Search This Blog

Loading...
Showing posts with label Taktik. Show all posts
Showing posts with label Taktik. Show all posts

Wednesday, December 17, 2008

Taktik Zaman Purba - Masih Digunakan Lagi?

Salam,

Umno Bahagian Tenom, satu-satunya bahagian di Sabah yg masih belum mengadakan mesyuarat perwakilan, dilaporkan akan mengadakan mesyuarat pada 21hb ni.

Pertandingan merebut Ketua Bahagian akan menyaksikan psaingan dua penjuru, di antara Datuk Rizalman Abdullah, selaku penyandang akan ditentang oleh Datuk Rubin Balang, ADUN Kemabong.

Diharapkan plumbaan merebut jawatan di Bahagian Tenom tidak akan menjadikan, yang menang jadi arang, yg kalah mjadi abu. Sehingga Umno Tenom mjadi lemah dan mungkin Lembaga Displin pula kena bertindak.

Cuma yang sedihnya, dilaporkan sebelum ini, taktik mengurung perwakilan utk 'brain-wash' menyokong pemimpin tertentu masih diamalkan. Sudah tentu, perwakilan yg dikurung akan diberi habuan yg menyuburkan lagi amalan politik wang.

Taktik begini sangat popular suatu ketika dahulu di Sabah, tetapi kini agak bkurangan. Semua ahli Umno mungkin sudah menyedari taktik zaman purba ini sudah kurang bkesan lagi. Mungkin jasad perwakilan dapat dikurung, tp minda mereka utk memilih pemimpin pilihan hati tidak mungkin dapat dikongkong!

Lagipun, taktik kurung-mengurung ni ketinggalan zaman la. Sekarang ni org sudah boleh bfikir siapa yg patut dsokong, siapa yg patut dtolak ke tepi. Kepada para pemimpin, janganlah rendahkan pemikiran para perwakilan dgn menunjuk kehebatan diri melalui taktik lapuk yg kini mjadi jenaka anak-anak!

Kepada Lembaga Displin, apa lagi jalankanlah tugas, ambil tindakan, jika benar seperti yg dilaporkan. Janganlah banyak dalih, kata laporan palsu pulak, siasat dulu la....

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin