Search This Blog

Wednesday, April 29, 2009

Kejutan Di Penanti!



Salam,

Jika BN/Umno tidak meneruskan hasrat mencipta rekod baru pilihanraya di Malaysia dengan tidak menyertai PRK, pasti Penanti bakal menyaksikan senario 'luar biasa' kempen Umno.


Mungkin tiada lagi gaya kempen seperti ini:


1. Pemasangan poster berwajah PM, calon dan lambang dacing serta bendera BN/Umno di sana sini.

2. Perasmian pelbagai program perasmian 'mengejut' para Menteri @ Tim. Menteri.

3. Penyampaian pelbagai bentuk bantuan.

4. Kempen merayu undi rumah ke rumah oleh Wanita Umno dan Puteri.

5. Konvoi mat motor mengiringi para pembesar @ VIP.

6. Penerangan situasi semasa sambil merayu sokongan oleh media massa.

7. Ceramah kempen, besar atau kecil oleh calon dan para pemimpin.

8. Kesibukan 'orang luar' turut berkempen dgn gaya elitis, berkerte mewah dan pakaian berjenama.

9. Dan pelbagai taktik dan strategi kempen yang biasa kelihatan dalam mana-mana pilihanraya.


Kempen cara biasa ini tidak akan digunakan lagi kerana dilaporkan BN/Umno akan melakukan kempen luar biasa, yang tidak pernah digunakan sebelum ini.


Bagaimana caranya?


Kita tunggulah 23hb Mei nanti, selepas penamaan calon. Ini yang dijanjikan oleh Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Tidak sabar rasanya melihat style baru ini...agak-agak camanalah tu ya?


7 comments:

mylivingwall said...

Pos yang menarik.

Minta terbitkan semula di laman web di http://mylivingwall.com dan paut kembali pembaca-pembaca ke blog saudara.

All the best!

http://mylivingwall.com

lil717lee@gmail.com said...

Salam.
Apa2 pun perubaha yg bakal dibuat dlm PRK DUN Penanti saya harapkan agar ia diterjamahkan dan dimengertikan dgn niat yg jujur dan ikhlas.
Maklumlah manusia ni macam2 boleh jadi bah... Ingat saja nasihat Lukman kpd anaknya apabila mereka pada suatu hari pergi ke pasar dengan seekor kaldai. Bila ditarik sja kaldai tu dikata bodoh juga lukman & anaknya kerana ada keldai tapi tak ditunggangi, bila Lukman menunggang keldai dikata bodoh juga, adakah patut anak disuruh berjalan sdgkan bapanya seronok naik keldai, bila tukar anak menunggang keldai dikata bodoh juga anak Lukman sbb biarkan ayahnya berjalan sedangkan anak seronok menunggang keldai, Bila kedua2 mereka menunggang keldai dikata bodoh juga kerana tak berperikebinatangan, akhirnya bila Lukman & anaknya memikul keldai tadi juga dikata mereka bodoh.... jadi Harapan saya agar apa2 perubahan yg dibuat oleh UMNO kelak biarlah diterjamahkan secara ikhlas dan jujur demi kebaikan bersama.

matlan said...

asalamualaikum ustaz, kita tunggu dan lihat apa strategi datuk mukhriz.....kalau jawatan ketua pemuda pun datuk mukhriz tak boleh nak menang, tak tau pulak strategi macam mana yang dia nak guna untuk memenangkan calon bn di Dun Penanti.....tak sabar rasanya nak tengok idea baru dari datu mukhriz...allah hu alam

A-I-B said...

UBN bukan nak buat kejutan pun. Sebenarnya UBN yang terkejut akibat kekalahan di 4 PRK tempohari. Cuma menang 1 batang jer!...

Datu sulaiman said...

UMNO boleh menang di DUN Penanti tapi calon kena ngam..mungkin Mukhriz atau Zahid Hamidi boleh ? Apa salahnya... Calon dr UMNO Penang mangkali payalah sikit sebab yang nak jadi ketua perhubungan pun tak ada, hingga terpaksa Zahid Hamidi didatangkan ke sini...

buaya said...

salam..
jgn risau UMNO pasti menang...

Anonymous said...

entahlah buatlah sesuatu selamat malaysia dari tangan tangan mereka yang akan membawa malaysia kepada kehancuran orang yang selalu bangkang bukan boleh buat kerja tahu bangkang dia perintah pun huru hara jadi jangan nak huru harakan malaysia rakyat perlu pembelaan bukan wakil rakyat suka tipu eakyat pakar kelentong rakyat

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin