Search This Blog

Sunday, June 29, 2008

APA BENARKAH INI...?

Beri ruang kepada polis siasat dakwaan terhadap Anwar
29/06/2008 5:10pm
KUALA LUMPUR 29 Jun - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Zinin meminta semua pihak memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, apa yang penting kini ialah siasatan terperinci dijalankan terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut boleh diambil.
Beliau turut memberi amaran kepada masyarakat dan pihak media agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau yang bersifat andaian mengenai kes tersebut.- Utusan

**********************************************************************************

Berita ini benar-benar mengejutkan. Ini bukan sebarang berita, ini berita gempak. Bukan satu Malaya saja mahu tahu, seantero dunia pun teruja juga ingin kepastian. Kecil besar, tua muda, laki bini semua sekali, mesti mahu tahu, apa sudah jadi kali ini.

Tuduhan yang dilemparkan, siap dengan laporan polis 'mamat' ni, bukan main-main. Personaliti yang dituduh pula pun bukan calang-calang orang. Silap siasat nanti jadi kes aniaya pulak, jadi fitnah la pulak. Dosa besar buat fitnah ni!

Apa-apa hal pun, kita ikut la nasihat Pengarah CID kita ni. Kita serahkan aja la kepada pihak Polis siasat sampai ke lubang cacing. Cari bukti sampai jumpa, jangan sampai ada yang teraniaya. Bagi saya: Selamat Menjalankan Tugas Para Pak Polisi!!!

Wednesday, June 25, 2008

BAHAYA KHABAR ANGIN



Selalu diingatkan bahaya khabar angin. Banyak sudah contoh yg diberi akibat 'permainan' khabar angin.

Terbaru, kelmarin petang, 'permainan' khabar angin datang lagi. Dikhabarkan, minyak naik harga lagi dan stesen minyak ditutup tiga hari. Khabar ini tersebar luas dan umpama wabak, merebak dengan cepat.

Berpusu-pusu kereta kecil besar memenuhi stesen minyak, walaupun diumumkan di Sabah.FM khabar tsebut tidak benar, dan meminta pengguna bertenang.

Demikianlah terjadi, apabila orang tidak lagi menggunakan daya fikir secara rasional dan kritis, maka hilanglah pertimbangan. Berlakulah 'panic buying', menyebabkan banyak kesusahan. Tauke stesen minyak, tersenyum lebar...yang susah pengguna. Ada yg bertumbuk, ada yg accident, malah ramai la yg stress.

Moral: Lain kali, jgn la percaya khabar angin. Bila ada khabar berita, check dulu sumbernya, percayailah sumber yg sahih.
Apapun, mlm ni ramai2 kita sokong Turki, then mlm esok kita sokong Russia. Salam.

Monday, June 23, 2008

KECEWA LAGI LA...

Salam,

Beberapa hari dalam minggu lalu, adalah hari-hari yg agak mengecewakan saya. Entah kenapa, minggu lalu adalah hari-hari yg 'sui'...ditambah lagi dgn keadaan kurang sihat yg menguji kesabaran.

Awalnya, kekecewaan bermula dengan kekalahan Portugal kepada Jerman dalam EURO 08. Saya cukup meminati Portugal yg terkenal dgn jolokan Brazil Eropah - walaupun saya tidak 'suka' dgn Brazil. Portugal diminati dengan permainan cantik, kemas dan menghiburkan. Pemain paling diminati dulu tentulah Luis Figo, mungkin sebab dia tiada Portugal layu di hujung saingan. Nampak persembahan Portugal macam 'cantek', juara kumpulan, berbanding dgn Jerman yg kelam-kabut. Sorang anak saudara sms selepas game pagi tu: Portugal kena tunggu empat tahun lagi la....

Sehari kemudian, kekecewaan bertambah lagi. Kali ni, pasti la kekalahan pasukan pujaan The Oranje, tewas la pulak dgn Russia. Pasukan Belanda saya ramal boleh jadi juara kali ni, dengan permainan menyerang yang cukup menghiburkan. Tambahan pulak kemaraan ke pusingan s/akhir Dgn bergaya, gol-gol cantek dan menarik. Russia pulak awal-awal kena belasah dgn Sepanyol, sekali Belanda kalah la pulak dgn durang. Aik betul la orang cakap, bola itu bulat.

Nampak gayanya lepas ni kena sokong Turki la pulak. Bagi chance dgn durang jadi juara, biar la Jerman tu kalah. Satu lagi, bagi Russia, biar Sepanyol yg gah dgn superstaras durang tu pun kempunan. Final: Turki vs Russia...Turki juara EURO 08.
Kalau Turki jadi juara, kurang2 berubah la sikit landskap permainan bolasepak dunia/Eropah tu. Tidak la asyik2 Jerman, Perancis, England, Itali...Baru gempak. Jom ramai2 kita sokong Turki!!!

Sunday, June 15, 2008

APA LAGI KATA MEREKA ?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Sambungan post yg lalu, dinukilkan apa lagi kata mereka - pasal minyak.



Tun Dr. Mahathir Mohamad, mengakui kerajaan sekarang tiada pilihan selain terpaksa mengurangkan subsidi minyak yg diberikan kepada rakyat bagi menampung kos kenaikan harga minyak mentah dunia. Beliau juga berkata, kerajaan terpaksa menampung subsidi yg terlalu banyak jika harga minyak tempatan mahu terus dikekalkan pada harga lama.


Lim Guan Eng, KM P.Pinang: Kerajaan Pakatan Rakyat mengakui tidak mampu menurunkan harga petrol dan diesel di negeri ini kerana tiada sumber kewangan mencukupi berbuat demikian.


Datuk Rahman Sulaiman, Pengarah di EPU, JPM: Apa pun satu perkara yg perlu disedari semua pihak ialah hakikat bahawa masalah dihadapi dunia sekarang berhubung harga minyak dan makanan sudah mencapai tahap krisis. Semua negara, termasuk Malaysia tidak mampu mengelakkan diri daripada kesan krisis itu. Oleh itu, apa saja bentuk tekanan, ugutan atau bantahan sebagai reaksi terhadap krisis itu tidak akan membantu mengubah keadaan. Sebaliknya, mengambil apa juga tindakan positif untuk menyesuaikan diri dengan realiti yang wujud adalah lebih produktif dan menguntungkan.
sekian, adanya...

Thursday, June 12, 2008

APA KATA MEREKA?

Salam,

Seminggu telah berlalu, polemik pasal penstrukturan subsidi bahan api = kenaikan harga minyak, bukan sahaja belum berakhir tapi tiada tanda akan berakhir. Masing-masing ada hujah untuk mengiyakan alasan mereka: Di satu pihak menentang kenaikan dan di pihak lain memberi justifikasi kenaikan. Kita lihat apa kata mereka :

YAB PM : Subsidi yg kita belanja jika melebihi perbelanjaan operasi akan membawa masalah besar kepada kerajaan. Walaupun ketika ini kita anggap tidak apa-apa, suatu hari nanti ia membawa masalah besar jika tidak mengambil langkah mengurangkan perbelanjaan subsidi daripada sekarang.

Datuk PHS Lim, Presiden, Persatuan Pelabur Malaysia ( MIA ): Kerajaan sepatutnya hanya memberi subsidi bagi bahan makanan dan pengangkutan awam, bukan terhadap bahan bakar kegunaan kenderaan persendirian kerana langkah itu mengakibatkan wujudnya ketidakcekapan dalam sistem ekonomi.

Nobou Tanaka, Pengarah Eksekutif, Agensi Tenaga A/bangsa ( IEA ): Subsidi memberi ruang kepada pengguna untuk terus menggunakan minyak secara tidak berhemat dan melonjakkan harga minyak dunia.

TS Hassan Merican, Presiden & CEO Petronas: Petronas akan gulung tikar dalam tempoh 10 tahun lagi jika semua keuntungannya diserahkan kepada kerajaan bagi membiayai subsidi minyak.

Dr Mohd Ariff Abdul Kareem, Pengarah, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia ( MIER ): Mungkin dengan berbuat demikian ( mengatasi masalah ketirisan dan penyelewengan), kerajaan boleh membantu rakyat meringankan beban hidup yg kian bertambah, tetapi bukan dengan mengambil laba simpanan Petronas untuk membiayai subsidi penggunaan minyak semasa yg sepatutnya dibuat untuk generasi akan datang.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis: Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup.

Sekian, adanya...fikir-fikirkanlah.

Friday, June 6, 2008

MINYAK OH MINYAK!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sehari dua ni, topik yg paling hangat dibualkan ialah kenaikan harga minyak. Pd hari pengumuman tu, bertalu-talu sms menggegar telefon saya. Pelbagai reaksi yg diberi, seolah-olahnya saya la pulak yg bertanggungjawab menaikkan harga minyak. Walhal, saya juga membeli minyak yg sudah naik harga! Ringkasnya, saya titipkan sms yg masuk tu spt berikut:
@ SMS X RASIONAL
- Mengaitkan kenaikan harga minyak dgn kelemahan kerajaan
- Membandingkan harga minyak dgn Negara Brunei Darussalam
- X puashati dgn kadar subsidi harga minyak yg diberi malah minta ditambah lagi
- Menyokong PR yg katanya akan menurunkan harga minyak.
@ SMS RASIONAL
- Kenaikan x dpt dielakkan ekoran kenaikan harga minyak dunia
- Perbandingan harga minyak yg lebih murah di kalangan negara ASEAN kecuali Brunei
- Subsidi minyak dikurangkan tetapi disubsidi keperluan harian lain
Pendapat saya:
1. Siapa pun memerintah Malaysia hari ni, pasti tidak akan dapat lari drpd fenomena kenaikan harga minyak dunia. Nak menurunkan harga, ertinya menambah subsidi , bukanlah jalan penyelesaian tbaik. Apa pun caranya pasti tidak akan memuaskan hati semua pihak.
2. Sebagai alternatif, mungkin kita kena mengubah cara hidup. Penggunaan kenderaan yg digerakkan oleh minyak mungkin boleh diminimumkan. Mungkin basikal sebagai alternatif bg pjalanan jarak dekat?
3. Saya lebih rela membeli minyak yg mahal daripada membeli keperluan harian terutama bahan makanan spt beras yg mahal, akibat tiada subsidi!
Salam

Tuesday, June 3, 2008

KHABAR GEMBIRA BUAT SABAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Dilaporkan YAB DS Abdullah Ahmad Badawi, PM kita telah mengumumkan satu khabar gembira buat kita, pada Sabtu lalu. Antara lain, khabar tersebut ialah:
1) Pemansuhan JPPS
2) Dana 1 Billion
3) Penubuhan JK Kabinet Mengenai PTI
4) Pembinaan Janakuasa di Kimanis
5) Pelaksanaan Skim Tukar Lantik Pegawai Kerajaan
6) Usaha membasmi Kemiskinan
Dilaporkan juga bahawa Pak Lah menyatakan kerajaan komited dalam usaha memajukan Sabah secara berterusan, dengan pelbagai sektor akan dijana dengan rancak dan teratur menerusi pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah ( SDC ).
Sebagai rakyat Malaysia yg tinggal di Negeri Di Bawah Bayu ni, pengumuman dan komitmen Pak Lah ni tentulah disambut baik. Sebagai rakyat yg setia, kesyukuran wajar kita ucapkan dengan keprihatinan pucuk pimpinan yg terus-menerus membantu kita membangunkan negeri kita ni. Seperti kata Pak Lah, semua ni dilakukan sebagai tanda penghargaan kerana kita telah mengundi BN pada pilihanraya yg lalu.
Saya percaya, usaha murni kerajaan ini tidak akan berhenti di sini dan akan banyak insentif dan kemajuan akan dibawa ke negeri Sabah. Saya juga yakin, pimpinan kita di peringkat negeri akan bertindak bijak mengagih-agihkan peruntukan yang akan disalurkan ke kawasan masing-masing. Kita berharap selepas ini tidak akan kedengaran lagi keluhan kawan2 kita di pedalaman yg agak ketinggalan dr segi infrastruktur.
Bekalan elektrik, air dan jalanraya adalah keperluan utama bagi setiap orang. Harapnya, bila tiba musim pilihanraya akan datang, kawan saya yg tinggal di sebuah kampung-yg jaraknya tidaklah sejauh mana dari pekan-tidak akan bertanya lagi berkenaan bekalan elektrik. Seperti katanya: kalau masa saya membina rumah ni ndada karan, nda apa la, saya faham, kg ni baru dibuka. Tapi saya nda faham, anak saya sekarang sudah tingkatan 2, masih lagi ndada karan.
Atau, harapnya tidak akan mendengar keluhan seorang saudara seperti ni lagi: Merdeka ? Bagi kami merdeka ni mcm ndada makna, sebab selepas 50 tahun merdeka, kampung kami ni masih nda bekaran. Macam betul juga, saudara yg mengeluh ni kampungnya hanya terpisah oleh sebatang sungai dgn dewan besar, tempat acara keramaian diadakan. Kadang2 pening juga memikirkan...
Salam!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin