Salam,
Sesi pengundian calon-calon btanding utk jawatan tertinggi Umno dan sayap-sayap parti sudah pun selesai diadakan. Calon yg btanding sudah pun mengetahui nombor mereka.
Seperti lazimnya, tentulah calon tlibat menghendaki nonbor yg 'cantik'. Di senarai paling atas, mudah diingati dan pasti nombor yg ada 'ong'. Apakah nombor tsebut ? Bgantung kpd individu. Jika orang cina tidak menyukai nombor 4 kerana dipercayai nombor 'mati', ramai juga yg suka nombor ini.
Nombor yg paling disukai pastilah nombor 01. Kelebihannya, dalam senarai calon nombor ini di kedudukan paling atas. Lagipun, nombor 1 dikaitkan dengan kejuaraan, keunggulan atau keagungan.
Dilaporkan dalam pemilihan Umno kali ini, orang btuah mendapat nombor 01 ialah :
Pengerusi Tetap: TS Onn Ismail
Tim. Peng. Tetap: Datuk Mohamad Aziz
Tim. Presiden : TS Muhyiddin Yasin
Naib Presiden : DS Ahmad Zahid Hamidi
MT : Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah
***************************
PT Pemuda : Ramli Simbok
Tim. PT:Muhammad Yadzan Mohamad
Ketua Pemuda : Datuk Mukhriz Mahathir
Naib KP: Datuk Razali Ibrahim
Exco Pemuda : Ahmad Izany Mohd Nor
**************************
Tim. PT Wanita : Rosdianah Mohd Nor
Ketua Wanita : DS Rafidah Aziz
Exco Wanita : Datuk Jahara Hamid
****************************
PT Puteri : Roslinda Abd Rahman
Tim. PT Puteri: Haspalela Mohd Hasan
Ketua Puteri : Datin Ismalina Ismail
Naib KP: Nolee Ashilin Mohd Radzi
Exco Puteri: Roselinda Mohd Jamil
*****************************
Bagi calon yg mdapat nombor 'btuah' ini, jangan tlalu gembira dan berasa selesa. Ingin diingatkan, di satu bahagian di Sabah, dalam 3 kali pemilihan lalu, calon yg menggunakan nombor 01 ini untuk satu jawatan, malangnya tewas. Maknanya, nombor bukanlah segalanya.
Bagi calon yg tidak m'dapat 'nombor cantik', jangan putus harapan. Ada masa lagi untuk mdekati para pwakilan...jangan fikirkan sangat soal nombor ni. Ada banyak faktor lain yg diambilkira oleh pwakilan.