Search This Blog

Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Thursday, March 26, 2009

Sekadar Ucapan Tahniah!


Salam,

Diucapkan TAHNIAH
kepada para pemenang jawatan dalam sayap Umno:
Pemuda, Wanita & Puteri Umno Malaysia.

Didoakan semoga amanah yang diberikan perwakilan ini akan dapat dipikul dengan jayanya, demi kelangsungan Umno, demi perjuangan Agama, Bangsa dan Negara!

Pemuda : Sdr. Khairy Jamaludin & Datuk Razali Ibrahim

Wanita : DS Sharizat Jalil & Datuk Kamilia Ibrahim

Puteri : YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin & Pn. Shanim Yusof

serta semua Exco.

**************

Ucapan Tahniah Istimewa untuk
Sdr. Jamawi Jaafar & Sdr. Lokman Nor Adam ( Pemuda ),
Datuk Hajah Azizah DSP Mohd Dun ( Wanita ) dan
Pn. Dg Maimunah Sidek ( Puteri ).

" Pulau Labuan Tidak Berbukit
Hanya Berbukit Di Batu Arang
Jasa Tuan Bukan Sedikit
Dari Dahulu Sampai Sekarang"

Friday, December 26, 2008

Camana nak buat ni ?

Salam,

Di Bahagian Batu Sapi, Sandakan, Pergerakan Wanita Umno bahagian tersebut sekarang mempunyai dua Ahli Jawatankuasa.

AJK yg ptama, diketuai oleh Pn. Naimah Minding, selepas menang pada pemilihan pada 8 November lepas.

AJK kedua pula diketuai oleh penyandang(?) jawatan, Pn. Jamaiyah Hj Sapawi yg menang pd pemilihan pd 13 Disember lalu. Pn Jamaiyah dlm mesyuarat ptama tewas, tp menang pd mesyuarat kedua.

Dilaporkan, Pn Naimah bukan sahaja tidak hadir pada mesyuarat kedua yg menyaksikan dia tewas, malahan tidak mengiktiraf mesyuarat tersebut. Beliau masih menganggap dirinya sebagai Ketua Wanita Umno Bahagian Batu Sapi.

Psoalan timbul, jika benar mesyuarat ptama pd 8 November tidak sah, bagaimana status 10 perwakilan wanita yg hadir pd mesyuarat Umno Bahagian pd 9 November ? Mungkin Lembaga Displin ada jawapan...

Ini mungkin sejarah, satu bahagian ada dua ketua wanita...So, camana kita nak buat?

Saturday, November 22, 2008

Sudah-sudahlah Tu Makcik !

Makcik Pidah,

Makcik kan sudah bjanji akan serahkan jawatan tu untuk Kak Ijat kita. Apa pasal pulak Makcik nak ptahankan jawatan tu lagi bulan Mac nanti. Ketara betul makcik ni mungkir janji dan gila kuasa!

Makcik pun sudah lama duduk di situ, wanita ( dan lelaki juga ) mcm dah mluat dgn makcik yg terus menerus nak pegang jawatan tu. Apa makcik tak sedar diri ka, yang umur makcik tu dah 65 th. Sudah-sudahlah tu Makcik.

Bagilah peluang Kak Ijat kita dgn Kak Milia kita pula mengemudi wanita Malaya ni. Makcik tak pcaya dgn durang ka ? Ya la, kalau makcik tak nak bagi peluang, sampai bila tcongok la makcik kat situ.

Nanti kalau makcik kalah, sapa yg malu, tentulah makcik dgn keluarga makcik akan malu. Nampak gayanya mcm tiada harapan makcik menang. Kak Ijat kita tu mcm banyak nak sokong dia untuk perubahan dan pembaharuan wanita.

Pak Jib kita pun khabarnya tak nak tolong makcik. Presiden, Tim. Presiden, Naib Presiden, Pemuda, Puteri semua dah nak berubah. Takkanlah wanita pula masih muka lamaaaaa, yg dah lama pun!

Sudah-sudahlah tu makcik. Bawaklah istighfar, tenangkan fikiran. Orang tua ni mlalut sikit. Dulu kata nak serah, tak nak lagi, rupanya jauh disudut hati nak lagi bgayut. Contohilah Tun M dan Pak Lah, yg bhenti ketika nama harum dan signal dah kena bagi.

Untuk wanita Malaya, kalau makcik ni degil juga, kita kuburkan ajalah riwayat dia. Dia yg nak gitu, kalah dlm pmilihan. Susah sangat!

Friday, November 21, 2008

Sah ! Ada Lawan...

Canteeeek...macam tu la yg kita mau, yg kita tunggu2. Lawan jgn tak lawan !

Makcik Pidah kita ni sudah lama duduk situ, sampai masanya untuk dia b'undur, bg chance org lain pula duduk situ. Mana boleh kita dengar mulut laser dia aja, nak juga kita dengar suara Datuk Seri.

Ni mcm nak lagi duduk situ utk 3 bulan, alasan utk perpaduan wanita, tidak munasabah sungguh! Mcm ada hati nak jadi Menteri lagi ka?

Datuk Seri pula, bila duduk situ, jgn lama sangat sampai bkurun, sampai masa bagi la org lain pulak. Bg chance org lain juga, klu tidak nanti Datuk Seri pun kena tolak mcm Makcik Pidah kita.

Satu lagi, cuba Datuk Seri 'nasihatkan' kawan2 kita tu supaya tutup aurat, kalau nak pakai tudung tu jgn la nampak jambul. Buat malu ja dgn anak2 kita yg elok pakai tudung. Ada tu pangkat nenek sudah, masih perasan sweet 17!

Ops sorry Datuk...bukan nak menyindir, Datuk tu pun pakai la elok2!

Tuesday, November 18, 2008

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Spitang Kecoh

Aku baru ja tbaca kisah ni di SabahDaily, agak tlambat tp aku rasa penting jg utk dikongsi dgn pbaca blog aku ni - sebagai renungan kita semua. Soalan cepumas : Kenapalah agaknya semua ni tjadi ?

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Sipitang kecoh

SIPITANG: Mesyuarat Persidangan Per-wakilan Wanita Umno Bahagian Sipitang di Dewan SMK Sipitang II kecoh apabila hampir dua ratus perwakilan berpusu-pusu me-ninggalkan dewan untuk memulaukan mes-yuarat setelah usul menangguhkan mes-yuarat perwakilan itu yang dibentangkan oleh salah seorang perwakilan dihalang.

Selepas menyaksikan usul yang cuba disampaikan oleh perwakilan itu dihalang menyebabkan Ketua Cawangan Lumadan yang juga Exco Pergerakan wanita Umno Pusat Datuk Dg Mahani Pg Hj Ahmad Raffae naik ke pentas dan cuba menerangkan kepada pengerusi dan mempertahankan hak setiap perwakilan untuk mengemukakan usul itu juga turut dihalang.

Keadaan semakin kecoh apabila perwakilan yang terbabit dan Mahani yang tidak sempat mengemukakan usul diarahkan turun dan keluar meninggalkan dewan. Dianggarkan hampir dua ratus perwakilan berpusu-pusu turut keluar bersama Mahani.

Melihat keadaan itu petugas-petugas telah menutup pintu dan tidak membenarkan perwakilan keluar tetapi ramai dari kalangan perwakilan itu mendesak dengan pekikan supaya pintu dibuka dan ketika itu pertengkaran dan pergaduhan terus berlaku.
Keadaan di luar dewan juga semakin tegang dan hangar-bingar dengan pekikan perwakilan yang tidak berpuas hati yang turut membabitkan suami-suami kepada perwakilan dari luar pagar dewan dengan beberapa pihak dari bahagian da-lam dewan.

Mahani ketika ditemui oleh wartawan selepas membuat laporan polis di IPD Sipitang berkata selepas perasmian mesyuarat, perwakilan iaitu Ketua cawangan Kg Buang Sayang Sipitang Ha-simah Ahmad cuba membentangkan usul supaya mesyuarat Agung Pergerakan Wanita Umno itu ditangguhkan atas alasan 59 cawangan yang membabitkan 177 perwakilan perlu dimesyuarat-kan kerana ada bukti yang mendapati bahawa cawangan-cawangan tersebut tidak bermesyuarat mengikut prosedur.
“Belum pun sempat perwakilan itu mengemukakan usul tiba-tiba beberapa pihak telah naik ke pentas menghalau perwakilan itu keluar dan menghalang daripada usul itu dibacakan untuk dikemukakan kepada persidangan,” dakwa Dg Mahani.
Beliau berkata usul supaya mesyuarat perwakilan itu perlu ditangguhkan untuk membolehkan 59 cawangan bermesyuarat semula kerana kebanyakan ketua cawangan membuat aduan mereka tidak ada mengadakan mesyuarat.
“Mereka memberitahu hanya diarah menandatangani borang mesyuarat, bahkan mereka sendiri tidak tahu siapa pengerusi tetap, setiausaha dan siapa yang dicalonkan dalam pemilihan Jawatankuasa Pergerakan Wanita,” katanya.
Beliau mendakwa kebanyakan mesyuarat cawangan dijalankan secara atas meja saja dan ini bermakna jawatankuasa bahagian itu tidak boleh menjalankan mesyuarat agung pada hari ini kerana kebanyakan perwakilan yang hadir adalah tidak sah.
“Kebanyakan ketua-ketua cawangan hanya diberi borang oleh beberapa orang dari AJK Wanita dan memaksa ketua-ketua cawangan menandatangani borang tersebut,” dakwanya lagi. “Kita bukan hendak membuat kacau dalam dewan tetapi mahu mengemukakan usul supaya mesyuarat itu ditangguhkan berdasarkan kepada alasan-alasan tadi, tetapi sayang sekali usul kita dihalang sedangkan usul yang dikemukakan itu adalah mengikut perlembagaan parti,” katanya.

Beliau berkata usul itu dihalang dan sebaliknya diarah agar dikemukakan selepas mes-yuarat sedangkan usul ini adalah mendesak dan memerlukan perhatian segera untuk dibahaskan. “Ini adalah hak kita sebagai ahli dan apa yang kita lakukan adalah termaktub dalam perlembagaan Umno sebelum mesyuarat boleh dija-lankan,” jelasnya

Mahani juga berkata banyak yang perlu dan akan dibongkar bagaimana pihak-pihak tertentu telah melakukan perkara ini dan perbuatan ini telah menunjukkan tiada amalan demokrasi sebagaimana yang dilaung-laungkan. Beliau mendakwa ada pihak tertentu berusaha menghalang ketua-ketua cawangan daripada mencalonkan beliau untuk bertanding sebagai Ketua Wanita Umno Bahagian.

“Saya juga rasa tidak puas hati kerana pembabitan orang luar yang tidak ada kena mengena dalam mesyuarat itu juga dilihat terlibat naik ke atas pentas menghalang semasa usul cuba dibaca dan dikemukakan,” dakwa Mahani. Beliau berkata laporan dan bantahan akan dikemukakan kepada Umno Negeri dan pusat daripada cawangan-cawangan supaya perkara dan insiden ini disiasat kerana mahu pemilihan ini dijalankan secara telus yang bermula dari peringkat akar umbi demi kebaikan parti.

Semantara itu Ketua Polis Daerah Sipitang DSP Jamaluddin Ali ketika dihubungi berkata mengesahkan menerima aduan itu dan pihak polis akan menjalankan siasatan.
“Polis sudah menerima laporan itu daripada pengadu dan seperti biasa pihak polis akan menjalankan siasatan,” katanya —
NewSabahTimes

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin