60 billion ringgit adalah semat-mata untuk merancakkan perkembangan ekonomi negara , secara dasarnya segala strategi yang di bentangkan nampak cantik, dan di sinilah peranan kita, peranan pemimpin ,penjawat awam, sektor swasta, dan rakyat jelata untuk menterjemahkan segala strategi ini agar ianya sampai kepada sasaran dan objektif yang di gariskan oleh kerajaan.........inilah masanya kita gunakan rizab kerajaan yang ada bernilai 300 billion itu untuk persediaan bagi menghadapi pukulan gelombang kedua kesan ekonomi global......janganlah di simpan saja tu duit rizab,....sekarang ni lah time mau pakai, time susah urang bilang, tapi pakai lah secara berhemah............dan masa ini lah kita bagi peluang pihak kerajaan BN untuk menangani masalah ini di peringkat pusat, jangan bebani kerajaan dengan masalah lain , biar diorang buat kerja, jangan kacau dengan demonsterasi jalanan yang tiada faedah kepada langkah memulihkan ekonomi,.....bagi negeri2 yang di perintah oleh kerajaan PR, teruskan pemerintahan anda bagi tempoh masa yang masih ada, kosentret dengan kerja pentadbiran, rakyat sedang menilai performance anda, jika baik akan di pilih semula, kalau sebaliknya rakyat akan undi semula kerajaan BN..........tapi yang paling penting adalah kita perlu bagi sokongan kepada segala strategi yang baik dan berfaedah kepada rakyat, kerana masalah menangani krisis ekonomi ini adalah tanggungjawab kita semua.....kita tidak mahu nagara kita menjadi seperti negara ICELAND yang sudah di istiharkan muflis negaranya.......maruah dan kedaulatan negara tergadai..........marilah sama2 kita hentikan demonsterasi jalanan...allah hu alam.
baguslah ini bajet..pastikan sampai sama sasaran..penduduk luar bandar sabah sangat perlu kemudahan asas...letrik..air..jalanraya...jangan asyik kasi kaya kroni saja!
Salam,
Semoga apa yg dihasratkan YAB Menteri Kewangan itu sampai maksudnya kepada semua lapisan rakyat Maalysia.
Insyaallah, selagi matlamat dan pelaksanaannya berada di landasan yang betul ianya akan diterima. Sama-sama kita memanjatkan doa.
Amin.
Salam Ustaz Said,
Sungguh menarik ulasan Tuan mengenai bajet mini ini. Syabas!
Post a Comment