Search This Blog

Thursday, April 9, 2009

Menunggu Senarai Kabinet...

Salam,

Petang ini, DS Najib akan mengumumkan senarai kabinet baru kerajaan beliau. Diharapkan kabinet yang akan diumumkan nanti adalah barisan yang akan membantu beliau mengemudi pentadbiran kerajaan. Bukan barisan yang membawa rebah!

Diharapkan senarai kabinet itu adalah seperti berikut :

1. AP yang disenangi rakyat, yang bersih, dilihat bersih dan memang bersih.
2. AP yang tidak dibebani oleh persepsi buruk oleh rakyat.
3. AP yang komited, dedikasi dan terbukti Yang Berkhidmat.
4. AP yang memiliki kepakaran atau kebolehan dalam bidang tugas kementeriannya.
5. AP yang setia, jujur dan tiada kemungkinan menyeleweng atau menyalahgunakan kuasa.
6. Tidak apa kalaupun yang kalah dalam pemilihan parti, tapi boleh bekerja.
7. Pilihlah pemimpin bertakwa dan amanah...Insya Allah selamat!
8. Lebih ramai wakil Sabah & Sarawak sebagai menghargai sokongan selama ini!

Penting, BUKAN AP berikut:

1. Terbukti menjadi liabiliti kepada kerajaan dan imej kerajaan baru ini.
2. Yang sudah terpalit dengan 'kekotoran', apalagi yang berdaki.
3. Kerana kawan rapat dan penyokong setia, dilantik kerana membalas jasa.
4. Yang menang Majlis Tertinggi tapi tiada jawatan. Biarkan mereka bekerja mengukuhkan parti.
5. Yang vokal mengkritik kerajaan sebelum ini. Dikhuatiri mereka menjadi 'lembut & cair' bila di dalam kabinet.
5. Elakkan melantik Senator, ramai lagi yang menang...kecuali yang pakar dalam bidang tertentu.

Siapa agaknya AP ni?

3 comments:

add said...

Kalau JJ masuk jawabnya kena letak dikementerian raba punggung la..
kalau mad hassan n9 dilantik jawabnya masuk suku je la...
kalau tsu kon masuk kabinet... makan goreng sukun trangin je la...

Datu S said...

Drpd risik-risik yang punya cerita, macam tiada perubahan juga, dengar khabar juga JJ pun masuk balik..apapun tengoklah petang ini...Kalu tidak juga seperti yang diharapkan oleh sebahagian besar yang benar-benar ikhlas mengharapkan permbaharuan, maka biarlah Najib ini menjadi orang terakhir dalam teori RAHMAN. Lepas itu akan Be End lah BN.

Hashim Zabidi said...

Teori RAHMAN akan tamat kalau DS Najib berkemudi ke haluan.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin