Search This Blog

Loading...

Sunday, November 2, 2008

Kami Sokong Tan Sri!

Salam,

Berpolitik untuk peluang niaga atau berniaga untuk kepentingan politik? Yang mana satu betul, mungkin ibarat yang mana dulu, ayam atau telur. Kedua-duanya betul, bergantung kepada nawaitu empunya diri.

Namun, seperti kata Tan Sri Muhamad Muhd Taib, jika Umno terus dikuasai oleh konglomerat, korporat, kontraktor dsb akhirnya Umno akan jauh daripada golongan lain orang Melayu. Mungkin suatu hari nanti Umno akan menjadi satu kelab bagi ahli perniagaan...

Bab ni kami sokong Tan Sri, biarlah Umno dekat kepada semua peringkat orang Melayu dari kalangan guru, petani, peladang, pekebun kecil, kakitangan sokongan kerajaan dan swasta dan para pembesar serta ahli perniagaan.

Biar semua terlibat dan berperanan serta mengambil bahagian dalam perjuangan Umno, sama seperti pada mula Umno ditubuhkan dahulu. Atau mungkin juga politik wang berleluasa ini berkaitan dengan banyaknya wang para kontraktor ? Wallahu 'Alam.

No comments:

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin