Search This Blog

Loading...

Friday, December 26, 2008

Camana nak buat ni ?

Salam,

Di Bahagian Batu Sapi, Sandakan, Pergerakan Wanita Umno bahagian tersebut sekarang mempunyai dua Ahli Jawatankuasa.

AJK yg ptama, diketuai oleh Pn. Naimah Minding, selepas menang pada pemilihan pada 8 November lepas.

AJK kedua pula diketuai oleh penyandang(?) jawatan, Pn. Jamaiyah Hj Sapawi yg menang pd pemilihan pd 13 Disember lalu. Pn Jamaiyah dlm mesyuarat ptama tewas, tp menang pd mesyuarat kedua.

Dilaporkan, Pn Naimah bukan sahaja tidak hadir pada mesyuarat kedua yg menyaksikan dia tewas, malahan tidak mengiktiraf mesyuarat tersebut. Beliau masih menganggap dirinya sebagai Ketua Wanita Umno Bahagian Batu Sapi.

Psoalan timbul, jika benar mesyuarat ptama pd 8 November tidak sah, bagaimana status 10 perwakilan wanita yg hadir pd mesyuarat Umno Bahagian pd 9 November ? Mungkin Lembaga Displin ada jawapan...

Ini mungkin sejarah, satu bahagian ada dua ketua wanita...So, camana kita nak buat?

No comments:

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin