Salam,
Sekarang Bota Perak semakin tkenal di seluruh negara, gara-gara tindakan Datuk Nasasruddin Hashim melompat katak. Dinukilkan keputusan PRU12 Mac lalu, untuk renungan bsama:
N.39 Bota ( 2008 )
Nasaruddin Hashim ( BN ) 6553
Usaili Alias ( PKR ) 4,488
Majoriti = 2,065
2004
Che Ri Daud ( BN ) 6,031
Usaili Alias ( PKR ) 4,302
Majoriti = 1,729
# Maknanya, Datuk Nasaruddin ni bukan calang orang. Dia boleh menambah jumlah pengundi yg memangkah BN ( 5270 ) ketika blaku kemerosotan undi untuk BN di tempat lain. Dia juga bjaya menambah majoriti di DUN Bota ( 336 ), walaupun dia 'dturunkan' pangkat dr Parlimen Parit.
Sekadar pbandingan, keputusan PRU bg N.38 Belanja yg calonnya Ketua Umno Bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan.
2008
Datuk Mohd Zaim Abu Hassan ( BN ) 5,473
Muhd Ismi Mat Talib ( PAS ) 3,592
Majoriti =1881
2004
Mohd Zaim Abu Hassan ( BN ) 6,916
Faizol Fadzli Mohamad ( PAS ) 3,773
Majoriti = 3,143
# Dilihat Datuk Mohamad Zaim 'gagal' dlm menawan hati pengundi DUN Belanja apabila undi untuk BN menurun ( 1443 ) dan majoriti juga menurun ( 1262 ).
Pada pemlihan Oktober lalu, Datuk Nasarudin mcabar Datuk Zaim untuk jawatan Ketua Bahagian Parit tetapi tewas dgn majoriti 19 undi.
Bolehkah ditafsirkan data di atas begini: Datuk Nasarudin disukai oleh pengundi ( tidak semestinya ahli Umno ) tetapi ditolak oleh ahli Umno ( cuma sebahagian sahaja ). Sementara Datuk Zaim ditolak oleh sebahagian besar pengundi, tetapi disukai oleh sebahagian ahli Umno.
Maknanya, padan la Datuk Nasarudin keluar Umno... dan fenomena ini semacam makin merebak di kalangan ahli Umno di seluruh negara. Wallahu 'Alam.