Search This Blog

Tuesday, April 29, 2008

PEMIMPIN BERWIBAWA

1. Hari ni berkesempatan dgn kwn2, berkenalan dgn seorang calon KPU Malaysia, yang juga Ahli Majlis Tertingi UMNO - DS Dr Khir Toyo. Hebat juga pemimpin ni, wawasan memang tinggi, dinamik & memang mampu membawa suara pemuda. Mendengar sejarah hidup & pjuangan politik beliau, memang banyak yg boleh dipelajari & diteladani. Satu ungkapan beliau yang menyentuh hati katanya, hanya orang miskin yang memahami orang miskin. Rasa rugi juga jika pemimpin spt ini tidak diketengahkan bakat beliau. Nampak gayanya, mcm rugi org Selangor bila menolak kepimpinan beliau. Apa-apa hal pun, terpulanglah kpd para perwakilan menentukan masa depan politik beliau di gelanggang pemuda.
2. Sesuai dengan saranan DS Dr Khir Toyo siang td, dinukilkan di bawah ni satu rencana yg berkaitan. Semoga rencana ni boleh membantu kita 'melihat' & 'mnilai' pemimpin....Selamat membaca!
**********************************************************************
Pemimpin berwibawa mesti berupaya bawa kebahagiaan kepada rakyat
MENURUT sumber klasik Islam, pemimpin selalu dirujuk dengan istilah imam. Selain membawa maksud kepemimpinan dengan fungsi umumnya (mengarah, mengawal, merancang dan memantau), secara tersirat istilah imam mengandungi makna teladan. Tradisi Islam melihat pemimpin tidak cuma harus memerintah, mengarah dan mengerah tetapi sekali gus dapat memberikan contoh. Dalam kaitan ini, ciri kepemimpinan Rasulullah SAW paling menonjol ialah contoh teladan yang baik.

Kepemimpinan pada hakikatnya adalah suatu amanah dan tanggungjawab, bukan kebesaran dan kemegahan. Memberi tanggapan kepemimpinan sebagai suatu keistimewaan yang penuh glamour adalah suatu kekeliruan yang cukup mendasar. Dalam tradisi Islam yang murni, kepemimpinan biasanya tidak diminta dan jika diberikan kepada yang tidak layak adalah suatu perbuatan pecah amanah. Kisah al-Quran memberi petunjuk bagaimana Tuhan membangun sesuatu umat. Apabila Tuhan mengkehendaki sesuatu umat itu bangun mencipta keunggulan, yang dilakukan-Nya ialah mengutus Rasul (pemimpin) bersama kitab (petunjuk/hidayah). Ini bererti keunggulan sesuatu umat bermula dengan penampilan pemimpin berprinsip dan berwawasan berasaskan ajaran kitab (petunjuk Ilahi).

Kepemimpinan yang berwibawa pula dicirikan oleh kemampuannya merubah dan membina manusia di bawah pengaruh, kuasa dan kemampuannya membina budaya yang kuat untuk dihayati seluruh warga organisasinya. Kerana itulah pemimpin yang dianggap berjaya adalah pemimpin yang dianggap sebagai perubah manusia dan pembina budaya. Kedua-dua fungsi itu hanya dapat dilaksanakan oleh pemimpin yang benar-benar berwibawa, mendidik, membangun dan memupuk potensi setiap individu bawahannya sehingga menjadi manusia berguna, penyumbang yang produktif dan cemerlang. Justeru, ciri teladan yang tersirat di sebalik kalimat imam itu tampak relevan. Seorang pemimpin sebenarnya adalah pemegang amanah modal besar yang berupa sumber daya manusia. Oleh itu, sikap terhadap bawahannya harus cukup positif.

Sesuai dengan status manusia sebagai khalifah Allah, manusia dicipta oleh Yang Maha Esa dengan potensi secukupnya untuk menjadi makhluk petugas dan penyumbang yang kreatif. Sebagai pembina budaya pula, pemimpin harus mampu memasyarakatkan sejumlah nilai, sikap dan amalan positif di kalangan warga organisasinya. Teras kepada apa yang disebut sebagai budaya itu hakikatnya ialah nilai yang dianggap penting dan berharga seperti ilmu, moral dan ekonomi. Nilai itulah yang sebenarnya menjadi motivasi dalaman, kekuatan, pendorong sehingga seseorang sanggup melakukan sesuatu dengan penuh iltizam. Organisasi cemerlang umumnya mempunyai budaya kuat dalam erti kata adanya sejumlah nilai dikongsi dan dihayati bersama secara serius oleh seluruh warganya.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Pengisiaan blog ini menarik perhatian pembaca.
Abu rushd

http://riquelme-penawarhati.blogspot.com/

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin