Search This Blog

Loading...

Tuesday, November 18, 2008

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Spitang Kecoh

Aku baru ja tbaca kisah ni di SabahDaily, agak tlambat tp aku rasa penting jg utk dikongsi dgn pbaca blog aku ni - sebagai renungan kita semua. Soalan cepumas : Kenapalah agaknya semua ni tjadi ?

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Sipitang kecoh

SIPITANG: Mesyuarat Persidangan Per-wakilan Wanita Umno Bahagian Sipitang di Dewan SMK Sipitang II kecoh apabila hampir dua ratus perwakilan berpusu-pusu me-ninggalkan dewan untuk memulaukan mes-yuarat setelah usul menangguhkan mes-yuarat perwakilan itu yang dibentangkan oleh salah seorang perwakilan dihalang.

Selepas menyaksikan usul yang cuba disampaikan oleh perwakilan itu dihalang menyebabkan Ketua Cawangan Lumadan yang juga Exco Pergerakan wanita Umno Pusat Datuk Dg Mahani Pg Hj Ahmad Raffae naik ke pentas dan cuba menerangkan kepada pengerusi dan mempertahankan hak setiap perwakilan untuk mengemukakan usul itu juga turut dihalang.

Keadaan semakin kecoh apabila perwakilan yang terbabit dan Mahani yang tidak sempat mengemukakan usul diarahkan turun dan keluar meninggalkan dewan. Dianggarkan hampir dua ratus perwakilan berpusu-pusu turut keluar bersama Mahani.

Melihat keadaan itu petugas-petugas telah menutup pintu dan tidak membenarkan perwakilan keluar tetapi ramai dari kalangan perwakilan itu mendesak dengan pekikan supaya pintu dibuka dan ketika itu pertengkaran dan pergaduhan terus berlaku.
Keadaan di luar dewan juga semakin tegang dan hangar-bingar dengan pekikan perwakilan yang tidak berpuas hati yang turut membabitkan suami-suami kepada perwakilan dari luar pagar dewan dengan beberapa pihak dari bahagian da-lam dewan.

Mahani ketika ditemui oleh wartawan selepas membuat laporan polis di IPD Sipitang berkata selepas perasmian mesyuarat, perwakilan iaitu Ketua cawangan Kg Buang Sayang Sipitang Ha-simah Ahmad cuba membentangkan usul supaya mesyuarat Agung Pergerakan Wanita Umno itu ditangguhkan atas alasan 59 cawangan yang membabitkan 177 perwakilan perlu dimesyuarat-kan kerana ada bukti yang mendapati bahawa cawangan-cawangan tersebut tidak bermesyuarat mengikut prosedur.
“Belum pun sempat perwakilan itu mengemukakan usul tiba-tiba beberapa pihak telah naik ke pentas menghalau perwakilan itu keluar dan menghalang daripada usul itu dibacakan untuk dikemukakan kepada persidangan,” dakwa Dg Mahani.
Beliau berkata usul supaya mesyuarat perwakilan itu perlu ditangguhkan untuk membolehkan 59 cawangan bermesyuarat semula kerana kebanyakan ketua cawangan membuat aduan mereka tidak ada mengadakan mesyuarat.
“Mereka memberitahu hanya diarah menandatangani borang mesyuarat, bahkan mereka sendiri tidak tahu siapa pengerusi tetap, setiausaha dan siapa yang dicalonkan dalam pemilihan Jawatankuasa Pergerakan Wanita,” katanya.
Beliau mendakwa kebanyakan mesyuarat cawangan dijalankan secara atas meja saja dan ini bermakna jawatankuasa bahagian itu tidak boleh menjalankan mesyuarat agung pada hari ini kerana kebanyakan perwakilan yang hadir adalah tidak sah.
“Kebanyakan ketua-ketua cawangan hanya diberi borang oleh beberapa orang dari AJK Wanita dan memaksa ketua-ketua cawangan menandatangani borang tersebut,” dakwanya lagi. “Kita bukan hendak membuat kacau dalam dewan tetapi mahu mengemukakan usul supaya mesyuarat itu ditangguhkan berdasarkan kepada alasan-alasan tadi, tetapi sayang sekali usul kita dihalang sedangkan usul yang dikemukakan itu adalah mengikut perlembagaan parti,” katanya.

Beliau berkata usul itu dihalang dan sebaliknya diarah agar dikemukakan selepas mes-yuarat sedangkan usul ini adalah mendesak dan memerlukan perhatian segera untuk dibahaskan. “Ini adalah hak kita sebagai ahli dan apa yang kita lakukan adalah termaktub dalam perlembagaan Umno sebelum mesyuarat boleh dija-lankan,” jelasnya

Mahani juga berkata banyak yang perlu dan akan dibongkar bagaimana pihak-pihak tertentu telah melakukan perkara ini dan perbuatan ini telah menunjukkan tiada amalan demokrasi sebagaimana yang dilaung-laungkan. Beliau mendakwa ada pihak tertentu berusaha menghalang ketua-ketua cawangan daripada mencalonkan beliau untuk bertanding sebagai Ketua Wanita Umno Bahagian.

“Saya juga rasa tidak puas hati kerana pembabitan orang luar yang tidak ada kena mengena dalam mesyuarat itu juga dilihat terlibat naik ke atas pentas menghalang semasa usul cuba dibaca dan dikemukakan,” dakwa Mahani. Beliau berkata laporan dan bantahan akan dikemukakan kepada Umno Negeri dan pusat daripada cawangan-cawangan supaya perkara dan insiden ini disiasat kerana mahu pemilihan ini dijalankan secara telus yang bermula dari peringkat akar umbi demi kebaikan parti.

Semantara itu Ketua Polis Daerah Sipitang DSP Jamaluddin Ali ketika dihubungi berkata mengesahkan menerima aduan itu dan pihak polis akan menjalankan siasatan.
“Polis sudah menerima laporan itu daripada pengadu dan seperti biasa pihak polis akan menjalankan siasatan,” katanya —
NewSabahTimes

2 comments:

bungaraya said...

Apa hal ni Ustaz?
Puan Mahani tak silap saya salah seorang Exco Wanita UMNO Pusat. Yang sangat mengetahui bahawa UMNO masa kini sedang sakit Nazak. Kita kena selalu baca Yassin untuk mengetahui UMNO akan terus hiudp atau dipapah ke Liang kubur dalam PIRU ke 13 kelak. Dalam keadaan sedemikian, Wanita UMNO Sipitang dimana Dyg Mahani salah seorang ahlinya telah menimbulkan satu suasana yang tidak sepatutnya terjadi. Bergaduh sesama sendiri sedangkan PKR seronok memerhati dan mengatur langkah untuk menjahanamkan UMNO seluruh malaysia termasuk UMNO Bahagian Sipitang.
Saya simpati kepada DYG Mahani kerana beliau dan penyokong-penyokongnya diperlakukan dengan tidak adil oleh mungkin Pemimpin UMNO Bahagian. Tidak adakah kaedah yang lain selain hentam keromoh seperti dalam UMNO Bahagian Seremban ini? Pemimpin UMNO pusat hendaklah PEKA dengan senario seperti ini. Bukan sahaja UMNO Sipitang dan Seremban, malah terdapat banyak lagi UMNO Bahagian yang lain yang keadaannya seperti sama dengan 2 kes ini.
Saya mencadangkan agar UMNO Pusat membuat satu peraturan yang menjadikan Persidangan UMNO Bahagian sebagai KPI mementukan seseorang pemimpin UMNO itu layak atau tidak diangkat sebagai WakilRakyat atau Menteri dalam Malaysia.
Jika Bahagian merekapun boleh berlaku kecoh kerana kurang kebijaksanaan mentadbir, bagaimana pemimpin ini mau diangkat keperingkat yang lebih tinggi?

ustazSAID said...

Ana pun x tau apa sudah jadi ni, harap2 semua pihak sedar diri!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin