Salam,
Hari ni SPB YDPA dlm ucapan perasmian Parlimen menekan beberapa perkara yg perlu diberi phtian, bukan sahaja oleh para MP tapi oleh semua rakyat jelata.
1. Tuanku Mizan mengajak rakyat supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.
-Banyak 'kekeliruan' yg blaku dlm negara kita sekarang, t'utama oleh ahli politik kerana kegagalan memahami dan menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh, selepas PRU lalu ada ahli politik yg mcanang ptukaran kerajaan melalui lompatan parti, dan ia sangat 'dkagumi' oleh sebahagian rakyat yg keliru. Malangnya, apabila ia berlaku di Perak - 16 September yg diwar-warkan tidak menjadi - sebahagian rakyat makin keliru, sehingga tgamak menderhaka dan berhasrat menyaman Sultan Perak.
2. Tuanku dukacita dengan perilaku Ahli Parlimen.
- Bukan sahaja Tuanku yg dukacita, rakyat biasa juga kecewa dengan gelagat sebahagian Ahli Parlimen. Jika kelakuan di Dewan Rakyat atau Dewan Negara sudah tidak ketentuan, bagaimanalah agaknya perwatakan AP kita di luar ? Berbalah bukan kerana memperjuangkan rakyat yg diwakili tapi kerana sebab yg remeh-temeh, malahan ada yg langsung tidak memperjuangkan apa-apa. Agaknya masih tkejut dgn kemenangan dlm PRU yg tidak disangka-sangka...
Harap-harap semua, samada AP atau pun tidak, akan lebih memahami titah baginda kali ini. Bersuara dlm lingkungan yg dibenarkan oleh Perlembagaan, bukan bcakap yg bukan-bukan. Sementara para YB pula akan dapat mengawal emosi dlm pbahasan, bukan bperangai seperti beruk!
Mungkin YB yg 'tidur' sepanjang penggal lalu, kali ini akan tjaga... Begitu harapan kami Tuanku!