Search This Blog

Monday, December 27, 2010

Tahniah 'Harimau Malaysia'!

Salam,

Diucapkan tahniah kepada wira-wira negara yang mempamerkan aksi menarik dan menghiburkan, sambil menutup mulut penyokong Indonesia. Diharapkan prestasi yang ditunjukkan akan dapat diulangi pada perlawanan akhir kedua di Jakarta nanti.

Sudah agak lama tidak dapat melihat aksi 'cantik' pasukan negara, apalagi selepas kekalahan dibelasah pada perlawanan pertama tempohari. Jika aksi ini dapat dikekalkan, skuad kendalian K.Rajagobal ini bukan sahaja akan menjuarai Piala Suzuki malah mampu pergi jauh untuk bersaing sekurang-kurangnya di peringkat Asia.

Menonton aksi yang dipamerkan tadi, sewajarnya pujian diberikan kepada wira-wira negara dan mereka layak digelar 'Harimau Malaysia' - nama yang menggambarkan nama negara dan lebih sesuai. Berbanding gelaran Harimau Malaya, nama yang cuma merujuk kepada sebahagian wilayah Malaysia dan juga nama lama negara sebelum pembentukan Malaysia.

Rasanya lebih elok gelaran Harimau Malaysia diguna pakai...Tahniah wira-wira Harimau Malaysia!

Wednesday, December 15, 2010

Jika Benar Jeffrey Kitingan Keluar PKR...


Bekas naib presiden PKR Datuk Jeffrey Kitingan dijangka keluar dari parti itu pada Khamis ini, menurut beberapa sumber hari ini.

Satu sidang media khas telah diatur pada hari berkenaan bagi Jeffrey membuat pengumuman 'amat penting', kata mereka.

Mereka berkata Jeffrey, yang juga bekas wakil rakyat Bingkor dan adik kepada presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, mungkin juga mengumumkan penubuhan sebuah pergerakan bagi meneruskan karier politiknya dengan menjangka pilihan raya umum mengejut tahun depan.

Salam,

Jika benar seperti yang dilaporkan, nampak gayanya PKR Sabah bolehlah bersiap-siap 'gulung tikar'. Bayangkan PKR Sabah tanpa Jeffrey...

Tidak payahlah PKR membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk bersiap sedia menghadapi PRU13 di Sabah. Boleh katakan lumpuh separuh badan PKR jika benar berita ini.

Tidak payahlah melalak terlolong, hentam sana sini tidak puas hati dengan kerajaan...apalah yang tinggal dengan PKR jika Jeffrey yang tentunya disertai penyokong tegarnya, meninggalkan PKR.

Kita tunggu dan lihat....

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin