Search This Blog

Loading...

Friday, June 6, 2008

MINYAK OH MINYAK!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sehari dua ni, topik yg paling hangat dibualkan ialah kenaikan harga minyak. Pd hari pengumuman tu, bertalu-talu sms menggegar telefon saya. Pelbagai reaksi yg diberi, seolah-olahnya saya la pulak yg bertanggungjawab menaikkan harga minyak. Walhal, saya juga membeli minyak yg sudah naik harga! Ringkasnya, saya titipkan sms yg masuk tu spt berikut:
@ SMS X RASIONAL
- Mengaitkan kenaikan harga minyak dgn kelemahan kerajaan
- Membandingkan harga minyak dgn Negara Brunei Darussalam
- X puashati dgn kadar subsidi harga minyak yg diberi malah minta ditambah lagi
- Menyokong PR yg katanya akan menurunkan harga minyak.
@ SMS RASIONAL
- Kenaikan x dpt dielakkan ekoran kenaikan harga minyak dunia
- Perbandingan harga minyak yg lebih murah di kalangan negara ASEAN kecuali Brunei
- Subsidi minyak dikurangkan tetapi disubsidi keperluan harian lain
Pendapat saya:
1. Siapa pun memerintah Malaysia hari ni, pasti tidak akan dapat lari drpd fenomena kenaikan harga minyak dunia. Nak menurunkan harga, ertinya menambah subsidi , bukanlah jalan penyelesaian tbaik. Apa pun caranya pasti tidak akan memuaskan hati semua pihak.
2. Sebagai alternatif, mungkin kita kena mengubah cara hidup. Penggunaan kenderaan yg digerakkan oleh minyak mungkin boleh diminimumkan. Mungkin basikal sebagai alternatif bg pjalanan jarak dekat?
3. Saya lebih rela membeli minyak yg mahal daripada membeli keperluan harian terutama bahan makanan spt beras yg mahal, akibat tiada subsidi!
Salam

3 comments:

de_kerinchi said...

salam ustaz said,

Memang kenaikan harga minyak tidak boleh dikekang... tetapi yang menjadikan sesebuah pimpinan negara itu bagus ialah dasar yang dijalankan untuk meminimumkan kenaikan itu...

Bagi saya SMS penggunaan basikal itu adalah SMS yang tidak rasional...kalau di ibu kota KL, jarak dekat itu hendak diklafikasikan berapa KM?...Perjalan dari rumah ketempat kerja menggunakan kereta..sampai di KL kena bayar parking...lepas tu hendak kemana-mana naik basikal (nanti ada pula bayaran letak basikal, ialah takkan nak sumbat dalam bonet kereta)dari Kg baru ke ceras pukul berapa agaknya kita akan sampai disana...efektifkah masa yang kita gunakan untuk berbasikal...?

Pasti saudara cakap...gunakan lah pengankutan awam.....saya takmahu jawab...biar saudara duduk disini selama seminggu dan gunakan pengangkutan awam walau hendak kemanapun dan saudara akan tahu jawapannya...

Sebenarnya teori kelihatan mudah tetapi hakikatnya berat mata memandang berat lagi bahu memikul...

macam PM cakap tak makan beras makan lah ubi , cuba PM mulakan dahulu...semua mesyuarat kerajaan tukar menu ke ubi...ada sanggup...disini saya cemburu dengan orang sabah yang ada bendang, sebab mereka sentiasa gembira walau harga beras naik...syabas....(sempat juga membajak sawah tempoh hari)

Anonymous said...

Salam Sdr de_kerinchi,

T.kasih la kpd sdr. yg x jemu2 mlyari & br komen d blog sy. ni.

Untuk makluman sdr saya pernah tinggal d area Klang Valley lbh kurg 10th. Slps abis bljr, slalu la jg ke sana. Time dsana 2, transport utama sy ialah bas- dulu bas mini.
Pengalaman mnarik, ialah... dulu kmampuan agak thad. Harga kereta mahal, duit muka pn mahal. Hari ni kereta blambak2, nak bli pn senang, duit muka x perlu mlh dbri pulak duit @ rebate tunai. Skrg org kata pangkutn awam teruk @ org sudh punya kereta utk bgerak. Mana satu btul?
Banding dulu time naik bas mini yg bsesak2, rasanya skrg jauh lebih baik. Tp kita kan punya seribu alasan...
Masalah org kita hari ni ialah apabila kita mnutup minda utk mnerima pdgn org lain. Kita slalu mrasa pdgn yg betul ialah dr kita, yg slh pdgn org lain. Salah ka klu kita dseru utk bjimat? Tak nak makan ubi ok la, makan la nasi. Tak nak minyak naik ok la, kita tambah subsidi minyak...sampai bila? Lgpun berapa la bnyk subsidi minyak yg kta dpt klu kereta kancil bndg dgn org kaya2 pakai Ninja King? Fikirkan...

ladymariah said...

orang mcm anda memanglah tidak terasa tapi mcm saya yg tidak berkemampuan memanglah akan menyokong pakatan rakyat yang mahu menurunkan harga minyak...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin