Search This Blog

Wednesday, May 28, 2008

CONTOHI PARTI GERAKAN @ agendadaily

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Berikut dipaparkan satu emel yg saya kirimkan ke Agendadaily - Sekadar buat renungan untuk kita semua. Semoga berguna & Selamat membaca. Terima kasih.
*************************************************************
CONTOHILAH PARTI GERAKAN.

Saya tertarik dengan satu berita di Berita Harian hari ini, yang bertajuk Gerakan yakin isu selesai. Apa yang menarik perhatian saya ialah pengumuman Tan Sri Koh Tsu Koon, Pemangku Presiden Gerakan, iaitu lapan strategi baru Gerakan untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti itu. Seterusnya dicatatkan antara strategi Gerakan ialah menarik lebih ramai golongan muda pelbagai kaum menyertai parti itu serta membina semula kekuatan parti itu menerusi komunikasi dua hala lebih teratur dan berkesan.


Nampak gayanya parti Gerakan dan parti-parti komponen Barisan Nasional ( BN ) telah melakukan post-mortem dan mengatur langkah permulaan menghadapi pilihanraya akan datang. Sebagai ahli Umno, timbul persoalan di benak saya, apakah Umno telah menganalisa faktor kekalahan dalam PRU lalu dan mengatur strategi ampuh berhadapan pihak lawan yang bermoral tinggi pada PRU akan datang? Persoalan ini bermain-main di fikiran saya kerana saya belum nampak sebarang usaha kearah itu.

Apa yang saya disajikan saban hari semenjak 8 Mac lalu – hampir 3 bulan sudah – ialah percakaran sesama sendiri. Pemimpin besar kecil masing-masing membuka pekung di dada Umno. Tuding-menuding jari, kutuk-mengutuk dan saling mencari kesalahan yang tidak berkesudahan. Sehinggakan saya terfikir, apakah sudah tiada daya upaya lagi untuk menghentikan semua ini. Mungkinkah kita sudah hilang sifat berlapang dada dengan apa yang berlaku? Atau mungkin sudah menjadi takdir bagi kita orang Melayu ni tidak dapat BERSATU lagi ?

Agaknya kita ahli Umno kena belajar dan mencontohi Parti Gerakan, yang menambah slogan mereka SATU – HATI, NEGARA & WAWASAN kepada SATU HATI GERAK BERSAMA. Agaknyalah…

Saturday, May 24, 2008

PULAU BATU PUTEH: SATU PANDANGAN

Kelmarin petang, ICJ secara rasmi telah memutuskan Pulau Batu Puteh adalah wilayah Singapura. Tiada apa yg boleh dilakukan lagi, kerana keputusan tersebut adalah muktamad. Mungkin banyak yg boleh dipersoalkan kepada keputusan ICJ itu, tetapi, sebagaimana Indonesia menerima keputusan ICJ berkenaan hak wilayah Ligitan dan Sipadan, yang memihak kepada kita, maka demikianlah juga hendaknya pertimbangan kita.
Rasanya, sebagai werga yg berdaulat, janganlah hendaknya kita bertempik sorak apabila mendapat sesuatu, tetapi menjadi tidak rasional apabila sesuatu tidak memihak kepada kita. Dalam dunia ni, manalah mampu kita mendapat semua perkara yg kita sukai. Adakalanya, sesuatu hajat tidak akan kesampaian...
Cuma, bagi saya ada beberapa perkara yg hendak dikongsi bersama di ruangan ini:
1. Beberapa jam sebelum ICJ membuat keputusan, yakni sebelum solat Jumaat, saya mengajak beberapa orang kawan untuk sama-sama berdoa, semoga keputusan ICJ memihak kepada kita, melalui SMS. Ada la yg bagi respon, yg ramainya mengambil keputusan berdiam diri. Masih ok, sebab saya tahu diorang juga berdoa macam saya.
2. Ada juga yg agak nakal, semacam sudah tahu keputusan ICJ, apabila membalas SMS saya, dgn mengaitkan 'kehilangan' Pulau sebesar separuh padang bola tu dgn kelemahan PM kita. Hingga katanya menyebabkan pemimpin besar kita TunM keluar UMNO kerana pulau tu dah 'dijual' kpd Singapura. Terkedu juga lidah...macam ndak percaya.
3. Apabila keputusan sudah diketahui, kita kehilangan pulau tu, aik macam betul tu pula SMS yg diterima, kata pulau tu sudah 'dijual'. Terfikir juga, keputusan di The Hague, Belanda, telah bocor beberapa jam di sini. Macam betul ?
4. Yang menjadi tandatanya saya, mengapa la begitu 'bebal'nya kita, para pembesar negara, pucuk pimpinan BN/Umno,dsb, duduk diam tercongok, macam tiada apa-apa, sedangkan wilayah sudah 'dijual' ?
5. Kemusykilan saya terjawab, apabila seorang kenalan membalas SMS saya. Dinukilkan SMS : Gila, baca keputusan penghakiman yg bersidang dari pagi jam 4.00 ptg baru diumumkan-yg buat tu sama nyanyuk dgn ....-...nak ikut semua dia buat termasuk kawal hakim. Sekarang ni semua pakai pendapat sebab pengaruh blogger tak bertanggungjawab-Fakta dah tak pakai dah.
6. Ok la, rasa lega sikit. Apabila seorg kwn SMS pg td tanya pdpt, saya jawab: Pdpt sy, moraliti rakyat turun, org Umno yg bfikiran celaru makin tbangang la kali ini, so kna jlskn dgn rakyat btul2, jgn lg diklirukn oleh anasir2 & pkhianat.
Salam.

Monday, May 19, 2008

PEMUDA !!!

Beberapa hari sebelum pilihanraya lalu, seorang kawan telah mencipta sajak. Katanya pada masa itu, jiwanya resah mlihat suasana pilihanraya. Yalah, dlm mana-mana pilihanraya pun, suasananya memang tegang dan menarik. Strategi, propoganda, tipuhelah, muslihat, kempen dan pelbagai cara lagi, diadun menjadi satu - KEMENANGAN.
Keresahan kawan tersebut, mungkin ada kebenarannya. Keputusan pilihanraya menceritakan segala-galanya. Fakta menjelaskan majoriti pemuda tidak lagi menyokong BN/UMNO. Di Sabah, keadaan masih selamat, tp tanda-tanda ke arah berlakunya Tsunami tetap ada. Tanggungjawab siapakah yg akan menidakkan berlakunya Tsunami di Negeri Di Bawah Bayu ini?
************************************************************************************
PEMUDA
Telah tiba ketika
Berbaris menyusun ikrar dan setia
Membelik-belik jati diri yang teruja
Berbaring, bertimpuh, merangkak, bangun dan berlari...
Bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara...Pemuda telah bersiaga!!!
Lari...lari...lari...pemuda penuh gagah
Bukan lari untuk sembunyi...Jauh sekali untuk sembunyi
Justeru lari untuk merempuh...Benteng dan tembok batu
Petualang yang lintuk, lentik dan lantak.
Ayuh pemuda!
Yang duduk harus bangun
Yang bangun haru berjalan
Yang berjalan harus berlari
Benteng sekukuhnya, pertahankan sehebatnya
Biar kecut urat nadinya
Tergamam seketika, lalu lari
Membawa setia dan dustanya.
Hasil nukilan:
JUNAIDI OMARALI
( AJK UMNO BAHAGIAN SIPITANG )
29/02/2008 ( Pejabat PPUS, Bft)

Friday, May 16, 2008

SELAMAT HARI GURU!!!

16 Mei setiap tahun, spt tahun2 sudah, Hari Guru menjelma lagi. Hari ini ku dedikasikan ucapan "SELAMAT HARI GURU" untuk semua guru yang pernah mengajar, sama ada secara formal @ informal.

1980-1985 - SK GADONG, BEAUFORT
1980-1985- SUIS GADONG, BEAUFORT
1986-1989- SMKA LIMAUAN, PAPAR
1989- SMKA INANAM, KOTA KINABALU
1989-1992- KOLEJ ISLAM KLANG/KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH,KLANG
1993-1997- UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ( UKM ), BANGI
1998 -1999- KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA ( KOPEDA ), SHAH ALAM
************************************************************************************
Kutitipkan sekudus doa untuk para guruku, yang masih hidup @ sudah mengadap Illahi, di mana saja kalian berada : Semoga Rahmat Allah terus bersama kalian, terus sihat wal afiat, dimurahkan rezeki dan terus mampu menyampaikan ilmu. Tiada ucapan seindah TERIMA KASIH / THANK YOU / SYUKRAN, untuk semua, para guru!!!

Monday, May 12, 2008

MELAYU MESTI BERSATU!!!

Beberapa hari lalu, menghadiri satu program di Kundasang. Kedinginan bumi Kundasang rupanya, tidak menyejukkan semangat para peserta yg teruja dgn simulasi dan topik yg dibincangkan. Kesejukan rupanya tidak mampu memadamkan bara semangat perjuangan, para pejuang sejati. Walaupun berdepan dgn provokasi, rupanya semangat setiakawan masih tinggi & kebijaksanaan btindak masih utuh di kalangan kita.
Seronok juga bjumpa kawan2 lama dan baru, banyak perkara boleh dibincangakn. Dalam derai tawa yg 'memecah', rupanya dalam jiwa nyalaan api pjuangan terus membakar. Bertuah juga menjadi sebahagian daripada ribuan barisan para pejuang. Jasa kita mungkin sedikit, tp itu lebih mulia daripada langsung tidak berjasa...
Dapat bkenalan & bkongsi dgn para fasi yg penuh ilmu & informasi, terasa betapa kerdilnya diri. Rupanya banyak lagi yg perlu digali...Terima kasih la buat para fasi yg budiman. Smoga ilmu yg dicurahkan mjadi kenangan abadi antara kita.
Paling x lupa, masa menyanyi lagu Warisan - Allahyarham Sudirman tu, terasa meremang bulu roma, naik semangat, rasa hiba, pilu bercampur-baur menjadi satu. Terbayang bagaimanalah agaknya nasib anak2 pd masa depan?....Bayangkan, mesti bayangkan!!!
Rumusannya, dinukilkan dapatan yg boleh dikongsi bersama drpd program tsebut:
1. Zaman laungan perpaduan dan momokan bersatu yg penuh retorik di kalangan org Melayu sudah berakhir. Kini sudah sampai masanya, bagi kita tanpa mengira ideologi, bersatu suara & bersatu tindakan, menghadapi situsi yg boleh menyebabkan kita kehilangan arah & tujuan, jika tidak bersatu... Masih belum tlambat lagi, tp jika tidak dimulakan langkah, takut nanti kita akan menang sorak kampung tgadai.
2. Setiap orang wajar memahami perlembagaan negara - sebagai rujukan tertinggi undang2 negara. Hari ini, apabila begitu ramai orang bertindak & bcakap tidak berlandaskan roh perlembagaan, maka blakulah begitu banyak tindakan & cakap2 di luar plembagaan.
3. Semangat Patriotisme - semangat cintakan negara wajar dipupuk dan diamalkan oleh setiap org werga Malaysia. Sedih juga melihat ramai di kalangan kita, yg cakap & tindakannya langsung tidak menggambarkan anak Malaysia. Jika dibanding dgn banyak negara lain, rasanya cukup beruntung menjadi rakyat Malaysia. D mana lagi kita tempatnya yg boleh kita dapat spt yg kita kecapi di Malaysia ni?
4. Polemik orang Sabah, Melayu ka tidak ? Bagi saya, polemik ini sudah lama berakhir, terjawab dgn jelas dan nyata. Tiada keperluan lagi bagi kita untuk menilai jawapan polemik ini, sedangkan jelas Kepulauan Borneo, tempat kita tinggal, terletak di Alam Melayu. Mungkin ramai tidak setuju, tp berapa banyak la perkara dlm dunia ni yg semua org setuju? Sendiri mau ingat la....
Kesimpulannya, dititipkan kata2 seorg kwn yg boleh kita buat renungan : Masa kita lahir dulu,kita menangis org lain senyum. Harap2 nanti bila kita meninggal, kita senyum org lain menangis. Jgn jadi mcm ni: Kita lahir org menangis, bila kita meninggal nanti, org ketawa tdekah2. Jumpa lagi!

Tuesday, May 6, 2008

MENTERI MASUK KAMPUNG!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
1. Hujung minggu lalu, berkampung di Kudat utk satu program. Melihat bandar Kudat, memang banyak kemajuan dan pembangunan yang telah dibina. Sebenarnya, banyak kelebihan daerah Kudat yg tiada di tempat lain, jika dieksploitasi dgn baik boleh menarik lebih ramai pengunjung. Cuma, barangkali yang perlu diperbaiki ialah jalan menuju ke bandar Kudat yg agak teruk....
2. Berjumpa dengan pelajar SEMEKAR, Kudat, kadang2 timbul juga rasa keinsafan. Pelajar2 ini bijak, berani dan berketrampilan, mampu pergi jauh jika dibimbing dgn betul. Walaupun jauh nun di utara Sabah, malah ada yg datang dr. pulau, semangat tinggi mereka terserlah melalui komitmen mereka menjalani aktiviti. Pesanan saya kepada mereka: Bangsa yg berjaya umpamanya orang Jepun, berjaya apabila durang mengamalkan nilai2 biasa sbg budaya hidup, contoh menepati masa. Syabas, pelajar SEMEKAR...Semoga kalian akan berjaya.
3. Berita Harian hari ini menukilkan catatan perjalanan YB Tan Sri Muhamad Muhd Taib, Menteri KLBW 'masuk kampung' di Kedah. Rasanya, patut juga TS Mike Tyson ni diberi tabik hormat. Sebab bukan senang melihat seorang menteri duduk di kg terpencil, penuh kemiskinan. Mengikut catatan, perjalanan beliau tidak akan berhenti di sana, malah banyak lagi kg lain akan dilawati beliau. Diharapkan perjalanan TS ini akan dapat membantu beliau menyelami susah payah org kg menjalani kehidupan, seterusnya dapat membantu merencana agenda membantu mereka.....
**********************************************
Menteri kongsi derita penduduk kampung
Oleh Fazallah Pit (Yang mengikuti program turun padang menteri ke kampung miskin di Kedah dan Pulau Pinang, baru-baru ini)
Muhammad berkampung di daerah Sik untuk mengenal erti penderitaan, kedaifan rakyat
MENTERI masuk kampung. Kali ini Kampung Kuala Sungai Kerik, Sik, Kedah, menjadi pilihan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Memang jarang orang kenamaan singgah di kampung itu. Apa tah lagi, Ketua Penerangan Umno itu turut bermalam di rumah seorang penduduk kampung. Pendek kata, Muhammad langsung tidak berenggang dengan mereka sepanjang berada di kampung berkenaan.

Mereka bersama-sama bersolat jemaah, bergotong-royong mahupun menikmati hidangan semeja. Semua berlangsung tanpa sebarang protokol. Muhammad pula kelihatan begitu seronok dan mesra sekali ketika bersembang dengan penduduk rencam ragam, seakan-akan lupa beliau seorang menteri Kabinet. Dengan baju Melayu putih dan kain pelikat, Muhammad, selepas selesai solat Subuh di Masjid al-Falah, merayau-rayau sekitar kampung melihat dengan mata kepala sendiri mengenai kedaifan dan masalah penduduk. Kalau perlu bermotosikal, Muhammad tidak ragu-ragu menghentak pedal, memulas tombol minyak dan menyusuri denai sempit untuk menjengah suasana dan kehidupan kampung itu. Bekas Menteri Besar Selangor itu langsung tidak kekok bergaul dengan penduduk, meskipun segelintir mereka dipercayai penyokong parti lawan. Semua dilayani sama rata.

"Saya ni menteri kampung," katanya pada satu pertemuan dengan penduduk termasuk ketua cawangan Umno kampung berkenaan, dengan nada merendah diri sambil menguntum senyum. Beliau juga berjanji untuk menjadikan budaya menteri tidur di kampung sebagai tradisi bagi memastikan pembelaan terhadap rakyat akar umbi, terjamin dan terbela. "Setiap tiga minggu, saya akan bermalam di sesebuah kampung, baik di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak. Saya mahu rasai suasana dan mencungkil masalah mereka supaya mudah dirungkai pemerintah," katanya.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin