Search This Blog

Monday, February 16, 2009

HARAP SEMUA FAHAM!

Salam,

Hari ni SPB YDPA dlm ucapan perasmian Parlimen menekan beberapa perkara yg perlu diberi phtian, bukan sahaja oleh para MP tapi oleh semua rakyat jelata.

1. Tuanku Mizan mengajak rakyat supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.

-Banyak 'kekeliruan' yg blaku dlm negara kita sekarang, t'utama oleh ahli politik kerana kegagalan memahami dan menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh, selepas PRU lalu ada ahli politik yg mcanang ptukaran kerajaan melalui lompatan parti, dan ia sangat 'dkagumi' oleh sebahagian rakyat yg keliru. Malangnya, apabila ia berlaku di Perak - 16 September yg diwar-warkan tidak menjadi - sebahagian rakyat makin keliru, sehingga tgamak menderhaka dan berhasrat menyaman Sultan Perak.

2. Tuanku dukacita dengan perilaku Ahli Parlimen.

- Bukan sahaja Tuanku yg dukacita, rakyat biasa juga kecewa dengan gelagat sebahagian Ahli Parlimen. Jika kelakuan di Dewan Rakyat atau Dewan Negara sudah tidak ketentuan, bagaimanalah agaknya perwatakan AP kita di luar ? Berbalah bukan kerana memperjuangkan rakyat yg diwakili tapi kerana sebab yg remeh-temeh, malahan ada yg langsung tidak memperjuangkan apa-apa. Agaknya masih tkejut dgn kemenangan dlm PRU yg tidak disangka-sangka...

Harap-harap semua, samada AP atau pun tidak, akan lebih memahami titah baginda kali ini. Bersuara dlm lingkungan yg dibenarkan oleh Perlembagaan, bukan bcakap yg bukan-bukan. Sementara para YB pula akan dapat mengawal emosi dlm pbahasan, bukan bperangai seperti beruk!

Mungkin YB yg 'tidur' sepanjang penggal lalu, kali ini akan tjaga... Begitu harapan kami Tuanku!

5 comments:

Anonymous said...

Salam.sebenarnya kebanyakan rakyat Msia hari ni tidak pandai bersyukur dan belajar sejarah.kalau pun belajar sejarah hanya utk lulus peperiksaan sja tetapi tidak memahami dan menghayatinya.
Banyak empayar / kerajaan yg musnah akibat sikap rakyatnya yg lalai dan asyik berebut untuk menjadi ketua sehingga sanggup melanggar peraturan dan undang2.
Banyak isu & ketidaktentuan dlm negara ini ditimbulkan oleh org yg keturunanya dulu dibawa oleh penjajah barat ke negara ini. mereka ini tidak berterima kasih dan bersyukur kerana menjadi warganegara Msia. Kalaulah pemimpin & raja2 Melayu tidak menerima mereka jadi warganegara dulu tentu mereka ni sekarang tidak secelupar sekarang.
Mereka hari ini tidak berpuas hati dengan keistimewaan yg diberikan kpd org melayu. Tanya diaorang siapakah yg memberi keistimewaan itu? Apakah org2 asing memberikan hak tersebut? atau sebelum mereka dtg ke Tanah Melayu sebenarnya hak2 istimewa tu sudah ada, kerana negara ini mereka yg punya. org asing hanyalah menumpang.
Kesimpulanya janganlah menjadi sombong menuntut itu dan ini di negara yg memberi mereka keistimewaan hak kewarganegaraan. Hormatilah undang2 & perlembagaan negara ini. Kepada Karpal dan penyokongnya kalau sudah bosan jadi warga Msia pindahlah kamu ke negara yg pd fikiran kamu boleh memberi keistimewan yg lebih drp yg kamu dapat di Msia.
Kepada org Melayu... janganlah jadi bodoh diperkudakan oleh org "asing" ini. Kamu jangan lupa negara ini merupakan tempat asal datuk nenek kamu & kamu tak ada negara lain... jadi peliharalah negara ini sebaik mungkin.
Kepada yg masih mahu mengangap dirinya warganegara Msia jadilah rakyat yg tahu menghargai erti keamanan dan kemewahan yg dikecapi sekarang. Jangan jadi seperti di rakyat di negara2 Asia Barat yg tidak tahu dan tak sedar diri mereka diperbodohkan oleh org Barat dan tidak mahu bersatu untuk kebaikan bersama.
Fahamilah erti pengorbanan yg kita telah diajar untuk berkorban dlm agama Islam.

Anonymous said...

salam... Tanyalah Tun M kenapa jadi begini. Dulu dia yg beria-ia mahu meminda perlembagaan untuk mengurangkan kuasa sultan...
Kalau Tun M tak buat , berangkali org2 macam Karpal ini tak berani nak menderhaka...

Anonymous said...

Khusus utk Datuk Sulaiman..APOK LAITUI. Siapakahkah dia ini ?
Drp nama sj kita dah tahu dia ni bumiputer sabah. Kenapa apa yg kau tak puashati dgn nama tu???
Kalau di ni bukan bumiputera maka tak layaklah dia jadi ahli UMNO. Kalau kamu kata di bukan Islam... maka jangan salahkan dia .. tanyalah pemimpin2 UMNO kenapa ubah perlembagaan UMNO bila masuk Sabah.
Kenapa dia boleh menang sbg AJK Bhg.?,, mungkin dia adalah antara 20 org yg terbaik pada fikiran perwakilan.
atau dia ada kelebihan istimewa berbanding yg lain sehingga org tertarik nak undi dia.
Tanya juga DSP Lajim kenapa setiap tahun pemilihan UMNO Bhg dia yg mengendalikan Pembayaran Tambang/ sewa kenderaan kpd perwakilan. Tugas ni membolehkan dia rapat dgn para perwakilan.
W/bagaimanapun untuk pengetahuan Datuk Sulaiman dia menduduki tangga ke 19 dlm pemilihan tersebut. hampir2 lagi kalah. Soalannya adalah nama ini akan berkubur 3 tahun lagi. Hanya DSP Lajim sja tahu kerana selagi dia mahu org ni tetap di masuk senarai AJK w/pun terpaksa masuk senarai dilantik. Begitu juga halnya dgn nama D.Kimjus. selagi DSP Lajim mahu maka nama org ni masih boleh bertahan dlm UMNO Bft.
Nampak macam DSP Lajim punya pasallah nama2 ni masih wujud dlm senarai AJK Bhg UMNO Bft. Tetapi jika kamu jadi DSP Lajim apa cara kamu nak mengikat supaya org dusun/ kadazan & msykt cina kekal menyokong kamu?

Junaidi Blog said...

DAULAT TUANKU .... DAULAT TUANKU .... DAULAT TUANKU ....
Daulat tuanku ... Patik Pacal yang hina mohon mencelah ...Ampun Tuanku sembah patik harap diampun .... Semua pacal pacal ini akan sentiasa taat dan setia serta menjunjung kasih Kepada kebawah Duli Tuanku ... Meka semua penjahat- penjahat yang durahaka harus dihukum...biar meka semua tahu bahawa negara ini berdaulat dan berempunya ...

kalu nak ikut hati patik pacal yang hina ini sanggup mendaki puncak gunung ledang atau puncak gunung kinabalu untuk mendapatkan biji lada yang paling pedas bagi melada mulut - mulut celupar yang mahu mendurhaki tuanku .... Titahkanlah.... patik pacal yang hina ini pasti patik akan terjunjung diatas batu jemala patik... pacal pacal hamba rakyat dibawah ini amat terhina dengan pendurhakaan ini.... kalau perlu halau aja meka semua ni ... hantar dipulau batu putih milik singgapura .. Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...

Anonymous said...

Boleh tahan juga sdr JUNAIDI ini, mengalahkan Hang Tuan lagak dia.. Syabas. Kami pun taat setia kepada Duli-Duli Raja Melayu, seperti mana amanat sahabat saya Sahibul samahah Datuk Mufti Kerajaan Perak Dr.Harussani Zakaria, yang berpesan agar rakyat negara ini mesti taat setia kepada sultan selagi mana pada hal-hal yang tidak melanggar syara'. Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku..Cuma patik pacal hamba Allah ini mohon mencadangkan agar penggunaan nama 'Mahamulia' mohon dititahkan dalam majlis persidangan Raja-
raja, agar digantik dengan nama yang lain kerana 'mahamulia adalah sifat 'Allah' Mohon ampun tuanku,jika sekiranya ini sembah derhaka..Patik sekalian hamba rakyat menjunjung tinggi duli-duli tuanku sekalian. Ampun Tuanku

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin