Search This Blog

Thursday, March 19, 2009

Soalan Baru: Apa Kesan Hukuman Lembaga Disiplin?

Salam,

Seperti yang kita ketahui, beberapa nama telah sabit kesalahan oleh Lembaga Disiplin Umno ( LDU ). Persoalan baru yang timbul ialah bagaimana kedudukan pesalah-pesalah ini, terutama yang memegang jawatan kerajaan?

Sebagai contoh, DS Ali Rustam didapati bersalah kerana kaitan beliau dengan ejennya yang mengamalkan politik wang. Hukumannya dilarang bertanding tetapi masih dibenarkan memegang jawatan Ketua Menteri Melaka.

Begitu juga, Hj Saadun, Setpol DS Ali. Didapati bersalah dan digantung keahlian 3 tahun. Sepatutnya selepas ini dia bukan lagi Setpol siapa-siapa.

YB Japlin Akim, juga didapati bersalah menjadi ejen kepada Khairy Jamaluddin. Dia digantung keahlian 3 tahun, tetapi KM Sabah kata, dia kekal sebagai Pem. Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

Nampak gayanya, hukuman oleh LDU hanya mendatangkan impak yang minima sahaja. Tidak 'menggerunkan' pun...sebab pesalah masih boleh senyum sebab tidak hilang jawatan, berasaskan keahlian Umno yang dimiliknya.

Mungkin boleh kita tanya pandangan TS Isa Samad, yang kehilangan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan selepas didapati bersalah bermain politik wang pada tahun 2004 dan dihukum gantung keahlian selama 3 tahun.

Tahun 2009, lain macam pulak dah! Ah, macam-macam ada...

5 comments:

bungaraya said...

1. saya setuju kesannya tidaklah "mengerunkan".
Rakyat banyak masih belum puas dengan tindakan yang diambil. Mungkin 1 dan 2 undi bolehlah BN dapat dari tindakan LD tersebut. Tapi masih belum membantu kemenangan besar dalam pru ke 13 kelak.

2. Kesan kedua ialah menambahkan kocak air dalam baldi sendiri. Dan juga batu api disana-sini diluar parti.

3. Menyedarkan kita semua betapa perlunya perubahan dalam Ahli Lembaga Disiplin. Mungkin sudah tiba masanya ia diambil alih oleh orang lain yang lebih berani dan tegas dalam membuat tindakan.

4. Ramai orang kata Ali Rustam hanyalah sebagai "Kambing Biru" sahaja. Bagi pandangan anda secara persepsi ada tak lagi yang sepatutnya diambil tindakan?

kafe kenyalang said...

aku x faham,apa beza politik wang dengan rasuah??tolong jelaskan.

ONE said...

salam,
politik wang tu rasuah politik sebab dia cuma berkaitan dalam parti sendiri..
rasuah tu untuk semua..

Anonymous said...

Saya setuju dengan bungaraya, sudah sampai masanya ahli ahli jawatankuasa disiplin parti umno patut ditukar dengan AJK Disiplin baru. Memang tak ada taring Pengerusinya dan gantikanlah tempat Tengku Ritaudin dengan yang muda dan berani lagi bijaksana. Bukan muka kaki ampu dan takutkan pemimpin diatas. Terang2 KJ, Norzah, dan Azalina dah disiasat politik wang masih boleh, boleh bertanding lagi. Haprak punya Jawatankuasa Disiplin, baik tak payah ambil tindakan langsong...memalukan UMNO saja. Semoga cepat2lah dirombak jawatankuasa disiplin sebelum UMNO diketawakan dimerata dunia. Entah2 Tengku Ritaudin dan gangnya dibeli oleh Pak Lah atau KJ supaya tak diambil tindakan tak boleh bertanding. Saya konfuse amat sangat......

Jumayatara said...

Kalau kat Tanah Besar China orang-orang seperti KJ, Datuk Mohd Ali Rustam dan seangkatan denganya dah lama kena hukum tembak mati. Kat Malaysia boleh buat rayuan pulak…macam mana le UMNO nak bebas rasuah.



Say No to "Oral Sex".Respect your Wife.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin