Search This Blog

Loading...

Sunday, April 19, 2009

Pilihlah Keputusan Terbaik...

Salam,

Gelanggang PRK Penanti sedia menunggu dibuka. Pertarungan antara Umno/BN dan lawannya pasti PKR / PR. Mungkin Bebas akan turut serta untuk memeriahkannya.

Datuk Najib dilaporkan BN menimbang kemungkinan tidak menyertai pesta pilihanraya kali ini. Soalnya kenapa?

Ya kita tidak suka tindakan mengosongkan kerusi untuk kepentingan peribadi. Atas apa alasan pun, memang tidak wajar seorang wakil rakyat mengosongkan kerusi yang diamanahkan pengundi. Apalagi jika ia dilakukan dengan sengaja untuk menguji populariti parti.

Perbuatan sebegini walaupun dibenarkan undang-undang, amat tidak bertanggungjawab. Bayangkan perbelanjaan yang terpaksa digunakan, masa yang terbuang dan 'kesulitan' yang dialami oleh para pengundi untuk memilih wakil baru. Jika memilih wakil rakyat baru kerana wakil lama meninggal dunia, mungkin agak mudah difahami.

Namun, jika BN mengambil keputusan memboikot PRK Penanti, ia juga termasuk perbuatan tidak bertanggungjawab. Soal kalah menang bukan ukuran. Tiada siapa yang berani menjamin kemenangan dalam mana-mana PRK. Semuanya bergantung dengan ketentuan Illahi dan gerakkerja kempen.

Jika BN sudah menyedari kelemahannya, ambillah tindakan segera untuk membaiki dan mengatasi segala permasalahan. Janganlah sampai 2 tahun untuk membetulkan soal remeh. Senarai prioriti perubahan yang hendak dilaksanakan mestilah sudah dibuat. Dahulukan yang utama, dan belakangkan sedikit yang kurang utama. Pokoknya, perubahan yang dijanjikan dikotakan!

Sepatutnya begitulah hendaknya yang wajar dilakukan oleh BN. Buat persediaan rapi dan munasabah. Serahkan kepada rakyat untuk menilai presatasi BN. Jika akhirnya keputusan masih jauh dari kemenangan, terimalah dengan dada lapang. Mungkin untuk maksud PRK Penanti ini, post-mortem 4 PRK yang tewas boleh digunakan?

Rasanya, tidak menyertai PRK Penanti bukanlah keputusan terbaik.

5 comments:

Anonymous said...

saya percaya,kalau wakil BN yg buat perangai macam ini,suka hati mak bapak dia letak jawatan,PR juga akan mem'boikot' PRK,malah lebih teruk sanggup mencanang seluruh dunia...

Anonymous said...

MEMBAZIR DUIT RAKYAT ?....

Kenapa UMNO/BN guna duit rakyat untuk berkempen selama ini? Gunalah duit Parti UMNO/BN . Oh..rupa-rupanya selama ini bukan hanya kertas undi,SPR dan polis saja yang mengunakan duit rakyat...UMNO/BN guna duit rakyat untuk kempen...

Habislah duit Rakyat..

garamanis said...

SALAM ZIARAH USTAZ,

SITUASINYA SAMA, JIKA FAIRUS ITU DARIPADA UMNO MAKA AKAN DICANANG KESELURUH DUNIA BETAPA TERUKNYA UMNO...KESILAPAN PAK LAH YANG PALING BESAR SELEPAS MEMBERHENTIKAN PROJEK JAMBATAN BENGKOK ADALAH DENGAN MEMBEBASKAN DAJAL AKHIR ZAMAN...ANWAR IBRAHIM

perfectwater75 said...

Salam Ustaz,

masalahnya tiada yang sanggup meletakkan jawatan seperti mereka itu dari kalangan BN/UMNO kerana dah confirm 'mati' karier politik mereka. Sebab itu UMNO sanggup telan ludah balik bila terima TDM dan anaknya serta beberapa orang yang mengikut jejak langkah 'busuk' TDM termasuklah seekor KATAK yang dipanggil RAJAKATAK dari Kelantan yang tunggu masa sahaja untuk lompat balik masuk UMNO. UMNO berpegang kepada KASTA jadi tak hairan kalau manusia yang berkepentingan diniawi tetapi berselindung atas nama ukhrawi akan diterima masuk untuk 'mengukuhkan' UMNO..

thx!

Datu Sulaiman said...

ustaz,
Insan yang bernama si 'garamanis' itu tidak takut dosa dengan menuduh orang sebagai dajjal..entah-entah dulu semasa DSAI jadi TPM dialah yang selalu kucup tangan Anwar sampai licin.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin