Search This Blog

Sunday, September 22, 2013

Alhamdulilah dan Terima Kasih...



Salam,

Selepas menyerahkan borang pencalonan untuk menawarkan diri berkhidmat di Pergerakan Pemuda Umno Sipitang di Pejabat Umno Sabah kelmarin, Alhamdulilah sehingga proses pendaftaran ditutup, didapati tidak berlaku pertandingan untuk dua jawatan utama Pemuda. Malahan, kecuali untuk jawatan Naib Ketua Bahagian, jawatan utama lain di Bahagian, Wanita dan Puteri juga menyaksikan tidak berlaku pertandingan.

Syukur kepada Allah, terima kasih kepada YB Datuk Sapawi Ahmad, Tn Hj Hafez Yamani DSP Musa dan semua pihak khususnya ahli Pergerakan Pemuda Umno Sipitang yang memberi kepercayaan untuk mengisi jawatan Naib Ketua Pemuda. Sesungguhnya sokongan ini menjadi amanah dan tanggungjawab untuk dilaksanakan dalam usaha membantu saudara Ketua Pemuda memantapkan pemuda Umno Sipitang.

Terima kasih juga kepada sahabat, rakan dan kenalan dan saudara-mara yang turut mendoakan kejayaan ini. Kejayaan ini Insya Allah akan dijadikan pemangkin untuk terus menabur bakti kepada masyarakat, dalam usaha perjuangan membela agama, bangsa dan tanahair. Khususnya dalam perjuangan memantapkan sokongan anak muda dan belia kepada parti menjelang pilihanraya akan datang.

Tahniah juga diucapkan kepada Presiden, Tim. Presiden, YB Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, di Bahagian Sipitang -YB Datuk Ketua Bahagian, YB Datuk Tim. Ketua Bahagian, Ybhg Datuk Ketua Wanita, Naib Ketua Wanita, Saudara Ketua Pemuda, Ketua dan Naib Ketua Puteri...yang menang tanpa dicabar kali ini. 

Ya Allah Engkau bimbinglah hambaMu yang kerdil ini menjadi pemimpin yang berguna. Berikanlah hambaMu yang kecil ini kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Anugerahkanku Ya Allah hidayah dalam perjuangan dan ampun dosaku dalam setiap kesalahan dan kesilapan....


No comments:

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin