Search This Blog

Saturday, August 30, 2008

BAJET MERDEKA


BAJET 2009

Kelmarin, PM kita selaku Menteri Kewangan telah membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat. Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet kali ini menumpukan tiga strategi : Menjamin kesejahteraan rakyat, membangunkan modal insan berkualiti dan memperkukuhkan daya tahan negara.

Dalam bajet itu juga, pelbagai insentif telah diumumkan, dengan kebanyakannya memberi fokus membantu rakyat dalam berhadapan kenaikan kos sara hidup. Umpamanya, bil elektrik RM20 ke bawah sebulan, selepas ini tidak perlu dibayar lagi. Cuma yang tidak sedap dalam bajet ini ialah bagi perokok, selepas ini harga rokok akan naik lagi.

Bagi rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak, bajet kali ini juga membawa rahmat besar apabila Sabah diperuntukkan sejumlah 3 bilion dan Sarawak 3.3 bilion, bagi melaksanakan projek infrastruktur termasuk jalanraya.

Di akhir pembentangan, PM telah mengajak semua segenap rakyat Malaysia di semua peringkat untuk membangunkan negara, mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Kita juga bertanggungjawab membina negara yang aman, damai, teguh lagi bersatu. Rakyat tidak akan dimakmurkan dan negara tidak akan dibangunkan hanya dengan retorik politik, malah budaya berpolitik keterlaluan merugikan rakyat dan menjejaskan kemakmuran negara.


MERDEKA 2009

(SEKILAS BICARA : PEMUDA UMNO & 31 OGOS )


31 Ogos setiap tahun adalah tarikh keramat negara kita kerana pada tarikh tersebut negara kita menyambut ulangtahun kemerdekaan. Pada tahun ini, negara kita sekali lagi menyambutnya buat kali ke-49.

Tahun silih berganti, tarikh keramat ini tetap datang dan pergi. Bagi generasi emas yang pernah mengecapi zaman penjajahan, seterusnya merasai detik gemilang perisytiharan kemerdekaan, tarikh ini pasti bermakna. Bagi generasi muda terutama pemuda yang belum lahir pada tarikh ini pada tahun 1957, apakah signifikan tarikh ini bagi kita ?

Kemuliaan sesuatu bangsa berkait rapat dengan kemerdekaan. Bangsa yang merdeka adalah bangsa yang bermaruah, sebaliknya bangsa yang terjajah adalah bangsa yang hina. Banyak contoh seantero dunia menunjukkan bagaimana bangsa yang tidak merdeka, maruah mereka dinjak-injak. Di Palestin umpamanya, nasib bangsa Arab ditentukan oleh tangan Yahudi Israel.

Di Malaysia, kita sangat bertuah. Perjuangan UMNO sebagai kesinambungan perjuangan para pahlawan terdahulu - dibantu oleh akan daripada kaum lain - membolehkan negara kita merdeka. UMNO mempelopori perjuangan kemerdekaan dan hari ini UMNO terus mempelopori perjuangan mengisi kemerdekaan.

Bagi kita Pemuda UMNO, berbangga sahaja dengan kejayaan UMNO memperjuangkan kemerdekaan, tidak memadai. Melalui wadah UMNO kita mesti mengorak langkah maju ke hadapan sebagai generasi muda pelapis berwibawa - dengan jiwa dan minda 'merdeka'. Kita wajib berusaha memerdekakan diri kita dengan menggembleng tenaga melakukan usaha-usaha positif meningkatkan potensi dan nilai diri. Walau apapun metodnya, matlamat hendaklah jelas - mengangkat mertabat diri dan bangsa!

Selain itu, pemuda yang merdeka adalah pemuda yang bebas daripada gejala yang tidak sihat. Pemuda yang merdeka tidak terkongkong oleh kepompong persekitaran yang boleh merosakkan masa depannya. Pemuda yang merdeka adalah pemuda yang menjauhi najis dadah, mengelakkan gejala negatif, menghindari budaya hedonisme yang berlebihan dan sebagainya.

31 OGOS 2006 - pada tarikh keramat kali ini, ayuh para pemuda kita sahut cabaran Pak Lah, Perdana Menteri yang kita sanjungi. Kita jadikan hari ini sebagai hari mula perjuangan kita - membina diri, menghiasi peribadi, kita buktikan bahawa kita adalah pemuda UMNO - pemuda generasi baru - pemuda cemerlang, pemuda gemilang dan pemuda terbilang!!!! Wassalam.

@ tulisan ini adalah nukilan saya dan dimuatkan dalam buku cenderamata Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Sipitang pada 27 Ogos 2006.




Thursday, August 28, 2008

Dedikasi Untuk Bonda

alfatihah
HAJAH SINDERI HJ BASTIN JIBAN
( 12/08/1935 - 21/08/2008 )
Hari ini, genaplah seminggu bonda tersayang kembali ke pangkuan-Nya. Tepat jam 3.20 pagi di katil 24, Wad Perempuan, Hospital Beaufort, bonda telah pergi selama-lamanya, menghembuskan nafas terakhir dengan tenang dan damai. Bonda dirawat di wad semenjak 13/08/2008.
Bonda pergi menyusuli ayahnda yang lebih dahulu pergi,
pada 23 Mac 1990.
Jenazah bonda telah selamat disempurnakan,
disolatkan di Surau Kg Silaun
dan disemadikan di Tanah Perkuburan Keluarga di Kg Silaun,
dengan iringan tangisan dan doa, anak-anak, cucu-cucu dan sanak saudara
serta sahabat handai.
Bonda telah pergi meninggalkan kami, dan kami pula meredhai pemergian bonda. Yang tinggal kini hanyalah sejuta kenangan manis bersama bonda...yang pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Pasti bonda akan kekal dirindui...
Dititipkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu menguruskan jenazah bonda: Doktor & Staff Hospital Beaufort, Sanak-saudara & Jiran Tetangga, Jemaah Surau Kg Silaun dan semua yang mengirim sms ucapan takziah, yang sempat hadir menziarahi
dan bersama bersolat jenazah
serta mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
Doaku : Semoga roh bonda dicucuri rahmat oleh Allah SWT, tenang dan damai dalam redha-Nya dan diampunkan Allah segala dosa...Amin.
Tekadku : Semoga setiap pesanan dan titipan nasihat bonda akan kekal dalam ingatan dan setia menjadi pedoman, dalam mengharungi kehidupan.
terima kasih Mama!!!

Wednesday, August 27, 2008

Permatang Pauh berYB baru...


Salam

Seperti dijangka, Permatang Pauh berYB baru...tp masih orang lama sejak 1982 - kecuali 1999-2008.

Keputusan PRK telah diketahui, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan kerusi Permatang Pauh di tangan PKR, selepas Datin Seri Wan Azizah Ismail melepaskannya, hujung bulan lalu.

Nampaknya, Datuk Arif Shah Omar Shah juga gagal dalam misi merampas 'warisan' kerusi tersebut. Hanafi Mamat pun tiada tuah, gagal membuat 'kejutan'.


Mungkin BN, khususnya UMNO, wajar membuat post-mortem panjang punca kekalahan. Inilah masa yang sesuai, UMNO bermuhasabah, mnilai dan mengukur sebab-musabab, knapa selepas lima bulan blalu sejak PRU Mac lalu, keadaan seperti masih belum berubah dan memihak kepada kita. Ada banyak psoalan yang mesti dijawab...


Tiba-tiba, selepas dimaklumkan keputusan PRK tu oleh beberapa orang kawan yg b'ada di lokasi, ( terima kasih untuk kamurang semua ) saya t'ingat pesanan Saidina Ali KWJ: Kebenaran yang tidak disusun, mampu ditewaskan oleh kebatilan yang tersusun rapi...Terfikir, apakah di Permatang Pauh kebatilan telah menang ?

Tuesday, August 26, 2008

DETIK PENENTUAN DI PERMATANG PAUH.


Salam.

Sehari dua agak sibuk selepas pemergian bonda tersayang beberapa hari yg lalu. Dalam pada tu, sempat juga mengikuti perkembangan semasa tmasuk PRK Permatang Pauh.


Selepas 10 hari berusaha, hari ni 26/8/2008, nasib ketiga-tiga calon yang bertanding akan ditentukan oleh tangan 57,969 pengundi, yang terdiri daripadasejumlah 40,619 atau 69 peratus pengundi Melayu, 14,360 (24.56 peratus) pengundi Cina dan 3,390 (5.79 peratus) India. Terpulanglah kepada para pengundi memilih wakil mereka di Dewan Rakyat kelak.

Di atas kertas, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat berpeluang cerah 'mewarisi' kerusi parlimen ini, yang semenjak tahun1982 dikuasainya. Hanya dalam PRU 1999, 2004 dan 2008, kawasan ini diwakili oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail. Mampukah DSAI mempertahankan kerusi ini ?

Namun, dalam politik semuanya berkemungkinan. Dengan pelbagai perkembangan yang berlaku, mungkin kali ini giliran Datuk Arif Shah Omar Shah 'merampas' dan berjaya menjadi the giant killer. Sesuatu yang gagal dilakukan oleh Ustaz Pirdaus Ismail dalam dua pilihanraya yang lalu. Siapa tahu...

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu, mana tahu Hanafi Mamat membuat kejutan terbesar abad ini. Ah, tak mungkin...

Sama-sama kita tunggu kesudahan drama politik ini...mungkin seawal jam 9 malam ini.

Sunday, August 17, 2008

KISAH IMPIAN 1 - LEE CHONG WEI

Salam,
Impian Lee Chong Wei untuk menjadi rakyat Malaysia menggengam emas pertama Olimpik nampaknya tidak kesampaian. Impian rakyat Malaysia untuk bersama-samanya menyanyi lagu Negaraku juga tidak tercapai. Apakan daya...tetapi kejayaan LCW ke final tetap disanjung tinggi. Dia kalah kepada pemain yang baik dalam situasi permainan terbaiknya. LCW dan kita, wajar juga berbangga sekurang-kurangnya daripada sekian ramai pemain badminton negara, kejayaannya menggondol pingat perak bolehlah menawar duka. Siapa tahu 4 tahun lagi, mungkin giliran LCW atau atlit lain mampu menuai emas pertama Olimpik negara. Syabas LCW...
Impian Datuk Seri Anwar Ibrahim ? Kita nampaknya terpaksa bersabar menunggu kesudahan impiannya. Rasanya macam agak kelam ja...

Friday, August 15, 2008

KISAH DUA IMPIAN !


Salam.

Hari ni saya mau bkongsi cerita bkaitan kisah dua impian. Impian ni berbeza dengan mimpi, sebab mimpi mainan tidur, sedangkan impian bukan mainan, tapi kalau kena gaya boleh jadi kenyataan. Begini kisahnya...

1. Di Beijing - Pemain no. 1 negara, Lee Chong Wei dalam perjalanan menjelmakan impian menjadi penyumbang pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik. Chong Wei mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan jagoan Korea Selatan dalam perlawanan sengit,yang berkesudahan 21-18, 13-21 dan 21-13, dalam masa 62 minit. Nampak gayanya, Chong Wei hanya selangkah lagi melakar sejarah sukan negara dengan menggapai emas bernilai RM 1 juta. Syabas Chong Wei, kalau kalah pun masih menggengam pingat perak, tapi ayuh rakyat Malaysia kita doakan Chong Wei diberi kekuatan menjelmakan impian kita selama ini menjadi realiti.

2. Di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Mohd Saiful Bukhari hari ini juga telah melafazkan sumpah mengikut syariat Islam, untuk membuktikan kebenaran bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dilaporkan Mohd Saiful bersumpah dengan memegang al-Quran sambil mengadap kiblat, dengan jelas menyebut nama Allah, disaksikan oleh ahli keluarga, pegawai masjid dan pegawai Jabatan Agama Wilayah Persekutuan ( JAWI ) termasuk Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali. Dengan sumpah dilakukan oleh Mohd Saiful ini maka tertunailah janji beliau sebelum ini untuk bersumpah muhabalah, sedang nampak gayanya impian Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya hanya tinggal impian, mungkin akan berkubur di tengah jalan. Impiannya untuk menjadi Perdana Menteri akan menjadi mimpi ngeri, tidak mampu menjadi realiti ?
Bagi kita, terpaksa menunggu sehari dua lagi untuk menyaksikan kesudahan kisah dua impian ni ! Sabar la...










Thursday, August 14, 2008

SEDAPNYA ROJAK BUAH

Salam.
Agak lama juga tidak makan rojak buah. Sehinggalah semalam, baru dapat merasa kelazatan rojak buah. Tapi, rasanya rojak buah yg paling sedap 'buatannya', tentulah rojak buah buatan tangan Pak Amjal, di sebuah warung di Pantai Dalam, depan pintuk masuk UM. Entah ada ke lagi warung tu ?

Bagi yg tidak tahu, rojak buah ni bukan macam rojak yang biasa kita makan. Kalau di Sabah, yg dipanggil rojak tu adalah mee kuning rebus, dicampur dengan kuah kacang, telur, timun, ayam @ daging. Rojak buah ni pula ialah campuran buah-buahan spt jambu air, nenas, mangga, sengkuang, digaul dengan kuah kicap pedas. Rojak ni jadi sedap ikut la bila kuahnya sedap.

Sambil-sambil makan rojak buah tu, terkenang dengan perkembangan semasa yang berlaku dalam negara, dalam negeri, dalam kawasan & dalam kampung. Semenjak dua menjak ni, macam-macam perkara yang berlaku. Ada yang manis, masam, masin, ada juga yang pedas...macam rasa rojak buah juga.

Kalau mau diikut-ikut, pening kepala memikirkan...tapi jangan la difikir sampai pening, kan. Nanti kena high blood, siapa juga yang susah ? Sendiri mau ingat la. Kita fikir la sendiri...kita fikir la juga ikut mana patut. Nanti kalau kita tidak ikut memikir, bersalah juga kita nanti kalau apa-apa hal berlaku.
Ibarat rojak buah, kalau mau sedap, kasi sedap la kuahnya. Tapi kalau mulut, macam orang cakap, macam mulut kucing, jangan kasi pedas sangat. Satu ingatan: Kalau rasa ada banyak penyakit, macam gout, jangan banyak makan rojak buah. Bahaya!!!

Wednesday, August 6, 2008

JOM KE PERMATANG PAUH!!!

Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) telah menetapkan tarikh pilihanraya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh, sebentar tadi. Penamaan calon pada 16 Ogos 2008, jika ada pertandingan, pengundian akan dijalankan pada 26 Ogos 2008.
Pilihanraya kali ini pasti akan menjadi pilihanraya paling sengit dalam sejarah pilihanraya negara kita. Datuk Seri Anwar Ibrahim, pasti akan menjadikan kerusi ni sebagai platform untuk kembali ke arus perdana politik negara. Sambil menjadikan kerusi ni sebagai pertaruhan untuk menyelamatkan karier politik beliau selepas tuduhan liwat mengaibkan oleh pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari, bulan lalu.
Bagi Barisan Nasional, khususnya UMNO, pilihanraya ini juga sangat penting untuk membuktikan bahawa UMNO masih relevan sebagai wadah memperjuangkan untung nasib orang Melayu. Penting kepada Barisan dan UMNO untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia, bahawa BN/UMNO masih kekal wujud, selepas ditimpa tsunami politik dalam PRU yang lalu.
Di atas kertas, PKR dengan majoriti besar melebihi 13000, akan mudah menang dengan selesa. Apatah lagi, calon yang akan dipertaruhkan adalah ayam sabung yang sudah dikenali oleh penduduk Permatang Pauh. Namun, dalam politik segalanya berkemungkinan. Siapa tahu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula di Permatang Pauh, berakhir juga di sana...kita tengok siapa yang kena !!!

Sunday, August 3, 2008

KISAH PERSIDANGAN CAWANGAN

Ada pelbagai cerita, berita, khabar yg kedengaran berkaitan persidangan cawangan Umno yg sedang rancak berjalan di seluruh negara ( kecuali Sarawak ), ketika ini. Mendengarnya, pelbagai rasa juga wujud: sedih, kecewa, gelihati dsb.
Mungkin apa yg diutarakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Exco Pemuda Umno Malaysia, merangkap MP Jerlun, ada kebenarannya. Wajar juga, kenyataan beliau ini diberi perhatian oleh setiap peringkat ahli parti.
Kekadang, timbul juga persoalan di benak fikiran : Apakah setiap ahli Umno sudah hilang harga diri hingga sanggup dinilai maruah dan apa yg dipanggil perjuangan, dengan wang ringgit? Entahlah....
*******************************************************************************
Saya mungkin tiada peluang - Mukhriz
02/08/2008 4:26pm

JITRA 2 Ogos - Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, gejala politik wang dan penyelewengan yang didakwanya berlaku dalam pemilihan peringkat cawangan Pemuda mampu menutup peluangnya untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan itu pada pemilihan Disember ini.
Malah beliau yang sebelum ini optimis mengenai peluangnya bertanding jawatan tersebut, tidak lagi yakin untuk mendapat jumlah pencalonan mencukupi ekoran amalan tidak sihat tersebut yang didakwanya berlaku di seluruh negara.
Berdasarkan keadaan itu, jelasnya, hanya `keajaiban’ yang membolehkan beliau mendapat jumlah pencalonan mencukupi untuk bertanding memandangkan kubu-kubu kuatnya turut goyang akibat gejala berkenaan.
''Dalam keadaan gejala rasuah politik yang sedang berleluasa dalam negara kita sekarang ini, keyakinan saya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda terhakis.''Kalau amalan ini dibiarkan berlaku pada masa ini, saya tidak yakin akan mendapat cukup pencalonan,'' katanya selepas bermesyuarat dengan ahli-ahli UMNO Cawangan Jitra di sini hari ini.

Semalam, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun mendakwa terdapat penyelewengan dalam pemilihan di peringkat cawangan Pemuda UMNO di seluruh negara.
-Utusan

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin