Search This Blog

Sunday, February 22, 2009

VOLVO Yang Cantik...

Salam,

Sekarang ni agak riuh bkaitan kes Lexus MB di Selangor, namun d Sabah tanpa disedari bkaitan juga kereta juga, bkenaan Volvo. Dikhabarkan Kerajaan Sabah menukar kereta rasmi kegunaan para pembesar daripada Perdana jenama Malaysia, kepada jenama import Volvo.

Agak menarik juga bila dilaporkan kos penyelenggeraan yg tinggi sekali lagi menjadi punca kpd tindakan menukar kereta rasmi ini, seperti di Terengganu dan Perak. Kenapalah agaknya kereta nasional kita ni tinggi kos selenggeraannya?

Ah, biarlah pihak Proton mjawab psoalan ini. Bagi kita di pihak rakyat, wajar pula btanya, apa perlunya tindakan menukar kereta rasmi ketika kegawatan ekonomi sekarang ? Ketika rakyat dihimpit oleh pelbagai masalah seperti harga barang yg melonjak naik, pihak kerajaan pula berbelanja mewah.

Ketika Kerajaan PR di Perak ditegur membazir wang rakyat kerana membeli Camry, bagaimana pula situasi di Sabah ni, tidakkah ini juga pembaziran namanya ? Atau ada nama lain lagi untuk tindakan ini ?

Rasanya Kerajaan Sabah kena bsabar dahulu shingga ekonomi smakin baik sebelum menukar kereta. Kalau iya pun menukar kereta, rasanya lebih sesuai kereta pacuan empat roda @ 4x4, agar sesuai masuk ke kampung untuk lawatan beramah mesra dgn rakyat.

Atau kerajaan Sabah bkira-kira mnaik taraf jalan-jalan di seluruh Sabah, agar sesuai dengan Volvo tu nanti...Kalau tidak kesian la kereta tu!

5 comments:

Anonymous said...

DUIT BAPAK DIA KOT. ITU TANDA-TANDA NAK BUNGKUS LE TU. MACAMANALAH NAK MELAWAT MANGSA BANJIR DI SABAH. ADA KG DI SANA MANDI WAJIB, MEMBASUH, MINUM DAN LAIN2 PAKAI TADAH AIR HUJAN LAGI. TAK INGAT NAMA PULAUNYA. SEMUA RUMAH DIPULAU TU TERPAKSA GUNA AIR HUJAN. NASIB BAIK LE TUHAN TURUNKAN HUJAN HARI2. SEDARLAH WAHAI PEMIMPIN OII

Anonymous said...

yalah, memang agak tidak patut tindakan Musa Aman ni, kalau pun nak bagi peluang kroni untuk dapat untung (komisen)tapi pilihlah kereta yang sesuai. Bila menteri dan pegawai pakai volvo maka mereka lebih suka hanya pusing-pusing dalam kawasan KK saja. Maka semakin jaranglah mereka melawat kawasan..Bukankah lebih ideal kalau tukar kepada Ninja King saja, boleh juga jalan jauh..Inilah sikap yang sukar difahami.Barangkali hanya Musa Aman saja yang tahu..Saya fikir MUsa Aman sedang meniti masa-masa akhirnya sebelum digantikan oleh Shafie Afdal atau Lajim Ukin atau mungkin juga Rahim Ismail,tak lama lagi tu seawal bulan April 09..Apa masalah 6 kuota ADUN dilantik masih kosong, jadi sesiapa saja boleh dilantik jadi CM . Mana tau Yahya Hussein pun boleh jadi CM..Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di dahi..

Little Mike (LM) said...

tak payah tunggu ekonomi kukuh... naik taraf dulu hidup rakyat.

Lagi senang ekonomi sabah, rasanya lagi rakus guna wang rakyat.. ni baru susah, ada hajat tukar kereta pula... senang sikit masa dulu2 pun, bertatih2 nak majukan rakyat juga..

Anonymous said...

Musa aman ni pun jenis spesis keling mamak juga,, kalau bab belit ni boleh tahan la,,, apa lagi ,,,kasi tukara itu km sabah,,

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Kalau nak guna juga kereta import buat lawat kawasan, baik beli saja land cruiser ke, pajero ker, triton ker. Paling koman pun guna action. Boleh redah gunung ker bukit ker, paya ker. Pontianak pun boleh dilanggar.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin