Search This Blog

Thursday, June 12, 2008

APA KATA MEREKA?

Salam,

Seminggu telah berlalu, polemik pasal penstrukturan subsidi bahan api = kenaikan harga minyak, bukan sahaja belum berakhir tapi tiada tanda akan berakhir. Masing-masing ada hujah untuk mengiyakan alasan mereka: Di satu pihak menentang kenaikan dan di pihak lain memberi justifikasi kenaikan. Kita lihat apa kata mereka :

YAB PM : Subsidi yg kita belanja jika melebihi perbelanjaan operasi akan membawa masalah besar kepada kerajaan. Walaupun ketika ini kita anggap tidak apa-apa, suatu hari nanti ia membawa masalah besar jika tidak mengambil langkah mengurangkan perbelanjaan subsidi daripada sekarang.

Datuk PHS Lim, Presiden, Persatuan Pelabur Malaysia ( MIA ): Kerajaan sepatutnya hanya memberi subsidi bagi bahan makanan dan pengangkutan awam, bukan terhadap bahan bakar kegunaan kenderaan persendirian kerana langkah itu mengakibatkan wujudnya ketidakcekapan dalam sistem ekonomi.

Nobou Tanaka, Pengarah Eksekutif, Agensi Tenaga A/bangsa ( IEA ): Subsidi memberi ruang kepada pengguna untuk terus menggunakan minyak secara tidak berhemat dan melonjakkan harga minyak dunia.

TS Hassan Merican, Presiden & CEO Petronas: Petronas akan gulung tikar dalam tempoh 10 tahun lagi jika semua keuntungannya diserahkan kepada kerajaan bagi membiayai subsidi minyak.

Dr Mohd Ariff Abdul Kareem, Pengarah, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia ( MIER ): Mungkin dengan berbuat demikian ( mengatasi masalah ketirisan dan penyelewengan), kerajaan boleh membantu rakyat meringankan beban hidup yg kian bertambah, tetapi bukan dengan mengambil laba simpanan Petronas untuk membiayai subsidi penggunaan minyak semasa yg sepatutnya dibuat untuk generasi akan datang.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis: Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup.

Sekian, adanya...fikir-fikirkanlah.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin