Bekas naib presiden PKR Datuk Jeffrey Kitingan dijangka keluar dari parti itu pada Khamis ini, menurut beberapa sumber hari ini.
Satu sidang media khas telah diatur pada hari berkenaan bagi Jeffrey membuat pengumuman 'amat penting', kata mereka.
Mereka berkata Jeffrey, yang juga bekas wakil rakyat Bingkor dan adik kepada presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, mungkin juga mengumumkan penubuhan sebuah pergerakan bagi meneruskan karier politiknya dengan menjangka pilihan raya umum mengejut tahun depan.

Salam,
Jika benar seperti yang dilaporkan, nampak gayanya PKR Sabah bolehlah bersiap-siap 'gulung tikar'. Bayangkan PKR Sabah tanpa Jeffrey...
Tidak payahlah PKR membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk bersiap sedia menghadapi PRU13 di Sabah. Boleh katakan lumpuh separuh badan PKR jika benar berita ini.
Tidak payahlah melalak terlolong, hentam sana sini tidak puas hati dengan kerajaan...apalah yang tinggal dengan PKR jika Jeffrey yang tentunya disertai penyokong tegarnya, meninggalkan PKR.
Kita tunggu dan lihat....
2 comments:
Nampaknya khilaf penilaian ustaz ini. Kami para penyokong PKR Sabah mengalu-alukan Dr.J jika benar dia ingin meninggalkan PKR. Kami beranggapan Dr.J tidak lagi releven dalam arus politik PKR..Kalau UMNO hendakkan dia, ambillah..Lepas ini pasti ada berita 'tamparan' dan 'muak' daripada media pencacai katak bawah tempurung...
kasi biar saja bah itu komen liar Ustad,,,dlm politik hari ini tiada 100% yang betul,, menegakan benang yang basah terlalu banyak..
Post a Comment