Search This Blog

Sunday, March 15, 2009

Beaufort Banjir Lagi...

Salam,

Daerah Beaufort, tmasuk pekannya memang biasa dilanda banjir. Untuk tahun 2008 sahaja, sebanyak 12 kali daerah ini dilanda banjir. Tahun ini sahaja, sudah 3 kali ia dilanda banjir.
Kebiasaannya, banjir yang melanda tidaklah dalam dan akan surut dalam tempoh sehari dua .


Namun banjir yg melanda kali ini agak luar biasa. Ia agak dalam sehingga jalan perhubungan beberapa buah kampung ke pekan terputus, tidak dapat dilalui kenderaan.

Kampung seperti Kg. Bangkalalak, Suasa, Kebajang, Lago, Lawa, Garama, Beringin, Lupak, Pintas, Bakalau dan Limbawang, terjejas teruk. Pusat pemindahan di Dewan Pa' Musa Beaufort telah dibuka dan sebahagian mangsa telah ditempatkan di situ.

Ketika ini hujan masih berterusan terutama di sebelah petang dan tanda-tanda banjir akan surut belum kelihatan. Adalah diharapkan pihak yg berkaitan bertindak proaktif membantu di mana perlu, terutama kpd mangsa yg tlibat.

2 comments:

ONE said...

YB Lajim perlulah lebih berusaha yer..

Anonymous said...

sudah lama perkara ini berlku tetapi nampaknya MP Beaufort,ADUN Klias dan PKR Klias sudah tiada idea bagaimana hendak mengatasinya.Begitu juga halnya MDB,apakah sudah tiada sebarang idea macam mana untuk mengatsi banjir ini..Kalau begini halnya pelabur tidak akan berminat datang membuat perniagaan di Beaufort.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin