Search This Blog

Loading...

Sunday, April 5, 2009

Warkah Untuk PM Najib...



Salam,

Pada hari-hari awal bertugas sebagai PM keenam Malaysia, hendaknya Datuk Seri berkelapangan membaca warkah ini.

Sama seperti 28 juta rakyat pelbagai kaum, blog ini berharap Datuk akan memimpin negara ini dengan amanah, bijaksana dan penuh tawadhuk.

Laksanakan keadilan sepertimana adilnya Saidina Abu Bakar, tegas sebagaimana Saidina Umar, berkasih-sayang seperti Saidina Uthman dan berhikmah seperti Saidina Ali. Serta penuh mahabbah wa rahmah sebagaimana pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.

Harapan kami Datuk akan terus memacu kemakmuran negara, demi kesejahteraan rakyat jelata. Jangan ada hendaknya rakyat terpinggir dan tersisih di tengah arus kemajuan. Si kaya dan si miskin terus dekat dengan perhatian Datuk, tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit.

Dalam kesibukan membangunkan negara, janganlah dilupakan pembangunan luar bandar. Orang kampung masih dahagakan kemudahan asas yang belum sempurna, mengharap perhatian istimewa Datuk. Ada banyak lagi perkara yang Datuk boleh laksanakan untuk mengangkat darjat penduduk luar bandar.

Dengan pengalaman yang dimiliki, kami yakin Datuk akan berjaya mengemudi negara tercinta ini menuju kegemilangan, sebagaimana yang telah diasaskan oleh 5 PM terdahulu.

Tahniah diucapkan kepada Datuk...tugas ini bukan untuk kebanggaan tetapi adalah tanggungjawab. Jika Datuk mengemudi dengan baik, blog ini tidak 'mengacau', dan harapnya Datuk dapat menunaikan tanggungjawab ini dengan cemerlang.


Semuanya dengan petunjuk Allah jua...SELAMAT BERTUGAS DATUK SERI!

3 comments:

matlan said...

asalamualaikum ustaz, sewaktu datu najib memegang jawatan menteri pelajaran, ramai guru2 dapat naik pangkat, naik gaji, dan pengiktirafan maktab sebagai institusi pengajian tinggi, lulusan maktab dimuliakan kedudukan dengan pengiktirafan status diploma, benarlah firman allah " mereka yang berilmu akan di naikan darjat mereka".......begitu juga ketika datu najib menjadi menteri pertahanan, ramai askar2 kita di arah melanjutkan pelajaran, yang tak lulus spm pun ada program kena ikut belajar semula agar dapat ikut periksa semula dan lulus spm, askar2 dapat naik gaji dan elaun, rata2 golongan pendidik dan askar ramai yang rasa gembira di bawah pimpinan najib.......harap-harap setelah jadi pm ni, seluruh rakyat jelata akan mendapat nikmat yang sama juga, dan moga2 seluruh rakyat merasa perasaan gembira seperti yang pernah di rasa oleh golongan pendidik dan askar........allah hu alam

anak beaufort said...

Salam. Nampaknya tn bolehlah berbangga dpt salam dgn PM ke 6 Msia. Memang tuah mu kali ani. Yg tak bernasib baik org yg ambil gambar ni tak berkesempatan nak salam PM. ..... kasian.... mungkin si Mat jalim atau si Icang tu.. ha ha ha..

Anonymous said...

cuba fikirkan cara yang terbaik dlm menangani recession skrg. rakyat makin risau.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin