Search This Blog

Loading...

Thursday, February 5, 2009

Tahniah Untuk Semua...

Salam,

Diucapkan tahniah utk semua yg trlibat sehingga drama 'Perak' hampir selesai.

1. Daulat Tuanku - Tahniah utk tuanku Sultan Azlan, sultan yg bpendidikan telah mgunakan 'akal' mbuat keputusan yg betul. Demokrasi mberitahu majoriti adalah pemenang.

2. Tahniah utk Datuk Zambry yg dnamakan sbg MB Perak yg baru. Jalankan tugas dgn cekap, bkesan dan dedikasi.Ingat kerusi ni dpinjamkan Allah utk kamu laksanakan amanah...Jangan d'ulangi kesilapan kerajaan lalu hingga dtolak rakyat. Pesanan lain akan dititipkan kemudian.

3. Tahniah kpd semua saf pimpinan yg telah 'bekerja keras' - Pak Lah, Najib dll - Jangan bongkak dan takbur dgn usaha yg dberi keizinan Allah ini. Hendaknya selepas ini usaha mbaiki Umno diteruskan agar pisang tidak berbuah dua kali di Perak dan di tempat lain.

4. Tahniah kpd saf pimpinan di Perak - selepas ini kurangkan gaya mewah, budaya buruk dsb tp banyakkan menabur bakti. Biar 'mesra rakyat' hingga rakyat mesra menyokong nanti. Penting juga, sokonglah Dr Zambry, jangan ada pula nak cantas dia...

5. Tahniah kpd Jamaludin, Osman, Hee & Nasaruddin - keputusan kamu yg 'tepat' mbolehkan Perak dpt dselamatkan drpd mereka yg spt 'kera mdapat bunga'.

6. Tahniah juga kpd rakyat Perak yg dpt bsabar dgn ujian ini. Memang ada sebahagian yg tidak dpt menerima realiti yg blaku tp apa nak buat...Spt inilah realiti yg blaku jika fantasi 16/9 mjadi kenyataan. So, jgn la marah!

7. Tahniah juga utk penyokong Umno/BN atas 'kejayaan' ini - bukan utk bmegah-megah, m'ulangi perangai hodoh shingga dtolak rakyat kebanyakan. Ini masa utk bekerja dan bmuhasabah!

TAHNIAH UNTUK SEMUA ! Allahu Akbar

5 comments:

NIZAM MAT SAARI said...

Salam,

Saya juga tidak suka BN naik! Cuma satu yang saya tak suka pulak dengan PR sekarang kerana mengingkari TITAH SULTAN.

Ya, Sultan bukanlah Tuhan, tetapi itulah simbol yang kita letakkan ketaatan, simbol kestabilan dan pemutus dalam menentukan kestabilan.

Woi, Sultan Perak tu bukan calang-calang orang dalam perundangan negara, dia bekas Ketua Hakim Negara.

Kalau Sultan pun kita dah tak hormat, kita hormat siapa? Diri sendiri pun kita dah tak hormat sebab PR sanggup menggadaikan maruah sendiri dan memukul canang bahawa melompat parti itu halal.

Ahh, usahlah cakap pasal HAK RAKYAT sekarang ini, kerana semasa PR di atas, tak kisah pun pasal HAK RAKYAT.

Masa Nasarudin masuk PKR, tak timbul pun soal HAK RAKYAT!

Sebab itulah ALLAH HUKUM kalian. Itu pun tak sedar lagi!

Nak main politik, mainlah dengan IKHLAS, TAWADUK DAN PENUH KEINSAFAN DAN TANGGUNGJAWAB.

Apakah nilai keimanan dan ketaqwaan Tuan-tuan dalam PR?

NIZAM MAT SAARI
http://nizammatsaari.com/blog
http://nizammatsaari.blogspot.com

ustazsaid said...

Ya sy stuju dgn tuan, cara ini bukanlah yg tbaik tp ia jauh lebih baik drpd btuankan PR yg bongkak dan sombong.

NIZAM MAT SAARI said...

Salam Tuan,

Waktu 1998, saya antara orang yang simpati kepada Anwar. Hari ini saya berasa begitu malu melihat orang-orang yang sebangsa dengan saya dan seagama dengan saya malah melaungkan kalimah-kalimah suci memuji Allah, tetapi menunjukkan akhlak yang paling buruk, mengeji, menghina, mengutuk dan menyerang bangsa sendiri juga.

Demontrasi? Suara rakyat? Mana peginya orang yg dapat 999 tu? Adun mereka pun majoriti juga, tapi perkudakan orang Melayu, kambing hitamkan Nizar. Orang Melayu dah patut sedar dan nampak, mereka telah dipergunakan dan diperbodohkan oleh orang yang berkepentingan!

http://nizammatsaari.com/blog

Datu Punjungan said...

Ustaz Said...macam mana anda pasti Allah menerima tindakan UMNO merampas kuasa di Perak..anda menyebut kalimah 'Allahuakhbar..'tak layak kalimah ini diucapkan untuk menyatakan ksyukuran terhadapa perampasan UMNO di Perak..Merampas adalah haram, tak kiranya berapa ADUN yang majoriti

Mat Salleh 2 said...

Ya, dalam bab ini ustaz Said tidak betul..UMNO ini sama juga macam Fatah di Palestin..berpura-pura berjuang tapi bertindak macam tali barut Yahudi..yang pejuang tulin ialah Hamas..UMNO serupa Fatah, kunun berjuang untuk Melayu tapi hakikatnya semua itu tipu saja....UMNO hanya berjuang untuk tauke Melayu dan tauke Cina.. Hiup Melayu kunun...,piraaaaahhh haprak

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin