Search This Blog

Thursday, July 28, 2016

Petua Tercekik Tulang Ikan


(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bila makan ikan, risiko nak tercekik tulang tinggi kecuali makan isi ikan... Masa kecil dulu, MF pernah tercekik tulang ikan bilis je.. fobia betul rasa... Tapi di kampung tak susah bila tercekik tulang ikan... Banyak petua tradisional digunakan untuk melegakan kesakitan akibat tercekik tulang ikan. 

Antara petua mudah yang MF pernah buat dan lalui apabila tercekik tulang ikan. 

1. Telan Nasi Kepal
Ini petua popular dan mudah nak buat... Kepal nasi dan telan terus tanpa kunyah.. Insha Allah, kalau tulang tu tak tersangkut kuat pada tekak, mudah je lepas dengan nasi tu.

2. Minum Air Tudung Periuk Yang Dijampi
Petua ni pelik, tapi memang MF pernah buat. Arwah tok MF bagi minum air tudung periuk yang dijampi.. Tak tahu la dia baca apa.. Yang MF tahu dia baca Bismillah je... 

3. Minum Air Rendaman Mata Kail
Ni pun petua keluarga MF, mata kail gergasi yang pusaka arwah tok wan MF... Memang kalau tercekik tulang, ambil mata kail tu rendam dalam air dalam 5 minit, dan minum. Insha Allah dengan izin Allah, lega la sakit akibat tercekik tulang ikan tu. 

4. Minum Air Banyak-banyak
Petua selalu buat, minum air banyak-banyak.. Tapi petua ni tak mujarab mana la sebab air kan bersifat cecair. Jadi, hanya berkesan bagi tulang ikan yang tak tersangkit kuat pada tekak. 

Antara petua lain yang MF dapat dari internet:

5. Makan pisang tanpa kunyah... Kupas dan terus telan.

6. Ambil air, masuk dalam senduk, selawat 3 kali dan minum dalam 1 nafas. 

7. Celup jari dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari yang ada madu tu.. Insha Allah, tulang akan keluar katanya. 

8. Ambil 1 sudu cuka dan terus minum... Kalau terasa lagi kat tekak, minum lagi satu sudu dan jika masih rasa kepal nasi dan telan. 

9. Doa
Amalan dan petua lain... iaitu kembali kepada Allah dengan amalkan doa ini:


Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku” (Surah Isra’ : Ayat 80)

Bacakan al-Fatihah dan doa ini sambil mengurut bahagian halkum atau bahagian yang tertusuk duri/tulang. Ulang sebanyak 3 kali sehingga 7 kali bacaan. Boleh juga dibacakan pada air dan minum... Lakukan secara istiqomah. Usahalah...nak sembuh ke tidak atas izin Allah jua.... InsyaAllah.


Itulah petua-petua melayu lama dan moden untuk legakan kesakitan akibat tercekik tulang ikan... Memang fobia bila tercekik tulang ni kan... Jadi, jika berlaku lagi, boleh gunakan petua ini... MOga bermanfaat...

Kredit kpd http://www.mariafirdz.com/2016/03/9-petua-tercekik-tulang-ikan.html?m=0

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin