Search This Blog

Showing posts with label Osu. Show all posts
Showing posts with label Osu. Show all posts

Sunday, November 9, 2008

Sudah Dapat Jawapan...

Kemarin, seperti yg diketahui umum, Pakcik Mihar berjaya mengesahkan kedudukannya sebagai Ketua Kg. Tampar. Pakcik Mihar menang dlm pemilihan tersebut dgn mengalahkan lawannya ex-KK Usa, dgn majoriti 33 undi.
Kemenangan Pakcik Mihar walaupun tipis tp cukup bermakna. Setelah bkorban memajukan Kg Tampar, dilawan oleh mantan KK dan peluang yg kecil utk menang, ketika org lain menaruh harapan kepada ex-KK Usa, tentulah kemenangan Pakcik Mihar sesuatu yg sgt bmakna.

Tabik juga kpd penduduk Kg Tampar yg telah menunjukkan pemilihan yg tepat. Pilihan kpd Pakcik Mihar bererti isu moral masih menjadi perkiraan utama kpd penduduk kg. Maksudnya, penduduk Kg Tampar masih ada harga diri...menolak pemimpin yg 'suci dlm debu'

Kepada Pakcik Mihar, dgn kemenangan ini maka jalankanlah tugas mentadbir Kg Tampar dgn penuh tanggungjawab dan berkhidmatlah dgn amanah. Penting sekali, jgn diulangi kesilapan ex-KK Usa yg menyebabkan dia kehilangan jawatan. Lagi pun malulah dgn orang kampung bhutang jutaan dinar sebab kalah main judi....

*********************

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DATUK RAHIM ISMAIL YG MENANG DI PAPAR!

Thursday, November 6, 2008

Tanya Sikit ?...

Senarionya bgini....

Alkisah di sebuah kampung bernama Kg. Tampar, tidak berapa lama dahulu, Ketua Kg bernama KK Usa telah diminta melucutkan jawatannya atas alasan moral. KK Usa ni kedapatan berhutang dengan Mr. AhChai selepas kalah main katam-katam. Dia diminta mengosongkan jawatannya untuk menjaga nama baik Kg Tampar, apatah lagi hutangnya bukan sdikit...7.1 juta dinar.

Selama itu, timbalan KK Usa bernama Pakcik Mihar telah memangku jawatan KK Kg. Tampar. Selama beberapa hari dan bulan serta tahun, Pakcik Mihar ni berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan jayanya. Tidak juga kedengaran komplen orang kampung disana-sini...

Baru-baru ini, apabila tiba musim pemilihan, ex-KK Usa kembali menwarkan diri untuk berkhidmat kepada masyarakat katanya. Dia menandingi kembali Pakcik Mihar, dan disebut-sebut ex-KK Usa ni berpeluang menang.

Soalnya, ex-KK Usa ni masih bhutang dgn Mr. AhChai dan isu moral yg menyebabkan dia meletakkan jawatan dahulu pun belum selesai lagi. Lagipun orang Kg Tampar dan serata kg lain btanya, duit siapa dia main duli sbegitu banyak. Sudah ditanya kelayakannya kepada Badan Pengawas Kampung, disahkan ex-KK Usa ni layak bertanding.

Sabtu ini, sah ex-KK Usa akan berlawan dgn Pakcik Mihar merebut jawatan Ketua Kampung Kg. Tampar. Kesiannya Pakcik Mihar, dulu dia memangku jawatan KK, bsusah payah menghidupkan Kg Tampar. Kini dia bakal kehilangan jawatan KK, yg sedihnya kepada ex-KK yg masih terpalit arang berlumur lumpur...

Sebagai rakyat Malaysia, apa pandangan anda kepada ex-KK Usa dan Pakcik Mihar ni ?

( katam-katam = sejenis pmainan judi popular di Sabah )

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin