Piala AFF : Vietnam 3 Malaysia 2
Rasa malas nak tulis, nak komen pasal bolasepak Malaysia ni. Tp kerana dah tlanjur menonton aksi lembik pasukan negara td, rasa nak ‘tmuntah’ tu biarlah diluahkan disini.
Apa yg mbezakan pasukan negara dgn Vietnam ialah permainan dan kesungguhan. Ketika Vietnam mempamerkan permainan menarik, kemas dan menghiburkan, pasukan kita pula seperti tiada arah. Sekejap mjadi spt England dgn larian sayap, sekejap spt ’Brazil’ samba yg tidak mjadi, sekejap mjadi spt tah apa-apa tah!
Beza pemain kita dgn pemian Vietnam pula ialah kesungguhan. Dgn saiz yg yg lebih kurang sama, pemain Vietnam lebih pantas dan nampak lebih bsungguh-sungguh. Pemain kita pula lebih dilihat spt seorang selebriti, gaya artis gitu. Ronaldinho dan Beckham bgaya juga melalui rambut namun selepas durang dikenali di seluruh dunia.
Hairannya, kalau di England pemain negara mereka didominasi pemain drd kelab tnama spt MU, Liverpool, Chelsea, Arsenal dsb. Tp di Malaysia, pemain Kedah – sbg pasukan top ketika ini - cuma ada Helmi Heliza Alias ( pjaga gol paling lawak dlm dunia ? ), dan Khril Muhaymeen sbg gantian.Yg lain drpd kelab bawahan.
Kalau la aku coach ( konon ganti Sathianathan yg blum ‘layak’ jtu ) pemain spt Zaidil Aquan, Amirul Hadi, Hairudin Omar, Helmi Alias tu memang tidak merasalah menyarung jersi negara – yg tidak cantik tu. Ada blambak lagi pemain yg boleh diketengahkan. FAM tolonglah cari jurulatih bkaliber, lepas tu bagilah dia masa memajukan bolasepak kita. Janganlah harap merubah bolasepak kita dlm masa 1-2 tahun, lepas tu ganti la pula.Sampai ke sudah kerja kita btukar jurlatih aja, bola kita macam tu juga…
Rasanya pemimpin dan pegawai FAM kena pegi Thailand, belajar mcmana cara durang majukan bola durang. Atau, belajar drpd Vietnam, negara yg pulih dari peperangan, boleh kalahkan pasukan kita. Atau rombaklah sekali lagi FAM, biarlah bola dipimpin oleh orang yg ‘faham’ dgn bola atau bekas pemain, bukan oleh ‘orang polo’.
Nak juga dengar apa pula alasan FAM kali ni….
Search This Blog
Monday, December 8, 2008
BENCANA DI SARAKUL, THAILAND!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
walaupun sukar, namun saya optimis dengan perubahan pasukan bolasepak negara pada masa hadapan. itupun jika kita sanggup ketepikan diskriminasi dan politik dalam sukan.
Post a Comment