Search This Blog

Loading...

Tuesday, February 3, 2009

TaipingMali...Ini Jawapannya! ( Siri 1 )

Salam,

Taiping Mali, dlm komennya b'tanyakan soalan: Apa pandangan untuk menambah baik Umno yg kini sudah dianggap lemah? Catatan ini dinukilkan khusus utk m'jawab soalan ini.

Sbenarnya ada bjuta cara utk menambah baik Umno supaya kembali 'kuat' semula. Seperti seorang lelaki tua yg agak b'umur, Umno boleh makan ma'jun, pil peransang, viagra, telur separuh masak, tongkat ali dsb, utk menambah kekuatan.

Pepatah Cina ada menyebut, busuknya ikan bmula dr kepala. Untuk mbaiki Umno maka sudah tentulah usaha pbaikan kita mulakan dr bahagian 'kepala'. Klu kepala pun susah hendak dbaiki, mberi seribu satu dalih utk b'ubah, agak sukarlah usaha ini berjaya.

Pemimpin Umno kena mjadi role-model tbaik, bukan sahaja kpd ahli tp utk semua rakyat - tmasuk yg bukan ahli. Bagaimana ? Tentulah dgn mbuang sifat mazmumah. Sbg contoh, jika pemimpin menyeru ahli mjauhi politik wang, maka dia sendiri janganlah menabur wang. Atau, jika pemimpin meminta ahli supaya b'satu, maka pimpinan janganlah m'amalkan sikap b'musuhan sesama sendiri.

Bukanlah mjadi rahsia lg, ramai pemimpin Umno yg b'lawan scara tidak profesional - walaupun mereka menyeru supaya ptandingan diadakan scara keluarga. Penyandang jawatan melihat pcabar sbg 'lawan tauke', sementara pcabar pula melihat ptandingan sbg antara hidup dan mati. Kalau menang,menang semua, kalau kalah habis segalanya...

Gaya sombong ala bangsawan, spt filem dahulu kala hendaklah djauhi. Bkereta atau b'rumah besar tidak salah, tp yg mjadi soal ialah apabila pemimpin memakai Mercedes masuk ke kawasan yg jalannya belum b'turap. Apa rasionalnya mbina rumah dua tiga tingkat di kawasan perumahan kos rendah.

Spt kata DS Najib, pemimpin Umno hendaklah m'amalkan sikap mesra dan prihatin dgn masalah rakyat. Jangan sama sekali takut bhadapan dgn ahli atau rakyat. Rakyat tidaklah b'mimpi supaya pimpinan mbawa 'bulan jatuh ke riba', cukup skadar dtg btanya khabar. Ada pemimpin Umno yg kelihatan semasa musim pemilihan sahaja, sementara yg bjawatan dtg kerana merasmi acara, ada kenduri kahwin atau kematian. Selebihnya, pemimpin dilihat 'jauh' dr rakyat.

Umno hari ini memerlukan keseimbangan komposisi saf pimpinan. Janganlah hendaknya Umno dlihat Parti Sdn Bhd. Mesti ada adunan selain para peniaga, para nelayan, petani, kerani, guru dsb. Khabarnya, di Sabah lebih 90 peratus Perwakilan 7 ( G7 ) tdiri drpd kontraktor. Apabila TS Muhamad Taib, melihat kawasan pedalaman utk urusan rasmi beratus G7 ( tentunya kontraktor ) m'iringi beliau. Untuk apa?

Ahli yg bjuang dlm Umno kena ikhlas. Kalaupun para kontraktor bjuang tiada salahnya, yg orang m'rungut bila 'jawatan' dlm Umno dikejar sbg tiket utk mengejar laba yg besar. Hari ini bukanlah sesuatu yg asing melihat ramai orang yg kaya-raya selepas memegang jawatan utama dlm parti. Salah? Tentulah tidak salah hasil titik peluh sendiri, tp jgnlah mjadikn 'pjuangan' sbg modal menimbun harta.

Kalau nak d'ikut ada banyak lg cara utk m'baiki parti keramat ini. Umno tidak lemah, yg lemah ialah ahlinya - tmasuk saf pimpinan. Ramai yg cuma b'retorik - depan cakap lain, belakang cakap lain. Roh pjuangan di kalangan majoriti ahli smakin layu, bg sbahagian yg lain roh tsebut masih mekar segar, sayangnya jumlah mereka sangat sedikit dan tidak mampu utk menahan badai gelombang ahli yg tpesong nawaitu ini.

Menjelang bulan Mac ini, tentulah meniupkan kembali semangat bjuang di kalangan ahli Umno yg bjumlah lebih 3 juta ini, mjadi satu cabaran besar bg bakal Presiden, DS Najib. Sama ada ia bjaya atau tidak, hanya boleh dlihat pd PRU13 nanti. Kita optimis, jika DS Najib dpt mengemudi bahtera ini dgn baik dan t'atur, ia tidak karam slp PRU13 nanti.

3 comments:

Anonymous said...

Salam,
Tahniah Ustaz kerana berani dan terbuka memberikan pendapat. Apa yang dinyatakan adalah kebenaran dan realiti kini umno dan ahlinya. Yang benar-benar sayangkan umno tidak dapat berkata apa lagi. Dalam perhimpunan pun sudah berkali-kali dibantai, tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Saya berani jamin, 99% calon tak kira dari peringkat mana sekalipun akan mengeluarkan belanja yang sangat besar untuk mendapatkan kedudukan mereka sekarang dan begitu juga bakal2 T. Presiden, Naib presiden dan seterusnya. Apa juga alasannya, mereka yg cakap bagai Malaikat tetap melakukan rasuah.

ustazsaid said...

Salam Anon 3:41pm, bkata benarlah wpun pahit!

TAIPINGMALI said...

ok terima kasih, satu cadangan saya, menjadi ahli umno kena ikhlas, menjadi pemimpin juga kena ikhlas, kalau jadi lompat katak macam adun Bota memang orang macam itu mementingkan diri sendiri, bukan meletakkan kepentingan rakyat agama dan bangsa sebagai wadah perjuagan, mereka lebih mementingkan perut sendiri.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin