Search This Blog

Loading...

Monday, December 1, 2008

Bukan 100,000 Tapi 3 Juta

TS Muhyidin Yasin dilaporkan mencadangkan beberapa perkara, seperti yg dilaporkan Utusan Malaysia. Sebagai jawapan, biar kita cadangkan beberapa perkara juga :

1. Pemilihan pimpinan tertinggi Umno bukan sahaja dipilih oleh 2500 orang pwakilan spt sekarang atau 100 000 ketua cawangan, tapi biarlah dipilih oleh 3 juta ahli Umno. Macamana cara? Pilihanraya umum yg lebih ramai boleh dilaksanakan mengapa tidak untuk 3 juta ahli Umno. Sebab memilih pemimpin Umno adalah memilih pimpinan negara dan tidaklah adil untuk ditentukan oleh 6 pimpinan utama bahagian dan G7.

2. Hapuskan sistem kouta, ya kita sangat setuju dgn idea ini kerana tnyata sistem ini mjadi kudis dalam Umno. Ramai yg mjadi mangsa akibat sisitem yg tidak demokratik ini, ketuanya tentulah Datuk Zaid Ibrahim yg hadir ke Kongres PKR. Mungkin kehadiran beliau ada kaitan dgn kes 'tidak cukup pencalonan' di bahagian Kota Bharu? Ini kena tanya beliau sendiri!

3. Penubuhan jawatankuasa pemilihan yg berfungsi spt SPR adalah amat dialu-alukan. Biar pemilihan di semua perngkat : cawangan, bahagian dan pusat dilaksanakan dengan adil dan saksama. Biar kelihatan tiada ahli yg t'aniaya dan dinafikan hak serta dapat btanding dgn baik.

4. Kenyataan DS Tg Adnan Tg Mansor. SUA Umno bahawa daripada 1000 aduan politik wang, 75% adalah palsu. Kita nak tanya satu ja, mcmana DS tahu ia palsu kalau ia tidak disiasat?

Cadangan tambahan, minta TS Muhyidin kemukakan nanti:

1. Pengerusi perhubungan negeri juga hendaklah dipilih, bukan spt sekarang yg dilantik, yg kbiasaannya KM/MB. Sesiapa yg tpilih dan menang, barulah kita tahu dia pemimpin yg 'jantan' di sesebuah negeri.

2. Tetapkan had umur 40 tahun untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Pusat, bukan spt sekarang 'orang tua' pun boleh btanding dan memimpin pemuda. Kadang-kadang kita di bawah ni pun kurang faham, nama pemuda tapi calon umur lebih 40 tahun.

3. Diharapkan dgn tlibatnya ahli Umno akar umbi di peringkat cawangan utk pemilihan pemimpin utama parti maka ahli akan terasa pengelibatan mereka. Bukan seperti sekarang, ahli cuma aktif 3/4 tahun sekali semasa pemilihan atau semasa Pilihanraya.

5 comments:

bungaraya said...

Salam Ustaz,
Jikalau Ustaz merupakan Presiden UMNO, sudah tentu cadangan Ustaz akan menjadi satu kenyataan. Ini apakan daya, kita umpama mentimun, mengelek kita rosak, apalah lagi kena gelek. Saya menyokong penuh apa yang diutarakan oleh Ustaz. Pilihanraya yang melibatkan seluruh ahli mengundi calon MKT umpamanya, bukan sahaj akan mengelakkan unsur rasuah yang masa kini bermaharajalela, malah akan menarik ramai kaum melayu menyertai UMNO.

dekerinchi said...

salam ustaz

1)Saya setuju...biarlah pemilihan dibuka kepada semua ahli UMNO....kalau setakat peringkat bahagian masih ada korupsi

2)Setuju juga sistem kuota kini boleh dihapuskan...

tapi memang setuju kalau Si Zaid, yang saya memang tak setuju dari dulukala lagi ni tak dapat bertanding akibat kekangan sistem kuota..
...sekarang nipun dah jelas sikap belot nya...;-)

3) Cadangan mungkin bagus, tetapi bukan mudah untuk direalisasikan malah mungkin bakal menggunakan wang UMNO yang banyak.... saya rasa pemantauan cukup hanya dibuat oleh peringkat bahagian....dan ahli bebas untuk melaporkan penyelewengan jika ya berlaku.....(Contoh: Sekiranya ahli tidak hadir, tetapi di dapati namanya turut serta di dalam pemilihan beliau boleh membuat laporan....)

4)Korupsi dalam umno sudah terlalu tua....cuma ada pihak yang cuba melindunginya agar tidak disensasikan..... Cuma sepatutnya kita menerima hakikat UMNO sekarang ini memang teruk korup nya....dan DS Tg Adnan Tg Mansor sepatutnya mencari punca kenapa terdapatnya aduan-aduan tersebut..bak kata pepatah "masakan pohon bergoyang jika tiada anginnya"


Cadangan Tambahan:

1) Perlantikan Pengerusi negeri dilantik atas dasar ia mempunyai tiket mb/km dimana orang ini mempunyai peluang, akses dan landasan yang lebih luas untuk berkhidmat kepada negeri...pendapat saya untuk masa ini, ia wajar dikekalkan supaya UMNO tidak bertambah huru-hara...

2)Had umur ni saya setuju, dah tua tu buatlah cara tua, bagi peluang pemimpin generasi baru... ;-)

3)Ya setuju sangat, saya rasa ia juga akan menyebabkan ahli-ahli lebih aktif kerana rasa diri mereka diperlukan dan merupakan sebahagian dari UMNO...bukan lagi sekadar meletak nama, dibayar yuran tahunan, mengangkat tangan, menepuk tangan, tukang sorak, tukang makan & minum dll....

Faizal Zakaria's Blog said...

nampaknya.. semua kena mengundilah :-)











Papan Tanda Kat Negara Kita Dah Sengetlah :-)
http://pro-faizal.blogspot.com

ustazSAID said...

TK kpd Bungaraya, Dekerinchi & Faizal Zakaria... Semoga apa yg mampu kita cadangkan di alam siber ni didengari oleh mereka di alam nyata dan mjadi kenyataan suatu hari nanti.

PemudaGagasan said...

ntahlah ustat... tak tahulah kenapa payah sangat nak membuat penghijrahan kepada yang lebih baik

walauapapun, saranan-saranan seperti di atas akan saya cuba ajukan kepada KJ dalam masa 3 tahun ni.

Harap KJ tak membiarkan Pemuda terus berada dibawah ketiak UMNO Pusat, tapi meletakkannya di atas UMNO Pusat supaya senang nak di pijak-pijak kepala MT yang tak mahu atau tak tahu nak membuka minda...hahahahaha

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin