Search This Blog

Loading...

Tuesday, May 6, 2008

MENTERI MASUK KAMPUNG!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
1. Hujung minggu lalu, berkampung di Kudat utk satu program. Melihat bandar Kudat, memang banyak kemajuan dan pembangunan yang telah dibina. Sebenarnya, banyak kelebihan daerah Kudat yg tiada di tempat lain, jika dieksploitasi dgn baik boleh menarik lebih ramai pengunjung. Cuma, barangkali yang perlu diperbaiki ialah jalan menuju ke bandar Kudat yg agak teruk....
2. Berjumpa dengan pelajar SEMEKAR, Kudat, kadang2 timbul juga rasa keinsafan. Pelajar2 ini bijak, berani dan berketrampilan, mampu pergi jauh jika dibimbing dgn betul. Walaupun jauh nun di utara Sabah, malah ada yg datang dr. pulau, semangat tinggi mereka terserlah melalui komitmen mereka menjalani aktiviti. Pesanan saya kepada mereka: Bangsa yg berjaya umpamanya orang Jepun, berjaya apabila durang mengamalkan nilai2 biasa sbg budaya hidup, contoh menepati masa. Syabas, pelajar SEMEKAR...Semoga kalian akan berjaya.
3. Berita Harian hari ini menukilkan catatan perjalanan YB Tan Sri Muhamad Muhd Taib, Menteri KLBW 'masuk kampung' di Kedah. Rasanya, patut juga TS Mike Tyson ni diberi tabik hormat. Sebab bukan senang melihat seorang menteri duduk di kg terpencil, penuh kemiskinan. Mengikut catatan, perjalanan beliau tidak akan berhenti di sana, malah banyak lagi kg lain akan dilawati beliau. Diharapkan perjalanan TS ini akan dapat membantu beliau menyelami susah payah org kg menjalani kehidupan, seterusnya dapat membantu merencana agenda membantu mereka.....
**********************************************
Menteri kongsi derita penduduk kampung
Oleh Fazallah Pit (Yang mengikuti program turun padang menteri ke kampung miskin di Kedah dan Pulau Pinang, baru-baru ini)
Muhammad berkampung di daerah Sik untuk mengenal erti penderitaan, kedaifan rakyat
MENTERI masuk kampung. Kali ini Kampung Kuala Sungai Kerik, Sik, Kedah, menjadi pilihan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Memang jarang orang kenamaan singgah di kampung itu. Apa tah lagi, Ketua Penerangan Umno itu turut bermalam di rumah seorang penduduk kampung. Pendek kata, Muhammad langsung tidak berenggang dengan mereka sepanjang berada di kampung berkenaan.

Mereka bersama-sama bersolat jemaah, bergotong-royong mahupun menikmati hidangan semeja. Semua berlangsung tanpa sebarang protokol. Muhammad pula kelihatan begitu seronok dan mesra sekali ketika bersembang dengan penduduk rencam ragam, seakan-akan lupa beliau seorang menteri Kabinet. Dengan baju Melayu putih dan kain pelikat, Muhammad, selepas selesai solat Subuh di Masjid al-Falah, merayau-rayau sekitar kampung melihat dengan mata kepala sendiri mengenai kedaifan dan masalah penduduk. Kalau perlu bermotosikal, Muhammad tidak ragu-ragu menghentak pedal, memulas tombol minyak dan menyusuri denai sempit untuk menjengah suasana dan kehidupan kampung itu. Bekas Menteri Besar Selangor itu langsung tidak kekok bergaul dengan penduduk, meskipun segelintir mereka dipercayai penyokong parti lawan. Semua dilayani sama rata.

"Saya ni menteri kampung," katanya pada satu pertemuan dengan penduduk termasuk ketua cawangan Umno kampung berkenaan, dengan nada merendah diri sambil menguntum senyum. Beliau juga berjanji untuk menjadikan budaya menteri tidur di kampung sebagai tradisi bagi memastikan pembelaan terhadap rakyat akar umbi, terjamin dan terbela. "Setiap tiga minggu, saya akan bermalam di sesebuah kampung, baik di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak. Saya mahu rasai suasana dan mencungkil masalah mereka supaya mudah dirungkai pemerintah," katanya.

No comments:

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin