Search This Blog

Loading...

Saturday, December 20, 2008

PPSMI : GPMS SOKONG DIHENTIKAN

Salam,

GPMS dalam Persidangan Agung Tahunan Kali Ke-54, setelah dibahaskan dengan cukup 'hangat', dan selepas dilakukan pengundian, bersetuju untuk menyokong supaya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ), dihentikan menjelang tahun 2010.

Keputusan GPMS ini amat bersesuaian dengan pandangan pelbagai pihak, termasuk NGO, blogger dan kajian pakar yg menunjukkan kelemahan dasar ini selepas dilaksanakan lebih kurang 6 tahun lalu.

Secara peribadi, saya berpendapat PPSMI ni niatnya 'baik' tetapi banyak perkara yg perlu 'diperbaiki'. Tujuan untuk mbaiki penguasaan BI di kalangan pelajar Melayu, tbantut dengan pelaksanaan yg agak tgesa-gesa, dengan psediaan yg kurang rapi sehingga blaku guru mengajar sains dan matematik dalam bahasa rojak: guru bingung, pelajar lagi la bingung!

Walau bagaimanapun, niat murni untuk mbaiki penguasaan BI di kalangan pelajar sewajarnya tidak dihentikan. Mungkin pdekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris boleh dipbaiki dan dikembangkan mjadi satu subjek menarik.

5 comments:

add said...

Yang peliknya, sejak dari darjah satu sampai darjah enam belajar BI di sekolah, masih terlalu ramai, pelajar tidak boleh berbahasa inggeris... adakah salah murid? guru? sukatan? atau sikap murid,guru dan ibubapa serta budaya orang melayu....????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Saya tidak bersetuju kalau PPSMI dihentikan, kerana GPMS mengakui bahawa perlu "diperbaiki". Kalau ambil contoh kereta: bila perlu "perbaiki" maka kena baikilah kereta tersebut bukan berhenti dari menaiki kereta tersebut atau menukar kereta tersebut kepada kereta lain. PPSMI perlu diteruskan tetapi dengan kaedah "dwi bahasa" dimana, buku teks dibekalkan dengan versi BI dan versi BM sebagai alternatif sebagai rujukan(kamus). Penerangan oleh guru menggunakan 80% BM dan 20%BI manakala dalam peperiksaan, beri peluang kepada calon samada cenderung kearah versi BM atau BI. Kerana apa? dalam Mat dan SC ni,bila pelajar keluar melangkah ke IPT(samada awam atau swasta) tiada lagi kita akan jumpa sn dan mat ni dalam bahasa melayu. kalau kita dok leka dengan BM je,,, terkejut beruk anak melayu nanti di ipt. Bila dah terkejut beruk ...mula la anasir kurang minat belajr menjalar dalam diri pelajar, bila sudah menjalar, mula la cenerung kepada kerja-kerja NGO dan politik luar kampus sikit..

ustazsaid said...

Salam Add,
Mungkin bukn SM tp subjek BI itu sendiri dicantikkan agar pelajar Melayu khusus di luar bandar x tcicir dlm arus pend. Pelajar yg sudh dpt menguasai BI dgn baik, x mungkin bmasalah dlm SM ketika di IPT. Wallhu 'Alam.

add said...

Salam Ustsaid,

Saya bersetuju dengan ust. berkaitan BI yang sebenarnya perlu di "perbaiki". Dalam situasi mengajar, guru bahasa(BM atau BI) disesebuah sekolah akan mengajar paling tidak pun sekitar 25-35 waktu seminggu. ditambah dengan murid seramai 40 orang lebih disesebuah kelas, diletak diatas bahu guru bahasa untuk menyemak buku latihan dan buku kerja, di gantungnya pula kerja ko-kurikulum, guru kelas, masalah keluarga.. sehinggakan guru bahasa tak boleh nak bernafas......
maka dengan ini saya mencadangkan agar GPMS menyuarakan dan membuat soalselidik dari hati ke hati kepada guru-guru bahasa ini terutama BI demi untuk memartabatkn PPSMI walaupun dalam 10 -15 tahun lagi.

LensaPR said...

http://isubahasamelayu.blogspot.com/

damhaziaf said...

http://damhaziaf.blogspot.com/2010/12/honest-message-for-those-who-are.html

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin