Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) telah menetapkan tarikh pilihanraya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh, sebentar tadi. Penamaan calon pada 16 Ogos 2008, jika ada pertandingan, pengundian akan dijalankan pada 26 Ogos 2008.
Pilihanraya kali ini pasti akan menjadi pilihanraya paling sengit dalam sejarah pilihanraya negara kita. Datuk Seri Anwar Ibrahim, pasti akan menjadikan kerusi ni sebagai platform untuk kembali ke arus perdana politik negara. Sambil menjadikan kerusi ni sebagai pertaruhan untuk menyelamatkan karier politik beliau selepas tuduhan liwat mengaibkan oleh pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari, bulan lalu.
Bagi Barisan Nasional, khususnya UMNO, pilihanraya ini juga sangat penting untuk membuktikan bahawa UMNO masih relevan sebagai wadah memperjuangkan untung nasib orang Melayu. Penting kepada Barisan dan UMNO untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia, bahawa BN/UMNO masih kekal wujud, selepas ditimpa tsunami politik dalam PRU yang lalu.
Di atas kertas, PKR dengan majoriti besar melebihi 13000, akan mudah menang dengan selesa. Apatah lagi, calon yang akan dipertaruhkan adalah ayam sabung yang sudah dikenali oleh penduduk Permatang Pauh. Namun, dalam politik segalanya berkemungkinan. Siapa tahu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula di Permatang Pauh, berakhir juga di sana...kita tengok siapa yang kena !!!
2 comments:
biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.takkan seorang ustaz nak doakan yang tak elok pulak...
salam ustaz, apa khabar....
Bagi saya biar DSAI menang..supaya dia boleh masuk parlimen...baru kita boleh debat depan-depan...
Maaflah saya tak ke Permatang Pauh....setakat hantar wakil jerlah... selamat berjuang...
Post a Comment