Selalu diingatkan bahaya khabar angin. Banyak sudah contoh yg diberi akibat 'permainan' khabar angin.
Terbaru, kelmarin petang, 'permainan' khabar angin datang lagi. Dikhabarkan, minyak naik harga lagi dan stesen minyak ditutup tiga hari. Khabar ini tersebar luas dan umpama wabak, merebak dengan cepat.
Berpusu-pusu kereta kecil besar memenuhi stesen minyak, walaupun diumumkan di Sabah.FM khabar tsebut tidak benar, dan meminta pengguna bertenang.
Demikianlah terjadi, apabila orang tidak lagi menggunakan daya fikir secara rasional dan kritis, maka hilanglah pertimbangan. Berlakulah 'panic buying', menyebabkan banyak kesusahan. Tauke stesen minyak, tersenyum lebar...yang susah pengguna. Ada yg bertumbuk, ada yg accident, malah ramai la yg stress.
Moral: Lain kali, jgn la percaya khabar angin. Bila ada khabar berita, check dulu sumbernya, percayailah sumber yg sahih.
Apapun, mlm ni ramai2 kita sokong Turki, then mlm esok kita sokong Russia. Salam.
3 comments:
emm.. Tuan Ustad,khabar angin atau tidak, pada pendapat saya, tindakan orang ramai berebut mendapatkan bekalan minyak tidak boleh dihalang, disalahkan atau dipertikaikan.
Hak pengguna bersiap sedia menghadapi kemungkinan.
Benar ada dua kemungkinan anggap orang luar terhadap orang Sabah:
Pertama : Mudah pedaya dengan Khabar angin (namun khabar itu hanya sah statusnya sebagi khabar angin selepas kejadian )
Kedua : Rakyat Sabah mudah menyebarkan maklumat dengan pantas.
(kelebihanya apa-apa kejadian di utara selatan timur atau barat kita semua dapat berita )
Pasal isu minyak ini, "jara suda"
itu alasan kebanyakan orang yang "terkena Notis Berkuatkuasa Jam 12 Malam" oleh Pak Lah.
Tetapi, emm.. hebat juga kuasa stesen minyak aa... kalau ada semua
stesen minyak tutup 8 jam sahaja...apa jadi ya ?
Soalnya, berani n sanggup ka tauke stesen minyak tutup niaga durang?
Berani: nanti kena tarik lesen. Sanggup: 8jam tutup berapa RM yg rugi tu?
Salam ustazsaid,
ya memang Malaysian suka sangat percaya benda macam ni...
tapi setuju juga kata omsabah, pengguna hanya bersedia...kerana dah ada bukti masa Paklah naik Minyak tiba-tiba hari tu....jadi kebarangkalian berita itu betul adalah tinggi....lagipun dah ada saranan dari persatuan penguaha kan..
soal berani ke tak pengusaha tutup kedai, saya rasa mereka berani, kerana rugi lapan jam akan dicover untungnya lepas dibuka kembali...lagipun operasi boleh lumpuh tanpa minyak....
Post a Comment