Search This Blog

Saturday, March 14, 2009

Selamat Berjuang!

Salam,

Sukacita kita mengucapkan selamat berjuang kepada tiga penama ini : Ismail Safian, Datuk S.Ganesan dan Malcom Mussen Lamoh.

Ketiga-tiga penama ini ialah bakal calon Barisan Nasional bagi PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Adalah diharapkan dgn pengumuman awal calon kali ini, akan membuatkan BN lebih bersedia untuk menghadapi PRK ini. Selain memperkenalkan calon, diharapkan kerja-kerja berkaitan juga dapat dilaksanakan awal. Yang pasti, usaha lobi-melobi di kalangan ahli parti akan terhenti dan sokongan jitu dapat diberikan kepada calon-calon ini.

Kepada para calon yang sudah diumumkan – harap tiada perubahan di saat-saat akhir – anggaplah pemilihan sebagai calon ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang pasti berat untuk dipikul. Buktikan bahawa pemilihan anda sebagai calon adalah tepat!

Janganlah hendaknya pemilihan ini menjadikan anda ‘besar kepala’ dan seolah-olah sudah menjadi YB. Jangan diulangi catatan hitam BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Harus diingat PRK kini bukanlah satu kerja yg mudah.

Harapan kita semoga para pemilih di ketiga-tiga kawasan terlibat akan dapat menilai kebolehan, penampilan dan kewibawaan calon-calon ini.

Pihak PR bila nak umumkan ?

4 comments:

ONE said...

salam perjuangan wahai wira-wira BN..

Anonymous said...

sebelum meletakkan sebarang komen,saya ingin mendapatkan sedikit info daripada orang Perak dan orang Kedah terlebih dulu, berkenaan karektor dan daya kepimpinan calon-calon ini.sekarang kita perlu berhenti untuk mengundi calon berdasarkan partinya kerana pendekatan seperti inilah yang telah dipaksakan kepada kita sebelum ini yang mana akhirnya hampir menjatuhkan kerajaan UMNO/BN. Kita perlu mengajar pemimpin atasan untuk mendengar dan menghormati suara rakyat bawahan.

Ali Abdullah said...

Salam ustaz,

PR ni kalau boleh, nak simpan nama calon sampai minit2 terakhir baru umumkan.. Takut orang dapat korek kelemahan calon yang mereka pertandingkan tu. Betul tak?

Panglima Perang Cyber said...

Makluman :

Semua blogger yang siar logo BPN diminta tanpa paksaan untuk memerika beberapa perkara di bawah ini :

- Logo mesti berada di bahagian atas blog

- List ahli Bpn tidak bercampur dengan bukan ahli dan sentiasa dikemaskini berdasarkan list bpn saya.

- Chatroll dipasang di blog

- Resolusi terkini mestilah disiarkan di blog masing masing.



Selain itu BPN juga berharap agar semua dapat mengaktifkan Yahoo Messenger masing masing dan telah pun add YM Panglima bagi urusan perang siber dan juga apa apa sebaran am BPN yang terkini.

Etika Blogger BPN akan dibuat atas permintaan sahabat BPN demi memastikan BPN terus gagah dan kukuh dari semasa ke semasa.

Kegagalan mematuhi Etika BPN akan menimbulkan masalah dan akan dikenakan tindakan sewajarnya seperti digantung atau dibuang keahlian.

Sebarang kekeliruan atau persoalan boleh dinyatakan kepada saya menerusi email atau YM.

Sekian,


SATU SUARA SATU ARAH SATU AKIDAH


yang benar,

Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

Ahad 15 Mac 2009

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin