Salam,
Melihat gambar yg terpampang, pelbagai tafsiran boleh dibaca. Tpulang kpd empunya diri, melihat dan mtafsir dr sudut mana.
Ada orang melihat gambar ini sebagai persediaan Pak Lah menidakkan peralihan kuasa. Pak Lah berbincang dgn DS Anwar mbentuk kerajaan perpaduan.
Ada orang melihat gambar ini sebagai persiapan Pak Lah di hujung perkhidmatan menjadi PM. Hari-hari akhir sebelum bersara diisi dengan kegiatan keagamaan.
Ada juga mentafsir gambar ini sebagai salah satu cara DS Anwar melarikan diri daripada pelbagai masalah yg berlaku, daripada tuduhan kes liwat, kerajaan pintu belakang yg gagal, lompatan ADUN dan tumbangnya kerajaan PR di Perak, serta kes Eli yg menggegar.
Yang ekstrim tafsiran ini: Tok Guru Syeikh Mahmud ini sengaja memanggil PM dan Ketua Pembangkang sekali dalam majlis itu. Tujuannya supaya madrasah yg diasaskannya menjadi lebih glamour dan diikuti ramai orang, dgn kehadiran VIP.
Mana-mana pun tafsirannya, tidak dapat kita halang. Terpulang...tapi rasanya, bukankah lebih elok kalau dalam gambar ini ada Tuan Guru DS Haji Hadi Awang! …Boleh bincang pasal perpaduan Islam / Melayu!!!
Alangkah indahnya saat itu, tiga tokoh utama dari parti yg mewakili orang Islam / Melayu, duduk semeja sambil makan-makan, dipengerusikan seorang ulama, berbincang soal serius, menolak ke tepi pbezaan pendapat dan ideologi, mencari kesatuan fikrah...
Subhanallah!
10 comments:
Kalaulah di Malaysia yang berlaku sub prima dan bank-bank menghadapi masalah kekurangan kecairan tunai, maka bertimbunlah manusia yang akan tinggal dikawasan lapang spt mana yang berlaku di USA. Tinggal dalam khemah bersama anak-anak dan isteri tercinta. Maka mereka yang besar-besar dan meninggi gunung cakapnya dalam politik mula merasa kehangatan yang teramat sangat. Apa tidaknya kerja hilang dan rumah terlepas dari tangan.
Pada ketika itu siapa yang boleh diharap. BN atau PR? Otak ketika keras melawan semua itu tidak disedari dan dijadikan iktibar oleh mereka yang bergelar warganegara. Pada ketika itu nak mengucapkan perkataan syukur agak sudah terlambat.
bah, biar lah bah dorang makan sama-sama..kenapa lah? hal tu pun mau jadi isu..adus
Salam...Kalaulah gambar tersebut merupakan satu perbincangan antara seorang PM dgn seorg ketua pembangkang tentang pembentukan sebuah kerajaan campuran di Malaysia maka itu tandanya negara kita akan bertambah2 aman dan mampu mengharungi kegawatan ekonomi dunia hari ini.
Namun bersediakah PKR, DAP & PAS utk menerima PM dari UMNO?
DAP tentunya tidak menerima sebab dah biasa jadi pembangkang, takut nanti bila jadi kerajaan ia tak tahu nak buat apa2 ..
Secara peribadi saya bersetuju jika PAS, PKR & UMNO berpakat membentuk kerajaan campuran demi untuk menjaga ketuanan Melayu. Biar org bukan melayu yg sebelum ini sibuk mengambil kesempatan semasa org melayu berpecah melopong dan kecut dan sedar diri.
INSAF DAN SEDERLAH DAN BERSATULAH WAHAI ORANG MELAYU , "TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA".
Kepada org bukan melayu sedar & insaflah kalian dgn apa yg telah kalian miliki di Msia ini. Pandai2lah kamu orang bersyukur. Sekiranya org melayu bersatu saya percaya org bukan melayu tak berani meminta itu dan ini sehingga mempertikaikan "kontrak sosial" yg tlh dipersetujui dahulu. Dengan itu maka amanlah Msykt Msia kerana rakyatnya saling faham-memahami akan asal usul keturunan mereka....
Salam, Anon 8:58 - apa yg isunya dlm tulisan ini, ia cuma mtafsir gambar...adus!
Bayaklah lagi nanti tok-tok guru yang akan buat majlis dan jemput pemimpin-pemimpin politik hadir.
Bagi pemimpin jika tak hadir nanti...
Bagi tok guru jika pemimpin hadir...
Ini permulaan satu episod baru politik tanah air.
Dari perhimpunan bawah pokok ke pondok.
MALAYSIA BOLEEEEEEEH!!!!
Saya menyokong idea pembentukan kerajan perpaduan;Jawatan dalam kerajaan boleh dirunding,
Mungkin boleh dibuat begini....
(Cadangan Kabinet Kerajaan Perpaduan)
Perdana Menteri: Tengku Razaliegh Hamzah
Tim Perdana Menteri: Ds.Hadi Awang
Menteri Kanan: Abdullah Ahmad Badawi
Menteri Kewangan: Anwar Ibrahim
Menteri Pengangkutan: Lim Guan Eng
Menteri Pelajaran: Shafie Afdal
Menteri Penerangan: Saifudin Nasution
Menteri Sukan: Salahuddin Ayub
Yang lain-lain bagilah UMNO dan kompenan lain.
Macam boleh pakaikah??
asalamualaikum, tafsiran aku....kalau sudah islam tu, tetap juga islam la.......ianya adalah bersaudara.....itu DAP kena paham, di sini aku puji pak lah dan anuar, tak semestinya musuh politik harus jadi musuh dari segala sudut, mesti kena kembali kepada al quran dan hadis jika ada kemuskilan.........tapi aku pasti, pak lah pun bukannya terlalu bodoh untuk tidak berhati2 terhadap musuhnya, kerana aku yakin pak lah juga membaca kisah sejarah khalifah2 islam, pasti pak lah pernah baca bagaimana khalifah othman bin affan wafat di bunuh dengan di tikam oleh makmum ketika mengimamkan sembahyang subuh, ......islam mengajar kita untuk sentiasa berhati2 walaupun dengan saudara seislam sendiri, terutamanya kepada mereka yang ada ciri2 munafik.......yang munafik ini yang bahaya, umpama pepatah kita musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan.....allah hu alam.
http://pkrpasdap.blogspot.com
nak makan pun dijadikan politik ke?
Mudah2an, akan ada penyatuan dikalangan orang melayu. Mari kita doakan ramai2.
View Profile: Rantong™
Makan bersama2 lebih berkat.. :-)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Azam Baru – Semangat Baru UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Post a Comment