Search This Blog

Thursday, November 6, 2008

Tanya Sikit ?...

Senarionya bgini....

Alkisah di sebuah kampung bernama Kg. Tampar, tidak berapa lama dahulu, Ketua Kg bernama KK Usa telah diminta melucutkan jawatannya atas alasan moral. KK Usa ni kedapatan berhutang dengan Mr. AhChai selepas kalah main katam-katam. Dia diminta mengosongkan jawatannya untuk menjaga nama baik Kg Tampar, apatah lagi hutangnya bukan sdikit...7.1 juta dinar.

Selama itu, timbalan KK Usa bernama Pakcik Mihar telah memangku jawatan KK Kg. Tampar. Selama beberapa hari dan bulan serta tahun, Pakcik Mihar ni berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan jayanya. Tidak juga kedengaran komplen orang kampung disana-sini...

Baru-baru ini, apabila tiba musim pemilihan, ex-KK Usa kembali menwarkan diri untuk berkhidmat kepada masyarakat katanya. Dia menandingi kembali Pakcik Mihar, dan disebut-sebut ex-KK Usa ni berpeluang menang.

Soalnya, ex-KK Usa ni masih bhutang dgn Mr. AhChai dan isu moral yg menyebabkan dia meletakkan jawatan dahulu pun belum selesai lagi. Lagipun orang Kg Tampar dan serata kg lain btanya, duit siapa dia main duli sbegitu banyak. Sudah ditanya kelayakannya kepada Badan Pengawas Kampung, disahkan ex-KK Usa ni layak bertanding.

Sabtu ini, sah ex-KK Usa akan berlawan dgn Pakcik Mihar merebut jawatan Ketua Kampung Kg. Tampar. Kesiannya Pakcik Mihar, dulu dia memangku jawatan KK, bsusah payah menghidupkan Kg Tampar. Kini dia bakal kehilangan jawatan KK, yg sedihnya kepada ex-KK yg masih terpalit arang berlumur lumpur...

Sebagai rakyat Malaysia, apa pandangan anda kepada ex-KK Usa dan Pakcik Mihar ni ?

( katam-katam = sejenis pmainan judi popular di Sabah )

4 comments:

Anonymous said...

-Abahaikal05
Pada pendapat saya walaupun kk Usa boleh bertanding janganlah menaruh harapan untuk dia jadi baik kalau boleh bagilah peluang pada pakcik Mihar yang sudah berjaya membuktikan kebolehan pada rakyatnya.Takut nanti kalau KK Usa menang pisang akan berbuah dua kali.......?

Anonymous said...

fffffff

Anonymous said...

vvvvvv

USD said...

Abahaikal05,masalahnya Pakcik Mihar mungkin kalah, KK Usa pun bukan calang orang ditambah lagi dinar2 musim sekarang bterbangan, org kg pula tkezut bjumpa dinar, mana lagi dpt bfikir...

Anon 4;47 & 4:50
Klu mau tdur jgn buka blog...heheh

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin