Search This Blog

Sunday, June 15, 2008

APA LAGI KATA MEREKA ?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Sambungan post yg lalu, dinukilkan apa lagi kata mereka - pasal minyak.



Tun Dr. Mahathir Mohamad, mengakui kerajaan sekarang tiada pilihan selain terpaksa mengurangkan subsidi minyak yg diberikan kepada rakyat bagi menampung kos kenaikan harga minyak mentah dunia. Beliau juga berkata, kerajaan terpaksa menampung subsidi yg terlalu banyak jika harga minyak tempatan mahu terus dikekalkan pada harga lama.


Lim Guan Eng, KM P.Pinang: Kerajaan Pakatan Rakyat mengakui tidak mampu menurunkan harga petrol dan diesel di negeri ini kerana tiada sumber kewangan mencukupi berbuat demikian.


Datuk Rahman Sulaiman, Pengarah di EPU, JPM: Apa pun satu perkara yg perlu disedari semua pihak ialah hakikat bahawa masalah dihadapi dunia sekarang berhubung harga minyak dan makanan sudah mencapai tahap krisis. Semua negara, termasuk Malaysia tidak mampu mengelakkan diri daripada kesan krisis itu. Oleh itu, apa saja bentuk tekanan, ugutan atau bantahan sebagai reaksi terhadap krisis itu tidak akan membantu mengubah keadaan. Sebaliknya, mengambil apa juga tindakan positif untuk menyesuaikan diri dengan realiti yang wujud adalah lebih produktif dan menguntungkan.
sekian, adanya...

3 comments:

ayamsabung said...

salam ustazsaid,

harap tuan memberi sepenuhnya kenyataan TDM, kerana mengambil sekerat kenyataan tersebut memberi makna yang berbeza....

de_kerinchi said...

Salam ustazsaid,

Saya setuju dengan ayamsabung, Saya rasa TDM ada mengatakan :

Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa kerajaan membuat kajian secara mendalam terhadap cadangan- cadangan yang dikemukakan bagi mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan mendadak harga petrol dan diesel.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kajian tersebut adalah penting bagi memastikan pendekatan yang diambil oleh kerajaan itu benar-benar dapat memberikan manfaat kepada rakyat dan bukannya menyebabkan rakyat menderita.

Beliau mendakwa, pendekatan yang diambil oleh kerajaan sekarang ibarat memindahkan wang dari poket kiri ke poket kanan iaitu dengan mengurangkan subsidi minyak tetapi pada masa sama meningkatkan subsidi-subsidi yang lain.

"Ada orang mencadangkan supaya kereta bertukar menggunakan gas tanpa mengetahui harga gas sebenarnya lebih mahal daripada minyak. Sebab itu tiada syarikat lain jual gas untuk kereta, cuma Petronas sahaja dan Petronas memang menanggung rugi," katanya.

Betulkan saya jika salah......

USD said...

T.kasih kpd sdr ayam sabung & de-kerinchi dgn teguran. Tp maksud saya dlm ruang ni ialah menyiarkan komen2 yg mengakui bahawa kenaikan harga minyak x dpt dielakkan. Kesan positif @ negatif slps kenaikan tu adalah cerita lain. Apa pun sekali lagi diucapkan t.kasih....Salam

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin