Search This Blog

Loading...

Tuesday, November 25, 2008

Dua Berita 'Sedih' Pagi Ni...

Salam,

Dilaporkan ada dua berita sedih pagi ni.

Berita 1 - Di Peru, Tuan ( Bakal ) Presiden, DS Najib kata Sukar Kekang Politik Wang. Katanya, Tun Mahathir pun gagal mengatasi masalah ni. Ya la, kalau 22th bkuasa pun masih gagal, apa pula Tuan ( Bakal ) Presiden kita ni yg belum pun duduk lagi di situ. Cuma Datuk Seri, janganlah kecut perut, perkara ni mesti diatasi! Janganlah tunjuk lemah semangat dan serang org lain pulak. Sebagai bakal Presiden, Datuk Seri mesti 'kuat' menghadapi cabaran

Berita 2 - Di Mahkamah Sesyen, Puan Zaharah Jaafar dlm keadaan teresak-esak mengaku pecah amanah wang kutipan Pos sebanyak RM95,500.00 pd 18 Mei 2006. Dia mengaku 'Saya Terdesak' kerana membiayai belanja perubatan kanser pangkal rahim, selepas tiga kali dibedah kerana kanser payudara. Dilaporkan Hakim pun 'pening-pening lalat' nak buat hukuman. Terfikir, di mana agaknya Tabung Kebajikan Negara?

Soalan lain : Apakah ada kemungkinan para calon dan perwakilan Umno juga 'terdesak' dlm soal politik wang ni ? Ya la, para calon 'terdesak' memberi dan perwakilan pula 'terdesak' menerima dan meminta-minta!

3 comments:

bungaraya said...

Kadang kita terlalu percaya dengan fahaman yang dibawa oleh sarjana barat zaman dahulu seperti Aristotle, Karl Marx dan lain-lain lagi. Salah satu teori yang mereka bawa ialah berbunyi...Jika kita memberik banyak ruang kepada si kaya untuk menjadi pemimpin, atau jika kita mesti kaya terlebih dahulu baru boleh menjadi pemimpin?, bagaimana peluang untuk orang yang miskin? Ini mengikut mereka tidak berlaku keadilan......Maka kita terus memegang dengan teori sedemikian tanpa mempersoalkannya.
BETULKAH TEORI TERSEBUT?
Islam tidak pernah mengeluarkan teori seperti ini. Dan memberikan kebebasan miskin kaya jika ingin memimpin dalam sesebuah organisasi. Bagaimanapun islam mewajibkan kepada yang berkemampuan spt KAYA untuk menabur bakti kepada semiskin. Samada dalam bentuk Zakat maupun sedekah dan derma. Dan gunakan kekayaan tersebut ke jalan yang diredaai oleh Allah SWT.

Walaupun bagaimana sengsara sekalipun, perbuatan yang terlarang hendaklah dihindari. Dalam kepimpinan, penggunaan wang sangat mustahak. Kepada yang miskin dan sudah tentu kekurangan wang, hanya kebijaksanaan menjadi aset utama.

Perkara Rasuah dan penyelewengan, samada Islam maupun Sarjana barat, kedua nya sangat tidak bersetuju dengan amalan tersebut.

ustazsaid said...

Agak sukar jg menentukan, adakah pemimpin bsalah kerana mbudayakn memberi wang atau pengikut salah meminta-minta. Tangan klu btepuk sebelah mana mgkin bbunyi!

datukshaifulkamal said...

Saya difahamkan sebab-sebab Mahathir begitu bersungguh-sungguh bercakap mengenai politik wang dalam UMNO ialah beliau hendak memerangkap calon-calon Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda yang tak sehaluan dengan dia.

Adakah Mahathir lupa bahawa pada zaman dialah politik wang hidup subur. Kita tak payah jadi hipokrit dengan mengatakan Mahathir tak tahu tentang politik wang. Semua orang tahu. Sekarang dia hendak menggunakan politik wang untuk menyingkirkan pemimpin umno yang tak disukainya. Begitulah liciknya politik Mahathir.

Khabarnya juga, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Tengku Ahmad Rithaudeen akan menghukum siapa saja yang ditunjuk oleh Mahathir. Beliau mempunyai sejarah yang cukup panjang dengan Mahathir dan Najib atau Pak Lah tak dapat mengawalnya.

Tunggulah siapakah yang akan dihukum oleh Mahathir melalui Ahmad Rithaudeen. Saya difahamkan ada tiga nama dalam senarai hitam Mahathir dan dia akan menggunakan Lembaga Disiplin UMNO untuk memusnahkan mereka.

Tentunya oramg itu bukan Mukhriz Mahathir!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin