Search This Blog

Loading...

Monday, December 27, 2010

Tahniah 'Harimau Malaysia'!

Salam,

Diucapkan tahniah kepada wira-wira negara yang mempamerkan aksi menarik dan menghiburkan, sambil menutup mulut penyokong Indonesia. Diharapkan prestasi yang ditunjukkan akan dapat diulangi pada perlawanan akhir kedua di Jakarta nanti.

Sudah agak lama tidak dapat melihat aksi 'cantik' pasukan negara, apalagi selepas kekalahan dibelasah pada perlawanan pertama tempohari. Jika aksi ini dapat dikekalkan, skuad kendalian K.Rajagobal ini bukan sahaja akan menjuarai Piala Suzuki malah mampu pergi jauh untuk bersaing sekurang-kurangnya di peringkat Asia.

Menonton aksi yang dipamerkan tadi, sewajarnya pujian diberikan kepada wira-wira negara dan mereka layak digelar 'Harimau Malaysia' - nama yang menggambarkan nama negara dan lebih sesuai. Berbanding gelaran Harimau Malaya, nama yang cuma merujuk kepada sebahagian wilayah Malaysia dan juga nama lama negara sebelum pembentukan Malaysia.

Rasanya lebih elok gelaran Harimau Malaysia diguna pakai...Tahniah wira-wira Harimau Malaysia!

2 comments:

Anonymous said...

mana boleh pakai nama harimau malaysia sebab harimau jenis tu tak wujud.

harimau malaya ( malayan tiger ) memang wujud....

matlan said...

asalamualaikum ustaz, betul tu ustaz, di malaya saja yang ada harimau malaya tu, tapi di sarawak dan sabah , harimau telah lama pupus, biar la ustaz kita pakai nama harimau malaya, nampak ganas sikit, semangat pun naik, macam era-era hasan sani , super-mokh, santok sing, j.wong, soh chin aun dll....semoga kegemilangan bolasepak kita di martabatkan semula..amin,....allah hu alam

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin