Search This Blog

Tuesday, March 3, 2009

DAP Yang Semakin Ghairah Di Perak

Salam,

Ingatkan apabila Ex-MB Nizar memohon perisytiharan mahkamah - bahawa dia masih MB yg sah, disusuli tindakan mengosongkan kediaman - bahawa dia sudah meredhai ketentuan Illahi, politik Perak akan aman sentosa.

Rupanya, apa yg diharapkan tidak menjadi...

Situasi mjadi kusut, apabila Speaker Sivakumar mgunakan kuasa yg ada padanya - mgantung MB Zambry dan 6 exco lain, utk tempoh 12 - 18 bulan.

Formulanya mudah. 7 ADUN BN digantung dan tidak boleh m'hadiri psidangan DUN, lalu apabila usul tidak percaya dikemukan, maka mudahlah PR 'm'atasi' BN.

Ya, spt dijangka, Sivakumar memanggil psidangan khas DUN Perak, djadualkan hari ni. BN pula mengemukakan saman pemula m'halang sidang DUN dan 'm'hakis' kuasa Sivakumar. Nampak gayanya, semua kena tunggu keputusan mahkamah.

Ngeh pula dilaporkan bkata, sidang akan diteruskan dan 28 ADUN PR akan hadir ke bangunan DUN Perak - walaupun pihak keselamatan telah mjelaskan bangunan berkenaan ditutup. Macam-macam, harapnya mahkamah dapat mbuat keputusan segera....

Cuma yg mjadi tandatanya, mengapa DAP melalui Sivakumar sangat ghairah, teruja benar, spt tidak sabar menunggu keputusan mahkamah dan sangat 'marah' kehilangan kuasa di Perak?

Ada apa-apa ka yg t'sirat...

8 comments:

Anonymous said...

Memang ada benda disebalik tabir yang dirancang oleh mereka ini. Mereka mahu memastikan keadaan kacau bilau ini kekal dan memainkan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan BN. Mereka mahu dilihat sebagai puak yang dizalimi lantas undi diberi di 2 pilihanranraya kecil yang bakal diadakan.

Cara mereka ini merbahaya pada negara kita. Mereka duk kata demokrasi demokrasi tapi ini dah tak demokrasi dah ini. Hari-hari demonstrasi..

bungaraya said...

kalau saya selaku rakyat Perak yang berakal dan berakhlak baik, kejadian mesyuarat DUN yang diadakan dibawah pokok adalah sesuatu kerja orang hilang akal dan sangat tidak bersesuian dengan tokok politik masa kini. Lebih sesuai sebagai tokok kera mendapat belacan.

Anonymous said...

Mesyuarat bawah pokok adalah satu kejadian yang memalukan, politik murahan oleh mereka yang telah mengunci bangunan di mana DUN ditempatkan. Lepas ini harap mereka yang terlibat dan bersekongkol dengan mereka yang mengunci pintu masuk tu akan di hadapkan ke mahkamah dan dipenjarakan. Politik BN Perak ni primitf betul. Ini mungkin permainan Dr.Zamri atau kini digelar menteri pasola. Zalim sungguh kerajaan kudeta BN Perak ni

Anonymous said...

asalamualaikum, hal ni saya tak berapa jelas kalau nak komen....Nizar sah di lantik MB, DR.ZAMBRI juga sah di lantik MB....biar mahkamah yang tentukan sapa betul....tapi yang siva buat hal tu, pasti ada maksud jahat yang tersirat, ngeh juga ada agenda jahat yang tersirat....sama-sama kita tengok siapa yang kena..., tapi ingatlah sesunguhnya orang yahudi, nasrani dan majusi itu tidak akan berasa senang terhadap kamu (umat muhammad) selagi kamu tidak mengikut seperti mereka yakni mengikut agama mereka....allah hu alam

Anonymous said...

Mahkamah sudah keluarkan injunksi,macam mana sekalipun tafsiran kita maka di Malaysia ini kita kena patuh kepada keputusan mahkamah lah..Setakat hukum dunia, mahkamah lah penghujungnya. soal siapa benar dn siapa yang bathil, biarlah sama-sama kita saksikan di mahkamah padang masyhar nanti..

USD said...

Salam,
Kita selalu mgunakan mahkamah padang Mahsyar sbg 'ending' pcaturan duniawi...memang x salah, tp tidakkah mereka tfikir juga bkaitan padang Mahsyar smasa hendak menubuh kjaan lompat 16 sept atau smasa menerima Datuk Nasa mlompat dulu.
Malangnya kita mjadikn Padang Mahsyar sbg escapism kpd 'kekalahan' kita dlm bpolitik! tk

anonymous said...

klo mereka betul,kenapa x bg peluang mereka bersidang DUN tanpa mengenepikan semua ahli DUN?kerana kemaruk kuasa,mcm2 yang dirancang dan seperti yang diketahui hasilnya "TERANG LAGI BERSULUH" la jawabnya.takut kalah dalam pengundian dalam DUN,gantung MB baru dan exco.pastu jumlah akan memihak kepada PR.klo x ada kes penggantungan MB dan exco,speaker boleh diusul utk ditukar.Bab ni la "Sivaji The Boss" x suka ni..sbb tu dia menggelabah semacam..strategi jangka panjang ialah mcm mana nak "delay" DUN sehingga DUN boleh bubar secara automatik..mcm time bomb la kat perak skrg ni..yang rugi ialah rakyat perak sendiri.. duit habis kat pilihanraya begitu sahaja.akhirnya yang menang jd abu,kalah jd arang.rakyat x dpt apa2.duit dah habis dulu sebelum sempat $disalurkan jd peruntukan pembangunan..malang2..

p/s:akibat salah pilih,ni lah jdnya."ikut hati mati,ikut rasa binasa".

anonymous said...

mudah nak menyalahkan pihak lain tanpa mengkaji sdlm2nya..klo yg berfikir panjang,dptlah jawapannya.tapi jika berfikir secara "Tangkap muat" jer inilah jadinya. "klo menari dah x betul,jgnlah salahkan lantai x rata."

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin