Search This Blog

Loading...

Saturday, February 28, 2009

Pengumuman Penting: Siapa Orang KDN Bengap Ni?

Salam,

Pagi-pagi tbaca satu tajuk dalam Utusan : Kristian Boleh Guna 'Allah'.

Dilaporkan, Nizam Zakaria, Peguam Kanan Persekutuan bkata dlm mahkamah bahawa pgunaan perkataan 'Allah' dlm penerbitan Kristian bukan lagi larangan kerana Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN ) pd 16 Februari lalu.

Cuba kita perhatikan laporan berikut :
Perintah tersebut berbunyi : ''Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan 'Khusus Untuk Penganut Agama Kristian'

Alahai, siapa la pegawai KDN tlibat yg bengap ni. Kalau mengikut ayat di atas, memang tidak dilarang pun mguna kalimah'Allah' - apabila penerbitan tersebut ditulis pengkhususan.

Sedangkan perkara ini masih diperdebatkan di mahkamah, hakim pun belum mbuat keputusan. Alih-alih di KDN keputusan sudah pun dibuat oleh si bengap. Ini jelas satu kesalahan pentadbiran oleh pegawai terlibat.

Mana menteri KDN? Asyik kempen sampai perkara begini terlepas pandang...mungkin pegawai bengap tersebut ada agenda lain ?

Jom kita kempen, KEKALKAN KESUCIAN NAMA ALLLAH! ALLAHU AKBAR!!!

15 comments:

red rooster said...

Salam Ustaz,
Memang bengap siapa yg membuat keputusan ni.

GOMO said...

SALAM SAUDARA....
INI SEMUA ADALAH KERJA DAP.
IANYA DICANANGKAN ANWAR BRAHIM
PAKATAN RAKYAT YANG BERSALAH DALAM ISU INI.
SATU LAGI KEBIADAPAN PAKATAN RAKYAT DALAM MENCABUL TANAK MELAYU INI.

ISLAM DI NODAI PAKATAN RAKYAT http://gomo-no1.blogspot.com/2009/02/pakatan-rakyat-berjaya-menodai-agama.html

kamal said...

kenapa menteri tak tahu..pelik bin ajaib...mesti krj orang dalam ni...berjaya la pakatan kerana perjuangan mereka sudah berjaya...nanti entah apa lagi yang mereka ni nak tuntut...takut takut berbogel berdua2an tanpa ikatan pun nanti mereka kata pencerobohan peribadi..dan dituntut ianya dibolehkan

Anonymous said...

benda nie xkan berlaku kalu semua org melayu yang rasa dirinya beragama Islam untuk menentang perkara ini..Punca mmg drpd DAP tp disokong
sepenuhnya drpd PAS & PKR..

ALLAHUAKBAR - 3x

matlan said...

asalamualaikum, rakan2 sekelian, biasa la ni standard orang kapir macam si sing laknatullah itu juga, bertujuan nak provok orang islam, nak test power , nak test samada orang islam masih sensitif tentang islam, nak test sama ada orang islam baca tak majalah dia orang ni , nak test samada jabatan agama betul-betul pantau tak majalah ni, nak test samada orang islam bersatu tak kalau satu2 isu islam di bangkitkan.....nak test samada orang umno, pas dan keadilan yg beragama islam akan bersatu tak untuk mempertahankan agamanya, mempertahankan bangsanya atau akan mempertahankan parti mereka sahaja............atau salah satu tektik nak bagi laris majalah kristian ni agar orang islam pun beli juga................tapi aku ada pendapat sendiri dengan penggunaan perkataan Allah ini, kalau pengunaan nya bertujuan untuk menghina kesucian allah dan agama islam, maka wajib di halang atau kalau perlu kita perangi, ...........tapi kalau sebaliknya aku tak halang, ....pakai lah nama Allah....kemudian kaji lah.....kenapa sekarang baru nak pakai?....padahal islam dah suruh pakai dan sembah allah yang satu sejak 1400 tahun yang dulu lagi.....mungkin orang kristian sudah mula akui yang kitab mereka sebenarnya masih tidak lengkap , atau something wrong....kaji sendiri la.........kalau dah boleh terima allah sebagai tuhan yang satu.........tak mustahil boleh terima yang muhammad itu rasul yang terakhir.......kalau boleh lafaz kan lah bersama tiada tuhan di sembah melainkan Allah, dan Muhammad itu rasul allah...insya allah........mungkin apa yang kamu tidak suka pada hari ini adalah suatu yang baik bagi kamu, kerana sesunggugnya allah yang tahu apa yang baik buat kamu.........allah hu alam

Anonymous said...

Aku akan sentiasa berdoa semoga Paderi ku sentiasa sihat sejahtera dan sentiasa damai sejahtera melayani kami umat2 Katoliknya di Bumi Malaysia yang tercinta ini.

Datu Sulaiman said...

Siapakah menteri KDN,bukankah Dato Hamid Albar ? Saya kurang faham bilamana kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh KDN ini, dipersalahkan pula kepada DAP dan PKR. Setahun kita menteri KDN ni UMNO.. Siapa yang boleh cuba tolong huraikan..Kalau PR memerintah, mugkin isunya begitu..

Datu Suliaman said...

Kepada Anonymous..Insyaallah paderi tuan akan selamat di Malaysia ini. Kita umat Islam adalah insan-insan yang penyayang dan Nabi kami juga mengajar untuk menghormati agama lain. Cuma dalam soal pengunaan perkataan Allah ini, kami tidak rela berkongsi kalimah suci ini kerana "Allah" hanya untuk muslem saja..Bukankah dalam kitab sdr.anonymous sebut 'God'saja jadi kalau nak terjemah dalam bahasa Melayu pakai perktaan 'Tuhan'saja..

Dalam Islam tiada paksaan untuk masuk Islam tetapi bila dah masuk Islam tidak bolehlah pula keluar-keluar sesuka hati kerana bila anda masuk Islam dengan kerelaan hati maka tiada alasan untuk keluar.

Tiada paksaan beragama di Malaysia tetapi menyebarkan agama lain kepada orang yang sudah Islam adalah dilarang dan tidak boleh..

Ini saja yang sdr.anonymous perlu faham.

warisantamar said...

ayam mati punya pengumuman. inilah yg dinamakan terlebih kebebasan. syed hamid ni mahu kalah naib presiden. perkara tu bukankah sedang dlm proses perundangan, apa pasal pigi gatal tangan buat warta baru...bukan lagi bengap tapi bangang...

masa kerja kdn dulu, ada kumpulan paderi jumpa kat kdn sabah...minta penjelasan kenapa buku2 kristian dr indon yg guna ALLAH dirampas...kami tunjuk warta dan ia diperakui oleh paderi kristian sndiri. paderi tu boleh ckp paderi yg `luluskan' bhw 4 perkataan dlm warta tu memang tiada dlm kamus kristian bukan paderi yg betul...alahai...paderi tu pun dah mati kot...kalau dulu kamu terima bhw 4 perkataan tu termasuk ALLAH tiada dlm kamus agama kamu apa pasal sekrg terhegeh2 nak sangat...ada misi disebalik kah?

Anonymous said...

Salam Dato' Suleiman,

Apa pula sebutan terhadap Allah/God jika penganut kristian itu berbangsa Arab dan tinggal diSyria, Jordan, Plastin, Mesir, Maghribi dan lain-lain negara Arab, atau dengan kata lain bangsa Arab beragama Kristian?

*Dato, apa makna:
Allah, Tuhan sekelian manusia
Allah, Tuhan sekelian makhluk
Allah, Tuhan sekelian alam........

*Hizbullah Malaysia

Anonymous said...

la... kenapa nak bising-bising... ini kan yang diperjuangkan Pakatan Rakyat (PKR + DAP + PAS (yg mengaku perjuang Islam!)). Inilah hadiah ADIL DAN SAMA RATA PAKATAN RAKYAT untuk kita semua.

UMNO nak boleh buat apa dah? majoriti 2/3 dah takda. kuasa UMNO dah takda dalam BN. sian bangsaku Melayu Islam. benda dah berlaku ustaz. yang penting kita lawan balik ustaz.

note: Jangan lupa, siapa wakili, biaya dan selalu datang beri sokongan moral pada barisan peguam gereja katolik tu. cuba semak! tertunggu apa kata PAS!

Mat Takbir

Datu Sulaiman said...

Kepada anonymous yang satu (terlalu banyak anonymuos ni, pakailah apa-apa nama, kayu kah,bakulkah atau papankah..,jangan anonymous,susah mau kenal.)

Yang kita perkatakan sekarang ialah soal penggunaan perkataan 'Allah' di Malaysia..Kerana di Malaysia tiada sebab untuk gunapakai kalimah ini oleh agama lain..

Anonymous said...

salam ustaz, setahu saya semua warta perintah kerajaan ditandatangani oleh menteri yang berkenaan. Draf warta memanglah disediakan oleh pegawai dan perlu disemak penasihat undang-undang dan KSU sebelum dikemukakan kepada menteri. Saya berpendapat menteri telah terlepas pandang atau tidak ditaklimatkan sebelum menandatangani warta berkenaan. Dalam hal ini KSU perlu mengambil bertanggungjawab, malangnya di KDN difahamkan sudah hampir 2 bulan tiada KSU disebabkan jawatan masih tidak diisi...

mr. LLB

p.s: Ustaz, sesekali tulislah isu2 santai i.e. kisah zaman sekolah atau kehidupan di universiti dulu (ustaz grad mana, ya..) mgkn ada pengalaman yg menarik dan boleh dikongsi bersama.

noname said...

Aku nak tanya sikit pasal KDN. Mereka tu orang DAP ker!... atau orang PAS?. Sejahil-jahil aku yang tak sekolah pun menyatakan mereka ialah orang lantikan dari kalangan pemimpin UMNO yang kamu pilih masa mengundi. Kini baru kamu rasa bahana akibat tangan-tangan kamu yang memilih dari kalangan orang-orang jahil agama. Inilah yang dikatakan sesiapa yang melantik orang-orang itu bermakna kamu juga mendapat sahamnya akibat kejahilan kamu.

Lingkuplah UMNO Keparat said...

Betul tu noname..kita pun hairan bila masa pula UMNO mau jaga Islam. Bagi mereka kalau rakyat tidak mendalami Islam lagi bagus kerana rakyat yang faham Islam pasti akan tinggal UMNO..

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin