Search This Blog

Loading...

Saturday, April 11, 2009

Siren Amaran Untuk BN!

Salam,

Dalam kecoh bertepuk tampar, saling berbalas ucapan tahniah kepada yang dilantik serta bersedih kerana tercicir atau tidak dilantik...hendaknya jangan dilupakan kekalahan di PRK 3 hari lalu.

Kekalahan di 2 Bukit dengan majoriti yang bertambah kepada PKR dan PAS, merupakan satu 'tamparan' buat BN. Sementara kemenangan di Batang Air, bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ia memang kawasan tradisi BN.

Kenapa tamparan? Sebab Bukit Selambau dan Bukit Gantang sebelum Mac 2008, adalah kawasan tradisi BN. Di Bukit Gantang umpamanya, BN diwakili Gerakan pernah memenangi kawasan ini, tetapi malang Umno gagal di sini.

Seperti kata Muhyiddin Yasin, satu post-mortem bebas wajar dilakukan. Melihat punca mengapa selepas PRU12 lalu, kemenangan seperti amat jauh dari BN. Jika trend ini berterusan, dan BN tidak peka dengan perkembangan yang berlaku, kita khuatir 'pukulan maut' akan menjelma nanti.

Post-mortem ini wajib menyatakan kebenaran, dengan jelas, telus dan berani, tanpa berselindung. Agar kelemahan dapat diatasi segera dan diaplikasi pada pilihanraya akan datang. Jika terpaksa mendesak Samy Vellu berhenti jadi Presiden MIC, katakan kepada Samy...cukuplah!

Keahlian 'Suruhanjaya Bebas Post-Mortem' ini biarlah dianggotai oleh ahli yang tidak memihak, berani menyatakan kebenaran dan berani menyampaikan kepada pihak atasan. Malah berani pula memastikan cadangan dilaksanakan.

Biarlah ahli suruhanjaya ini nanti mencari punca penyakit, cara merawat dan cadangan pilihan kepada rawatan penyakit BN ini. Ahli-ahli yang dilantik pula biarlah 'doktor pakar' yang berkebolehan, merangkumi semua bidang, yang bergelar dan rakyat biasa tanpa gelaran.

Mungkin blogger boleh diajak sama...

10 comments:

rizuan mh said...

sammy vellu perlu berundur segera dan diam dari riuh rendah politik nasional.

Warisan Tamar @ KL said...

Dlm hal menghadapi kekalahan perkara `post mortem' sudah sinonim diperkatakan. Dlm kebanyakan masa, `post mortem' tidak pun membawa erti atau kesan kepada mereka yang kalah. Mengapa? Sebab ia tidak dilihat sbegitu penting pun sebelum ini. Penting cuma di bibir pemimpin sahaja. Tiada siapa mengambil iktibar dari `kebodohan' yang membawa kepada kekalahan.

Cuba pula kita biasakan melakukan `post mortem' apabila kita menang. Kenapa? Lawak ke? Hantamlah labu...

Cerita pasal `post mortem' saya kongsikan disini - http://warisantamar.blogspot.com/2009/04/malangnya-calon-recycle-bn.html

salam transformasi...

Anonymous said...

Salam Ustaz...

Matikanlah siren tu....tak ada siapa pun yang peduli...perubahan hanya retorik pemimpin umno/bn yang rakus dan perasuah...ustaz terlibat juga ke dalam rasuah ni...kalau tidak baguih la...dan...tinggalkanlah umno/bn ni join PAS.

Jom sertailah PAS (Pakatan rakyat)kalau nak berbakti bukan umno/bn aje tempatnya PAS pun boleh..betul tak ustaz.

seman

Anonymous said...

Ustaz

Tak payalah join PR tu. Konsepnya pun dah salah. Ketua nya asyik cucuk org dia sendiri. Ada ulamak kejenye buat fatwa macam dia ulama agong al-azhar.
Tengok DAP mainkan PAS sampai ada tergolek atas jalan. Ini kan yang dikehendaki oleh ISLAM. Budaya ISLAM tu satu hal, agaknya mak bapak dia orang tak pernah ajar budi bahasa ke?

Kalau ustaz nak join gak PAS, buat lah satu list apa yang PAS atau PKR telah buat (utk agama bangsa dan negara) dari merdeka sampai hari ini.... tak de kan?

Syed Mahmood.

Anonymous said...

Salam Ustaz,

Kalau begitu kata syed mahmood teruskanlah duduk dalam umno bersama pemimpin yang rasuah dan slah guna kuasa...malah syef mahmood bukan dia tak tahu perangai pemimpin umno/bn tapi sengaja buat buta hati dan masih mengenang sejarah lampau apa yang umno dah buat pada Negara kalau dah begitu semua oranmg umno munasabahlah pemimpin mereka masih tegar melakukan rasuah di sebabkan kerana ahli-ahli mereka yang macam ini,nama aje macam oranmg arab tapi islam penghayatam islam entah kemana?

Datu Sulaiman said...

Ustaz,mengapa ramai sangat buat komen pakai anonymous ni..mengapa takut tunjuk nama ? Gentleman lah,apa benda takut. Kalau takut jangan bagi komen. Kalau takut duduk kedai kopi sajalah, tak usah mampir dalam dunia siber ni.Saya nak komen pandangan mereka ni tapi malasnay nak komen padangan daripada 'hantu' ni

qwerty said...

YE LAH.. BPN DAH BAGI PELUANG KAT PEMUNAFIK PAS BUAT KOMEN.... BAGILAH NAMA... INI KOT YANG JADI PENGUNDI HANTU PAS...

ustazSAID said...

Anon 2:19pm, jika tuan boleh mberi jwpn yg jitu,baiknya join PAS, boleh difikirkan...malangnya dgn PAS yg ada sekarang, jauh lagilah...
WarisanTamar, klu menang tlampau gembira, mana sempat buat post-mortem...haha
Datu Sulaiman, siankan Anon2 ni, berani-berani takut!

Anonymous said...

Salam untuk Ustaz said....

"Bukan kerana kekurangan dasar perjuangan dalam PAS yang menyebabkan orang tidak tertentu tidak mahu turut serta tapi kerana bisness dan kepentingan diri mengatasi segalanya."

Perkara sekecil menutup aurat pun PM anda tidak mampu mendidik isterinya inikan pula mentadbir negara? atau menutup aurat bagi wanita islam tidak di wajibkan islam hadhari?

Sekecil-kecil tuntutan islam pun tidak mampu di penuhi apatah lagi tuntutan yang lebih mencabar...ustaz said gunakanlah kepintaran kamu dalam bidang agama mendidik pemimpin umno/bn ke jalan yang di redhai...


mazidul akmal. bangi,selangor.

matlan said...

asalamualaikum ustaz, saya cukup banga dengan semangat islam kerajan pas, yang selama ini memerintah negeri kelantan, yang mengamalkan hukum2 islam berlandaskan alquran, kerajaan yang saya jangkakan langsung tiada kemaksiatan, yang tidak membenarkan seinci aurat di dedahkan.......tapi saya sangat kecewa apabila berlakunya perkara rusuhan tidak berakhlak ketika perlawanan bolasepak yang dilakukan oleh 100% orang islam kelantan yang di banggakan sebagai negeri limpahan wahyu serambi mekah.....yang mana di sabah yang 40% adalah bukan islam, negeri yang sebilangan pemimpinnya adalah kapir....tapi perkara sebegini (merusuh di padang bola ) tidak pernah berlaku.....inilah hikmah allah memberikan kerajaan pas yang islamik kepada negeri kelantan, kerana kalau di perintah oleh umno, mungkin kelantan akan Kiamat......allah hu alam.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin