DS Tengku Adnan Tengku Mansor SUA Umno kata jangan cakap saja, bawa bukti.
Masalahnya kumpulan yg btindak menghalang pcalonan org lain dlm Umno ni bukan bangang @ bodoh. Durang pun cerdik juga, takkanlah siang-siang hari durang nak tunjuk durang nak halang TS Muhamad Taib @ Azalina @ Siapa2ntah, drpd dcalonkan. Yang blaku, proses halangan pcalonan blaku tp mau bukti...susah mau dbuktikan sebab proses itu blaku dalam suasana yg licin dan teratur.
Sebagai contoh, seorang Ketua Bahagian ingin mencadangkan TS Muhyidin sbg Tim. Presiden. Tetapi di kalangan sgelintir pwakilan ingin mencadangkan DS Ali Rustam @ TS Muhd Taib. Bila tiba masa mencadang, selepas nama TS Muhyidin dicadangkan, ada beberapa perkara blaku:
1. Ada orang lain mcadang nama lain tapi ditolak oleh Pengerusi Tetap.
2. Mungkin cadangan diterima, dibuat undian angkat tangan.
3. Dibantah angkat tangan, alasan urusetia tidak bsedia @ sudah lewat.
4. Pwakilan pun malas mau fikir lagi, lalu undi angkat tangan.
5. Mengira jumlah undi angkat tangan oleh AJK Bahagian...boleh diagak siapa yg menang?
Kes bgini DS susah mau dibuktikan dgn fakta. Mungkin di bahagian Putrajaya yg jumlah pwakilannya cuma seratus orang gitu tidak blaku, tapi bagaimana di bahagian lain, yg pwakilan mcecah 500-600 orang.
Cadangan: Proses mencadang untuk pemilihan Umno ni hendaklah dipermudahkan. Yang utama hapuskan sistem kouta. Mana-mana ruang yang boleh dimanipulasi oleh golongan yang bkuasa untuk mhalang cadangan org lain mesti ditutup. Tidak apalah kalau tpaksa meniru sistem parti lain @ mgunakn sistem spt pilihanraya.
Ada seorang kawan pernah btanya, kenapa dlm Umno sahaja, tetapi tidak pula kedengaran kes halangan pcalonan, politik wang dsb dlm parti lain mcm MCA @ Gerakan yg bermesyuarat baru-baru ni ? Tfikir, betul juga...agak-agak kenapa tu Datuk Seri SUA ?
No comments:
Post a Comment